Titisan hujan membasahi bumi tetapi perkara itu tidak merosakkan mood Phuwin yang baik kerana peristiwa semalam kerana dari hubungan badan dia dengan Pond, dia mendapat tahu yang dia sangat-sangat mencintai Pond tetapi dia masih canggung sedikit kalau mahu bersweet dengan Pond.
Pertama kali dia mencintai seseorang dan orang itu ada lah Pond. Hatinya akan bahagia jika dia bersama Pond. Jantungnya akan berdenyut bila Pond melakukan sesuatu dekat dirinya dan dia berada selamat berada di sisi Pond.
Semasa Phuwin tengah membuka locker nya, tiba-tiba Gemini datang dan menepuk bahu Phuwin.
" Phuwin, jangan lupa datang open house dekat rumah aku malam ni " Gemini memperingatkan Phuwin.
Phuwin menganggukkan kepalanya berkali-kali, " Iya, iya ! Aku ingat. Kau dah ingatkan aku lebih 5 kali ! Kalau aku lupa, mesti Pond akan ingatkan aku " balas Phuwin dengan bola matanya diputar.
Gemini ketawa bila melihat Phuwin yang bosan mendengar peringatan yang sama.
" Okay, aku nak pergi dulu. Kelas aku awal hari ni. Macam bangsat ! " umpat Gemini dan ketawa bersama Phuwin.
" Okay ! Bye ! Jumpa malam nanti ! " kata Phuwin, menepuk bahu Gemini.
" Okay ! Jumpa malam nanti ! " balas Gemini dan melambaikan tangannya.
Phuwin melambai kembali dan dia menutup locker bila tubuh Gemini sudah hilang. Phuwin masuk ke dalam kelas bila jam sudah menunjukkan pukul 8:30 pagi.
PHUWIN duduk sendirian di satu bangku berukiran daun. Dia memandang pelajar-pelajar universiti yang tengah berbual antara satu sama lain. Phuwin melamun dan tiba-tiba fikirannya teringat wajah Pond membuatkan Phuwin malu sendirian. Earphone di telinga bersama lagu yang diputar membuatkan Phuwin berasa sedikit tenang kerana tiada gangguan lelaki berhoodie itu selama seminggu ini. Phuwin menghela nafas dan memandang hujan yang semakin lebat.
" Hey ! " Chimon menepuk bahu Phuwin membuatkan Phuwin terkejut.
Phuwin menarik earphone keluar dari lubang telinganya dan dia berdecit tidak suka bila nampak Chimon. Phuwin berdiri, berura-ura ingin meninggalkan Chimon tetapi Chimon terlebih dahulu menarik tangannya.
" Awak nak pergi mana ? " tanya Chimon dengan senyuman.
Phuwin merengus marah, " Apa yang kau nak ? " tanya Phuwin dengan kasar. Dia menepis tangan Chimon yang masih memegang tangannya.
" Saya mahu minta maaf dekat awak kerana melampaui batas semalam. Saya tidak berniat pun mahu melakukan itu tetapi kadangkala, manusia tidak dapat mengawal perasaannya. Saya mahu minta maaf dekat awak " ucap Chimon dengan perlahan. Wajahnya penuh rasa bersalah terhadap Phuwin.
Phuwin terdiam. Dia terfikir, jika Chimon tidak melakukan perkara tersebut dekat dirinya, mesti dia dengan Pond tidak 'melakukan' perkara itu kan ? Hmmmmmmm.... ????
Selalu fikir pasal perkara semalam je, tak ada benda lain ke dia nak fikir ?! marah Phuwin dekat diri sendiri.
Phuwin menganggukkan kepalanya, " Baiklah, baiklah. I forgive you " kata Phuwin membuatkan senyuman manis terukir di bibir Chimon.
" Terima kasih Phuwin " Chimon bersuara gembira dan tubuh Phuwin dipeluk erat.
Phuwin hanya diam sahaja. Tidak membalas pelukan tersebut.
Chimon melepaskan pelukannya, " Oh, saya ingatkan nak minta tolong sikit dekat awak "
Phuwin mengerutkan dahi, " Minta tolong ? Minta tolong apa ? "
" Prof. David menyuruh saya mengambil satu fail di stor belakang universiti. Saya nak minta tolong dekat awak, tolong cari fail tu dengan saya. Boleh ? "
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya