Chapter 4

3 2 0
                                    

Izmir membongkokkan tubuhnya lalu berbisik ke telinga Firzana.

Jika Firzana mahu bermain api, dia akan menyahut cabaran itu. Kata org, kalau jauh akan merindu. Hmm.. Benarkah Firzana akan rindu kalau dia jauh2 dari Firzana atau Firzana akan bersenang lenang dgn lelaki lain? Izmir mmg tiada jawapannya. Pertama kali ini dia ingin mencari kejujuran Firzana terhadap dirinya.

"Izmir!"

Laungan Firzana langsung tidak diendahkan. Izmir terus melangkah tanpa menoleh ke belakang.

𝐒𝐩𝐢𝐞𝐥𝐩𝐥𝐚𝐭𝐳, 𝐒𝐩𝐚𝐫𝐫 𝐬𝐭𝐫𝐚𝐬𝐬𝐞, 𝐁𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧 - 𝟗 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 🌷

𝘼𝙉𝙂𝙄𝙉 bertiup sepoi2 bahasa. Langit kelihatan begitu membiru di angkasa. Merah, oren, ungu dan jingga. Pepohon yg pelbagai warna menjadikan musim luruh begitu damai dan mempersonakan. Sesekali kedengaran burung berkicauan.

Keharmonian di Taman permainan itu tidak kekal lama. Beberapa ketika kemudian, kelihatan Firzana sdg berjalan di atas laluan pejalan kaki sambil menggalas beg sekolah. Di belakangnya kelihatan seorang budak lelaki bertopi sdg berusaha utk menyaingi langkahnya.

"Ana! Ana! Tunggulah!"

Laungan Izmir langsung tidak diendahkan. Langkah kaki Firzana semakin laju. Dia menghentakkan kakinya sekuat hati tanda protes. Dia sdg melepaskan amarahnya. Air mata yg berjuraian di pipi diseka kasar.

"Aku benci papa!" tiba2 dia berhenti lalu melaung sekuat hati ke udara. Beberapa kali hingga puas di hatinya.

Dia terduduk di jalanan kemudian kakinya yg gagah melangkah tadi terasa bergetar. Air matanya yg laju merembes berguguran bagai tak dapat dihalang lagi. Tubuhnya terhinggut2 mengikut esakan tangisannya.

"Syy.. Ana.. Aku kan ada disini?" Izmir mendakap Firzana, cuba menenangkan Firzana yg kelihatan sangat sedih dan tertekan.

"Aku benci papa! Benci! Kenapa papa harus kahwin dgn org Jerman dan kemudian tinggal disini? Knp x pulang saja ke Malaysia?"

"Kau yakin kalau Uncle Megat pulang ke Malaysia, kau akan lebih bahagia? Kau x benci dgnnya?"

"Sekurang2nya kalau aku di sana, aku masih ada datuk & nenek yg akan jaga aku"

"Sekurang-kurangnya aku ada tempat utk bertanya itu ini. Ada banyak soalan yg papa x dapat berikan jawapan kepada aku Iz!"

"Tapi kemana datuk dan nenek kau selama 12 tahun ini, Ana? Kemana? X perlulah kau sebut tentang org yg x pernah pedulikan sama ada kau hidup atau mati di sini. Mereka x pernah ambil kisah, Ana. " Izmir tidak henti memberi nasihat kepada Firzana yg asyik menyalahkan papanya.

"Aku cuma perlukan jawapan, Iz. Jawapan itu hanya ada kalau papa x besarkan aku dgn cara begini. Aku benci papa. Aku benci!" Firzana masih meratap tangis.

"Kalaulah aku punya jawapan kepada soalan Ihab.. " Kata2 keluar dari mulut Firzana kedengaran 'ditelan' kerana esakannya yg masih belum berhenti tetapi masih jelas di telinga Izmir.

"Ah! Pedulikan Ihab itu. Semua yg diejek nya kau, begitulah diejek nya aku. Kita sama, Ana. Kau separuh, aku separuh. " Izmir cuba memujuk Firzana. "Esok, tahulah apa aku akan buat pada dia. " Izmir berkata dgn wajah yg agak tegang. Selama ini dia hanya bertahan
Walaupun kdg2 dia berang juga bila diejek oleh Ihab. Tetapi dia tidak boleh sabar lagi kalau Ihab menyakiti Firzana.

Mendengar kata2 Izmir,Firzana bagai mendapat kekuatan baru. Dia mengelap air mata dan hidungnya dgn lengan baju.

"Mahu ke aku berjanji dgn aku, Iz?" Firzana bertanya sambil menunjukkan sebilah jarum yg diambil dari perca kain yg dijahit nya tadi ada di dalam beg sekolahnya.

Dalam terpinga2, Izmir menganggukkan kepalanya utk mengiyakan. Apa pun kata Firzana ketika itu akan diiyakannya, sekadar utk menenangkannya.

"Achmad Faris Izmir Fadhli, mahu kau berjanji dgn aku, Puteri Nur Firzana Ibrani Megat Iskandar Ibrani akan sama2 mengharungi kehidupan senang susah? "
Izmir sdg mencerna apa yg sdg diperkatakan Firzana. Tidak lama kemudian, dia ketawa.

"Knp kau ketawa? Aku serius ni." Firzana memberi 1 pukulan ke bahu Izmir.

"Aku takut. Kata2 itu seperti yg aku pernah dgr semasa majlis perkahwinan saja" sisa ketawa Izmir masih kedengaran di hujung kata2nya.

'Baik! Kau Igt aku main2 ya?'

𝒞𝒾𝓃𝓉𝒶 𝐵𝓊𝓃𝑔𝒶 𝒯𝓊𝓁𝒾𝓅 Where stories live. Discover now