Chapter 5

3 2 3
                                    

Ana! Apa yg kau buat ni?" mata Izmir terbeliak melihatkan Firzana sudah mencucuk hujung jari telunjuknya dgn jarum. Setitis cecair merah mengalir daripada jari telunjuk itu.

"Tunjukkan jari!" Tanpa menjawab soalan Izmir, Firzana mengarahnya pula.

"Kau nak buat apa?" masih tidak berpuas hati, Izmir tetap bertanya tanpa mahu mengikut permintaannya.

Melihatkan Izmir yg terpinga2 tidak mengikut arahannya, Firzana terus menarik tangan Izmir.

"Tunjukkan jari!!" ulangnya sekali lagi. Kali ini dgn paksaan.

"Ouch!" Izmir tersentak bila hujung jarum yg tajam itu mengenai hujung jarinya.

"Achmad Faris Izmir Fadhli, mahu ke kau berjanji dgn aku, Puteri Nur Firzana Ibrani, akan sama2 mengharungi kehidupan susah dan senang?" Firzana mengulanginya utk kali kedua sambil menekan hujung jarinya yg berdarah tadi ke hujung jari Izmir yg turut sama berdarah.

"Aku, Achmad Faris Izmir Fadhli, berjanji dgn Puteri Nur Firzana Ibrani akan sama2 mengharungi kehidupan susah dan senang. Dan aku juga berjanji, sekali2 tidak akan membiarkan kau sendirian." Izmir berjanji sambil matanya merenung tepat ke dalam anak mata Firzana. Sekalipun pada umurnya yg begitu mentah, tidak memahami apa yg mereka lakukan, tetapi dia tahu, janji 'berdarah' itu bukanlah janji yg boleh dibuat main.

"Aku janji Ana.. Pada hari jadi kau yg ke 21,aku akan bawa kau pulang ke Malaysia. Kita sama2 akan mencari jawapan kepada semua soalan yg selama ini Uncle Megat simpan. Aku janji, bersaksikan darah ini. " Izmir yg mulanya takut utk berjanji tadi telah pula menambah janjinya sendiri. Pastilah kerana dia sayangkan Firzana. Cuma sebagai anak yg mentah, dia tidak tahu mengapa dia dgn sukarela mahu berjanji dan melindungi Firzana.

"Terima kasih, Izmir!" Firzana terlalu gembira hinggakan dia kembali menangis tetapi kali ini kerana terharu. Dia merangkul Izmir lalu menangis teresak2 di bahunya.

Izmir membalas pelukan Firzana. Tanpa Firzana, dia akan kesepian kerana Firzana merupakan teman yg paling memahami.

"Iz,aku mahu tanya ni."

"Knp kena tunggu sampai umur Aku 21 tahun,knp x 17 ke,28 ke?" Dia menyoal keb0dohan. Angka2 yg keluar dripada kepalanya dinyatakan terus tanpa berfikir.

"Mestilah ad sbbnya. Kalau 17,sekolah pun x HABIS lagi,mana Aku nk cari duit banyak, nak bawa kau ke Malaysia? Kau igt Malaysia tu mcm pergi Poland? 2 jam pun dh sampai? Kalau 28,mcm dh tua sgt Aku nk bawa kau ke sana. Masa tu,kau dh boleh pergi sendiri." Izmir menjawab sambil senyum2 memikirkan logik di kepalanya.

"Kau jgn mungkir janji Iz. Jangan sesekali. Aku sudah tiada siapa2 di dunia ini." Dia tidak boleh membayangkan jika Izmir mungkir janji. Tidak! Izmir tidak boleh mungkir janji. Tidak sesekali.

"In Syaa ALLAH Aku akan kotakan janjiku. Tapi jangan kata kau tiada sesiapa,Ana. Aku Dan keluargaku sudah menjadi sebahagian daripada hidup kau. Kau boleh mengharapkan kami. Kami akan sentiasa bersama2 kau. Kau igt tu. Jgn buat perkara b0doh2 ya? Kami semua sayangkan kau. Kau Masih ada keluarga di sini Ana. Janji dgn aku,Ana." Izmir mengingatkan supaya Firzana tidak mengambil jalan mudah jika ditimpa masalah.

"Ya,Kita sama2 berjanji."

DALAM PERJALANAN ICE, BELANDA-JERMAN 🌷

IZMIR memegang hujung jari telunjuk kanannya. Masih terasa tusukan jarum di jarinya walaupun 9 tahun telah berlalu.

Puteri Nur Firzana. Dia tersenyum bila nama itu disebut. Terbayang ditubir matanya wajah si gadis. Ya,gadis itu terlalu istimewa di hatinya. Dialah sebahagian Dari dirinya. Setiap berjauhan Dari Firzana,hatinya jadi tidak keruan. Terasa ada yg tidak lengkap pada dirinya.

Tiba2 dadanya berdebar. Senyumannya mati tiba2. Adakah Firzana sdg melayan lelaki bernama Alex itu? Buat pertama kalinya dia dpt merasakan ad 1 perasaan lain hadir di dalam dirinya. Ya,dia terpaksa mengakui harini,perasaan yg baru dirasakan itu ialah 'cemburu'.

Izmir bangun Dari tempat duduknya di kereta api itu. Dalam tergesa2 dia menyelit Antara pengunjung kafe yg agak ramai pada ketika itu.

"Maafkan saya!" Ulangnya Dua,tiga Kali. Langkahnya semakin laju. Hatinya sudah rentung dibakar api 'cemburu'!

𝒞𝒾𝓃𝓉𝒶 𝐵𝓊𝓃𝑔𝒶 𝒯𝓊𝓁𝒾𝓅 Where stories live. Discover now