ARUNA membetulkan semula pakaiannya sebelum dia mendongak memandang Harden yang sedang berdiri di hadapannya ketika ini. Apa yang dikatakan oleh Harden tadi diabaikan. Air liur ditelan. Debaran di dada diabaikan.
Walaupun Aruna takut untuk berada dekat dengan Harden, namun dia perlu atasi ketakutannya.
"What are you doing here, Mr. Harden?" soal Aruna dengan nada suara yang lembut. Matanya pula tidak lepas daripada terus menatap seraut wajah Harden.
Walaupun Harden itu berumur 42 tahun seperti bapanya, namun Harden tak nampak begitu tua. Bagi Aruna, kedutan di wajah Harden itu menambahkan aura maskulin Harden. Dan walaupun Harden ialah lelaki yang 18 tahun lebih tua daripada Aruna, tetapi Aruna tetap tertarik dengan Harden. Nak buat macam mana? Aruna is a sucker for old men!
"I don't know. I bagitahu Emir I nak pergi tandas, and he told me untuk naik atas. Guna tandas dekat atas and suddenly I'm here." Terang Harden tanpa rasa bersalah seraya melihat segenap ruang bilik itu.
Terpejam mata Aruna saat mendengar kata-kata Harden itu. Mesti bapanya tak inform bilik mana satu yang sepatutnya Harden masuk. Ataupun Emir sudah beritahu Harden tetapi Harden sendiri yang buta arah.
"Rasanya dah salah masuk bilik ni..."
Aruna mengorak langkah ke arah pintu biliknya sebelum membuka pintu seluas yang mungkin. Kemudian Aruna melangkah keluar dari bilik itu.
"Bilik yang daddy suruh pergi tu maybe bilik tetamu yang ada dekat sebelah bilik Aruna ni. So..." Aruna berdiri di luar bilik seraya menunjukkan bilik tetamu itu pada Harden. Matanya terkedip-kedip memandang Harden seakan ingin menyatakan sesuatu.
Harden mengecilkan matanya pada Aruna.
"You cuba halau I ke ni?" soal Harden dengan nada suara yang lembut. Bibirnya mengoyak sexy smirk.
Aruna menelan air liur. Dah tu takkan Aruna nak biarkan saja Harden duduk dalam bilik dia kan? Sudahlah Aruna hampir bogel di hadapan Harden tadi. Gila ke nak biarkan Harden lebih lama dalam biliknya? Kalau dia kena terkam dengan Harden macam mana? Ha, ghisau!
"Then uncle nak duduk sini sampai bila?" soal Aruna dengan wajah yang bengang.
Harden yang mendengar soalan Aruna itu langsung mengerutkan wajahnya.
"Uncle?" soal Harden seraya menjungkit sebelah keningnya. Kemudian Harden memeluk tubuh memandang Aruna yang masih berdiri tegak di luar bilik itu.
Terkedip-kedip mata Aruna apabila Harden menjungkit keningnya. Aruna ada salah cakap ke? Betullah kan kena panggil Harden uncle? Harden kan kawan baik ayah dia, jadi takkan nak panggil encik pula? Tak ke terlalu formal kalau macam tu?
Aruna menganggukkan kepalanya perlahan.
"Do I look so old that you have to call me as uncle?" soal Harden pada Aruna. Iya Harden tahulah dia ni dah tua bangka, umur pun dah masuk 42 tahun, tapi Harden masih lagi kacak macam orang bujang tahu? Chet, padahal dia ialah duda!
Aruna pelik dengan soalan Harden. Hm, stress juga kalau ada orang tu tak boleh terima hakikat yang dia dah tua.
"Yes, because you are my father's best friend. Of course I should respect you. Bukan ke macam tu?" Tutur Aruna ragu-ragu.
Kalau Aruna panggil Harden sebagai 'abang Harden' nanti, menggelupur pula mamat tua ni kan?
"Tet, wrong answer." Ujar Harden seraya mengorak langkah untuk mendekati Aruna. Wajah putih bersih Aruna dipandang dengan senyuman sinis.
Aruna yang perasan Harden sedang menapak mendekatinya itu langsung gugup. Ini apa pasal asyik nak dekat-dekat dengan Aruna saja ni?
Seram tahu tak? Seram!
"You can call me whatever you want as long as it is not 'uncle'. I'm not that old, babydoll." Tutur Harden separa berbisik apabila dia betul-betul ada di hadapan Aruna.
Aruna mendongak untuk menatap wajah Harden. Gosh, kalau Aruna tak mendongak, dia hanya nampak halkum Harden saja. Aruna tak tahu macam mana dia perlu describe Harden.
Lelaki itu sungguh tinggi malahan terlalu besar jika mahu dibandingkan dengan Aruna yang kecil molek ini.
Terkedip-kedip mata Aruna memandang Harden. Rasa macam amazing gila bila tengok lelaki besar macam Harden ini.
"Not that old?" gumam Aruna perlahan.
Kan Aruna dah kata, mamat ni memang tak sedar diri dah tua bangka. Tapi tak apa, nasib baik Harden hot!
Harden tersenyum kecil mendengar soalan Aruna itu. Sebelah tangannya dinaikkan untuk menggaru keningnya yang tidak gatal.
"I bet you haven't heard that men are like wine. Some turn into vinegar, but the best improve with age, babydoll. Same goes to me." Tutur Harden dengan bangga. Bangga sangatlah tu jadi orang tua?
Aruna menganggukkan kepalanya beberapa kali, setuju dengan apa yang Harden katakan tadi.
Tidak dapat dinafikan, ada sesetengah lelaki, semakin tua, semakin helok. Contohnya ialah lelaki yang berada di hadapan Aruna ini, Harden Kaizen.
"But still..."
Belum sempat Aruna menghabiskan kata-katanya tiba-tiba dia ternampak kelibat bapanya dengan ibu tirinya yang sedang menapak ke tingkat atas. Langsung gelabah Aruna!
Lebih-lebih lagi apabila dia perasan yang bapanya dan ibu tirinya itu sedang bercumbu. Siot! Tak reti tunggu dalam bilik ke? Perlu ke kiss dekat tengah alam ni?
Tanpa sebarang amaran, Aruna terus menarik tubuh Harden masuk ke dalam biliknya semula.
Gila ke nak duduk je dekat luar tu? Tak tentu pasal Aruna yang malu nanti!
Harden yang terkejut dengan tindakan Aruna itu langsung terbuntang matanya. Apa yang tak boleh blah ialah Aruna siap menekup mulut Harden apabila Harden ingin bercakap pula tu!
Pintu biliknya ditutup rapat.
Sesekali Aruna mendekatkan telinganya pada pintu bilik untuk memastikan bapa dan ibu tirinya itu sudah tiada. Tetapi benda lain pula yang Aruna dengar.
Belum sempat Aruna ingin memproses bunyi itu, tiba tiba pergelangan tangan Aruna dipegang oleh seseorang. Langsung membulat mata Aruna.
Oh my God. You gotta be kidding me, Aruna Irnia!
Entah macam mana Aruna boleh tak perasan yang dia sedang menghimpit Harden pada pintu biliknya ketika ini. Bukan itu saja, sebelah tangannya sibuk menekup mulut Harden manakala sebelah tangan lagi berada pada dada bidang Harden.
Perlahan-lahan Harden mengalihkan tangan Aruna yang sedang menekup mulutnya itu.
"Do you always do that, Aruna?" soal Harden seakan berbisik. Matanya merenung mata coklat Aruna dalam-dalam.
Aruna membalas pandangan mata Harden. Air liur ditelan kesat. Mulutnya terasa berat untuk bercakap ketika ini. Namun entah mengapa laju saja dia menyoal Harden semula.
"Do what?"
"Seduce people with those eyes while eavesdropping on other people making love?" lancar saja Harden melontarkan kata-kata itu. Segaris senyuman nakal ditayangkan pada Aruna.
Jantung Aruna berdegup kencang. Wajahnya turut membahang tatkala mendengar kata-kata Harden itu. Tapi dia tak faham apa yang dimaksudkan oleh Harden.
"What are you talking abo-" belum sempat Aruna menghabiskan kata-katanya tiba-tiba dia terdengar suara orang mengerang.
Laju saja matanya tertumpu pada pintu biliknya. Semakin lama bunyi itu semakin kuat. Aruna sudah tak tahan lagi. Matanya dipejam rapat-rapat. Bibirnya digigit dengan geram.
Aruna sudah faham apa yang dimaksudkan oleh Harden tadi.
Perlahan-lahan Aruna mendongak semula untuk memandang Harden. Perasaan malu menyelubungi diri Aruna. Lebih-lebih lagi apabila Harden menayangkan senyuman penuh makna padanya.
Fuck off!
YOU ARE READING
Forbidden Temptation [ E-Book ]
Romance❝ 𝙇𝙚𝙩 𝙢𝙚 𝙗𝙚 𝙮𝙤𝙪𝙧 𝙨𝙞𝙘𝙠𝙚𝙣𝙞𝙣𝙜 𝙙𝙚𝙨𝙞𝙧𝙚. ❞ Rated 18+ Mature content, age gap, forbidden love