PROLOG

7 0 0
                                    

‘Setiap yang berlaku, pasti akan ada hikmahnya’, kata-kata yang sering meniti di bibir Haura Liana sejak di bangku sekolah hinggalah ke titik ini. Titik yang di mana dia boleh menghela nafas lega meski dia tahu akan ada ujian yang mendatang selepas ini .

“ujian ibarat ombak, iman ibarat kapal. Jangan takut akan ombak, tapi takutlah apabila kapal karam” bisik Haura sendiri yang kini berada di batu-batu yang terletak di bawah pohon.

Hadapannya kini dipenuhi dengan suasana damai, bayu laut menerpa pipi mulusnya serta terdengar hempasan ombak di tepi pantai.

Ada juga beberapa pasang keluarga yang sedang beriadah di Pantai Port Dickson ini. Dia tertawa melihat kanak-kanak yang tertawa riang sambil berlari berkejaran bersama ayahanda mereka.

Kanak-kanak tersebut tidak jauh daripadanya membuatkan bunga-bunga di hati Haura mekar bagai di musim bunga.

Haura mengurut pergelangan tangannya yang agak lenguh lalu dia melihat jam tangan yang digunakannya.

Haura tersenyum sambil merenung akan jam tersebut, “meski zaman telah berubah, kenangan tidak akan mampu merubah dirinya” monolog Haura.

Fikirannya melayang, di mana dia masih di bangku sekolah. Yang dia pasti, itu cinta monyet. Cinta monyet yang banyak likunya, cinta monyet yang tidak akan musnah dari kotak memorynya, cinta monyet yang tidak telah merubah corak hidupnya tika ini

Mr Mysterious Kiriman Tuhan (OG) .Where stories live. Discover now