Phuwin memandang Pond yang tengah berbual dengan seorang perempuan seksi. Perempuan itu bernama Janhae Ployshompoo iaitu cousin kepada Pond .Berapa banyak cousin yang Pond miliki pun, dia tidak tahu. Janhae terlalu manja dengan Pond membuatkan Phuwin tidak suka. Janhae seperti menyukai Pond kerana tangan Janhae itu tidak boleh duduk diam. Sekejap-sekejap pegang bahu Pond, sekejap-sekejap peluk pinggang Pond, sekejap-sekejap pegang tangan Pond. Kadangakala, usap rambut Pond.
Hey Janhae, daripada kau jadi manusia, terus nak jadi sotong ke ? Tangan menjalar sana-sini dekat tubuh suami aku seperti tiada tulang langsung. Kurang kalsium ke apa ? Tak memasal, aku cucuk tangan kau dengan garpu ni, baru tahu, bebel Phuwin dengan marah di dalam hati.
Phuwin mendengus kasar dan melihat jam di telefonnya. Sudah pukul 11 malam dan kawasan perumahan Gemini masih ramai orang. Dia mahu pulang ke rumah. Tubuhnya penat. Phuwin meletakkan garfu di atas pinggan dan bangun dari duduk.
Phuwin berpamitan dengan Gemini dan keluarga Gemini yang dia mahu pulang. Kedua orang tua Phuwin pun membenarkan Phuwin pulang memandang Phuwin memberi alasan yang dia kepenatan. Selepas berpamitan dengan kedua mentuanya, ibu bapa Pond, dia berjalan ke arah Pond yang masih dengan Janhae.
Mata Phuwin tajam melihat tangan Janhae memeluk lengan Pond dengan manja.
" Eh Phuwin ? Dah habis makan ke ? " tanya Pond dekat Phuwin. Dia menolak tangan Janhae yang memeluk lengannya.
Phuwin tersenyum puas bila melihat wajah Janhae berubah bila ditolak oleh Pond. Pond lebih mementingkan dirinya berbanding Janhae.
" Haah, nak pulang ke rumah. Penat " jawap Phuwin dengan lesu.
Pond mengangguk, " Nak saya hantarkan ke ? "
Phuwin menggelengkan kepala, " Tak pe. Saya boleh pulang sendiri. Saya mahu sendirian sementara. Awak boleh layan si sotong ini " kata Phuwin dengan nada sinis di akhir ayat.
Janhae memandang Phuwin dengan tajam bila dikatakan si sotong.
" Ha ? Sotong ? " Pond kebingungan.
Phuwin senyum nipis, " Nothing. Saya pergi dulu " pamit Phuwin dan pergi dari situ dengan laju.
Pond memandang Phuwin dengan senyuman manis. Kadangkala sikap Phuwin mencuit hatinya.
DARI jauh, Phuwin nampak rumahnya yang gelap-gelita. Cuma lampu putih tangga yang terpasang. Dalam tiga langkah ke rumahnya, Phuwin teringat yang dia belum meminta kunci rumah dekat ibunya. Aduh ! Kena patah balik lah ni ? Penat sahaja dia berjalan selama sepuluh minit tadi. Haih....
Tiba-tiba Phuwin perasan yang grill rumah tak bermangga. Bila tombol pintu ditarik, terbuka lebar. Eh ? Tak kunci ? Pelik. Phuwin kebingungan. Lupa agaknya nak dikunci sebelum keluar. Phuwin berfikiran positif. Phuwin menapak masuk ke dalam rumah selepas memberi salam saya sudah pulang walaupun tiada sesiapa. Matanya belum sempat nak adapt dengan keadaan sekeliling yang gelap, jadinya Phuwin terpaksa meraba-raba semasa berjalan ke arah suis lampu.
Haishhh... Kalau dah gelap macam ini, perjalanan ke suis lampu dah macam dari Thailand ke Rusia. Rasa jauh.
Bila duduk sorang-sorang dekat rumah ni, gelap pula tu, agak takut juga. Dia tidak berani duduk di rumah sendirian sejak dia terasa diperhatikan. Dia akan pulang bersama Pond ataupun dia akan pulang bila masa kerja Pond habis, bermaksud Pond mesti sudah ada di rumah. Dalam dua tapak melangkah, Phuwin terlanggar meja kopi. Sesuatu jatuh. Nasib Phuwin tidak menjerit kerana terkejut.
" Shit !! "
Aduh ! Sakit lutut dia. Cepat-cepat Phuwin gosok tempat yang sakit. Apalah yang jatuh tu ? Tangan mulai meraba-raba. Takut benda tajam nanti, tak pasal-pasal arwah kaki dia. Sakit kuasa dua jadinya.
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya