Chapter 6

4 2 0
                                    

Salam Firzana,mengakui kesilapannya di dalam hati.

"Ayuhlah ! Aunty nak jumpa Frau Schmit Dan kawan2 yg lain." Aunty Aminah memeluk bahu Firzana. Kini Izmir di tangan kanannya Dan Firzana di tangan kirinya. Mereka bertiga beriringan menuju ke pintu masuk utama Sekolah.

Kedatangan Frau Schmit ke kelas pada hari itu menimbulan tanda Tanya kepada murid2 lain kerana ibu Izmir turut bersamanya. Seperti biasa Selepas mengucapkan Selamat pagi, Frau Schmit akan meminta murid2 nya membuat 1 bulatan besar di hadapan kelas. Mereka ada sesi perhimpunan kelas.

"Baiklah,kalau kamu semua sihat2 saja,harini Kita ada tetamu. Di hadapan saya ini Frau Fadhli,iaitu ibu kepada Izmir."

"Tujuan kedatangan Frau Fadhli kerana ingin membincang tentang seorang kawan Kita,Ihab yg telah mengeluarkan kata2 tidak baik kepada Izmir Dan Firzana. Ihab,kamu mahu berkata apa2 sebelum saya buka perbincangan ini kepada kawan2?" Frau Schmit menjelaskan tanpa selindung. Mmg menjadi budaya mereka utk berterus terang walau kdg2 menyakitkan hati.

"Saya hanya kata matanya sepet.."

"Dan kepala Cina !"

Ihab dri Turki Dan geng anak Arab juga turut sama mengata teman2 nya yg lain berketurunan darah campuran Dari Asia. Mereka menganggap bangsa mereka bangsa yg suci sdgkan mereka hanyalah pendatang di negara Jerman. Sekurang2 nya dia ada separuh darah Jerman. Mereka harus diajar menghormati org lain.

"Itu saja?" Frau Schmit memprovokasi Ihab yg sudah pucat wajahnya.

"Mmg benar Ihab Dgn kawan2 nya suka menganggu Izmir Dan Firzana. Saya pernah dgr mereka menganggu bukan saja di Sekolah tpi juga di jalan." Ba Tang,teman sekelas Dari Vietnam mengadu.

"Saya pun nampak juga. Ihab mmg nakal. Kdg2 dia sengaja TOLAK Firzana tpi Firzana diam saja." Mubine menyampuk. Walaupun dia juga berasal dri Turki tpi tingkah Ihab itu mmg sgt2 tidak disenangi.

"Betul ! Betul !"kedengaran rakan2 yg lain menyokong kata2 Mubine.

Frau Schmit memandang kembali ke arah Ihab yg sudah menunduk kerana tiada siapa yg mahu menyokongnya ketika itu.

"Kata2 kamu itu Salah Dan menyakitkan hati Firzana Dan Izmir,juga anak2 lain yg ibu atau bapanya Dari Asia. Itu kata2 org yg berfikiran sempit. Kamu mungkin mendapatnya dripada ibu bapa kamu tetapi tolonglah jgn ulang lagi. Tengok Firzana ! Tengok Izmir ! Setiap Kali kamu sakiti mereka,mereka susah hati. X baik kalau buat begitu kepada kawan2. Seharusnya kamu semua berdamai." Aunty Aminah pula memberi nasihat.

Anak itu harus diberi penjelasan. Masalah itu bukan setakat masalah Firzana Dan Izmir,malah mungkin juga masalah kepada anak2 separa Asia yg lain.

"Jadi apakah kesimpulan yg boleh Kita buat pagi ini?" Frau Schmit bertanyakan kepada anak2 muridnya.

"Ihab kena mengaku Salah Dan minta maaf pada Izmir Dan Firzana!" Tiba2 Lucas yg diam mendengarkam perbincangan tadi menyahut. Mendengarkan kata2 Lucas,semua murid2 lain mengangkat tangan tanda bersetuju dgnnya. Anak Jerman asli itu bertindak bagai ketua kelas 6A itu. Katanya itu selalu didengar semua.

Tanpa menunggu lama,Ihab bangun. Walaupun wajahnya murung,dia bersalam dgn Firzana Dan Izmir.

DALAM PERJALANAN ICE, BELANDA-JERMAN 🕊️🌷

𝒞𝒾𝓃𝓉𝒶 𝐵𝓊𝓃𝑔𝒶 𝒯𝓊𝓁𝒾𝓅 Where stories live. Discover now