Phuwin berjalan di bawah hujan yang lebat. Dia meninggalkan universiti waktu itu juga. Dia tidak peduli dengan kelas-kelasnya. Dia hanya mahukan ketenangan saat ini.
Phuwin mengesat air matanya yang mengalir di pipinya. Kenapa semua ini terjadi dekat dirinya ? Apa salahnya sampai Chimon sanggup menggadaikan maruahnya untuk menjaga reputasi baik demi diri sendiri ? Kenapa mesti dia yang bernasib malang ? Apakah kerana dia menolak perasaan Chimon ? Dia yakin, bukan setakat satu universiti tahu tentang ini, mesti Gemini, ibu bapanya dan yang paling penting, Pond mesti tahu perihal ini. Bagaimana dia mahu menghadapi mereka ?
" Arghh !! I hate you ! I hate you a fucking son of bitch ! You evil like a shit ! What a fucking selfish guy you are ?! " teriak Phuwin penuh kemarahan. Dia memandang langit yang menurunkan hujan.
Dia memerlukan seseorang untuk meluahkan perasannya. Dia memerlukan seseorang tetapi siapa ?
Gemini ?
Tidak. Dia sudah keluar daripada universiti. Dia yakin, sekarang ini Gemini tengah mencarinya.
Fourth ?
Bukan. Dia tidak mahu membebani Fourth dengan masalahnya.
P'Mix ?
Bukan pilihan yang baik memandangkan P'Mix sekarang sibuk dengan PHd nya.
Mae dan pho ?
Datang sahaja ke rumah, entah-entah kepalanya sudah terhentak dekat dinding. Dia tidak mahu berjumpa dengan mae dan pho. Dia tidak bersedia mahu berdepan dengan kedua orang tuanya. Dia rasa bersalah yang teramat.
Siapa ? Siapa yang sudi mendengar luahannya tanpa memarahinya ?
Pond ?
Mata Phuwin terbuka lebar bila mengingati wajah Pond. Pond satu-satunya harapannya saat ini. Tanpa berlengah, Phuwin berlari ke arah hospital Pond, mahu berjumpa dengan Pond. Dia tidak peduli kalau Pond mahu memarahinya.
Hujan semakin lebat membuatkan pandangan Phuwin kabur. Phuwin memandang sekeliling yang berwarna putih sahaja. Di mana jalan ?
Phuwin semakin menangis bila mengenangi nasib sendiri. Tiba-tiba bulu roma Phuwin meremang. Jantungnya seperti tergelincir dari tempat asal bila nampak dari jauh, satu kelibat berwarna hitam tengah memerhatikannya.
Dia ? Apa yang dia mahukan dariku ? tanya Phuwin dekat diri sendiri.
Lelaki berhoodie itu berjalan ke arah Phuwin di bawah hujan yang lebat membuatkan Phuwin ketakutan. Dia mengundurkan langkahnya seiringan langkah kaki lelaki berhoodie itu. Kenapa mesti saat ini juga lelaki berhoodie itu muncul?
Phuwin mahu berlari tetapi baru beberapa langkah, dia terlanggar seseorang membuatkan Phuwin semakin takut. Phuwin memandang sekeliling, lelaki berhoodie itu sudah tiada. Tiba-tiba, tangannya dipegang oleh orang yang dilanggarnya membuatkan Phuwin menjerit ketakutan. Phuwin meronta-ronta hebat, mahu melepaskan diri tetapi pegangan seseorang itu semakin kuat dan kejap di pergelangan tangannya. Dia dapat merasakan lututnya lemah, bila-bila masa sahaja dia boleh jatuh berlutut di tanah.
" Phuwin ! Phuwin ! Ini saya ! " suara garau yang sangat dikenali memasuki gegendang telinga Phuwin.
Phuwin dengan pantas memandang orang yang memegangnya. Air matanya semakin menitis bila orang itu adalah Pond, suaminya.
" P'Pond... Apa salah saya ? Kenapa mesti saya yang ditimpa malang ? " tanya Phuwin dengan tangisannya.
Pond yang memegang payung, memandang Phuwin yang basah kuyup kerana dibasahi hujan. Matanya sayu memandang keadaan Phuwin. Hatinya sakit melihat Phuwin menangis.
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya