Phuwin keluar dari bilik mandi yang sudah tersedia ada di bilik pejabat Pond. Tuala warna kelabu itu digosokkan di rambutnya yang basah. Pond sudah hilang entah ke mana. Phuwin yang hanya memakai boxer, berjalan ke arah sofa. Baju kemeja putih lengan panjang milik Pond diambil lalu disarungkan dekat tubuhnya. Semasa dia tengah membutang kemeja itu, tiba-tiba pintu bilik pejabat Pond diketuk beberapa kali dari luar dan terbuka dengan perlahan-perlahan.
" Maafkan saya Dr. Pond. Saya mahu menghantar fail ini dekat Dr.. Maaf jika saya kurang sopan membuka pintu tanpa kebenaran Dr. " satu suara muncul membuatkan Phuwin terkejut besar.
Phuwin segera memandang pintu dan matanya terbuntang bila nampak wajah orang yang dia kenali. Inocencio. Walaupun hanya berjumpa dua kali sahaja tetapi dia mengingati wajah itu. Dia lupa, Inocencio bekerja dengan Pond tetapi kenapa dia tidak pernah berjumpa dengan Inocencio ?
Tangan Phuwin yang tengah mengancing kemeja, terhenti manakala Inocencio terkaku melihat penampilan Phuwin yang hanya memakai boxer dan kemeja putih paras paha. Seksi. Menggoda.
Tiba-tiba ada satu tubuh tegap menghalangi bingkai pintu. Tubuh Pond menghalang Inocencio meneliti setiap inci tubuh Phuwin. Kulit Phuwin putih dan kelihatan lembut.
Pond memandang belakang dan Phuwin dengan laju, memasuki bilik mandi semula.
Melihat Phuwin sudah hilang di sebalik pintu bilik mandi, Pond memandang Inocencio yang masih terpaku.
" Hey ! " Pond memetikkan jarinya di hadapan mata Inocencio.
Inocencio tersedar dan hanya tersengih canggung. Pond menggelengkan kepala bila melihat sikap Inocencio.
" Kenapa awak datang ? " tanya Pond, menyandarkan bahunya di bingkai pintu.
" Ini " Inocencio memberikan satu fail dekat Pond dan fail itu diambil Pond.
Pond menyelak-nyelak kertas di dalam fail itu dan menganggukkan kepalanya dengan senyuman puas hati.
" Baiklah. Terima kasih Ino " ucap Pond dan menutup fail itu kembali.
" Hmmmm.. Kenapa Phuwin ada di sini ? " tanya Inocencio membuatkan Pond mengangkat kening sebelah.
" Phuwin ? Awak kenal Phuwin ke ? " tanya Pond kembali.
Inocencio tersenyum sumbing, " Dr. dan Phuwin pernah jumpa saya. Ingat tak 3 bulan lepas, di Jerman, semasa Oktoberfest. Kalian memesan makanan di lewat malam "
Pond diam seketika. Matanya memandang siling hospital. Mengingati memori tersebut. Tidak lama kemudian, Pond memandang Inocencio dengan senyuman hambar di bibir.
" Oh itu awak ke ? Saya tidak perasan pula " kata Pond ringkas. Kurang senang bila mengetahui Inocencio adalah orang yang pernah melihat Phuwin menggunakan sassy look.
Inocencio senyum lebar dan menganggukkan kepala, " Saya dan Phuwin berkawan. Kembali kepada persoalan tadi, kenapa Phuwin ada dekat sini ? "
Pond melipat kedua tangannya di dada, " Phuwin is my wife " jawap Pond dengan selamba.
Inocencio terkejut. Wajahnya berubah. Kecewa bila mengetahui Phuwin sudah berkahwin dengan Pond, " Oh begitu. Kalau macam itu, saya minta diri dulu "
Pond mengangguk, " Baiklah "
Inocencio pergi selepas Pond membalas kata-kata nya.
Pond memandang badan belakang Inocencio dengan pandangan sukar diterangkan. Pond menggelengkan kepalanya dan kembali masuk ke dalam bilik pejabatnya. Pintu ditutup dan masa itu, Phuwin keluar dari bilik mandi dengan helaan nafas lega.
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya