FITYMI 6

1.2K 53 8
                                    

Bunyi tapak kasut yang laju menaiki anak tangga kedengaran di koridor. Setibanya pemilik kasut itu di depan pintu bilik dorm, dia buka luas pintu bilik tersebut. Tangan kirinya menarik seorang lagi manusia bersamanya ke dalam bilik itu. Daun pintu dia tutup dengan satu hempasan kuat lalu menolak gadis yang dia tarik bersama tadi pada permukaan pintu.

Anak mata biru mengerling ke atas, tepat pada anak mata hitam milik si atlet itu. Dyla menelan liur bila dia perasan betapa rapatnya dia dengan Aisy. Tak sempat dia nak buka mulut, kawannya dah menjauh daripada dia. Mukanya daripada risau berubah menjadi normal. Dengan anggukan sekilas, dia membuka kasutnya lalu menendang kasut tersebut ke tepi pintu.

"Ok, AJ ada kelas sampai 5 petang harini. Kita boleh discuss lebih-lebih kat sini" Aisy mengangguk kepalanya ke arah kasutnya yang bersepah di sebelah pintu. "Kau boleh letak kasut kau kat situ. Duduk ah dulu, aku buat air"

Dyla menurut saja apa yang Aisy suruh. Sejurus saja kasut dia diletakkan rapi bersebelahan pintu, dia mengorak langkah ke bean bags yang AJ dan Aisy beli untuk tetamu. Bilik dorm kat kolej tu boleh tahan besar, jadi untuk tak nak nampakkan bilik mereka terlampau kosong, kebanyakan pelajar kat situ beli perabot-perabot kecil, macam meja kopi, bean bags, rak kasut or even posters untuk memeriahkan lagi bilik mereka.

Selepas dia duduk atas bean bag berwarna kuning tu, dia melunjurkan kedua-dua kakinya. Betis dia yang terdedah terasa sejuk bila direhatkan atas permukaan lantai bilik tu. Kepalanya didongakkan untuk lepaskan nafas lega. Tapi satu tawa kecil terlepas bila dia perasan yang siling bilik Aisy ni ada awan yang diperbuat daripada kapas.

"Ni mesti idea kau en"

Aisy menoleh ke arah Dyla. Bila dia nampak gadis tu tengah mendongak ke atas, dia pun turut mengikut. Dia ketawa bila dia nampak apa yang dimaksudkan dengan Dyla. "Surprisingly, ni idea AJ" Aisy mulakan bicara sambil menuang air panas ke dalam mug miliknya. Serbuk kopi yang berada dalam mug tu mencair bila terkena cecair panas itu.

"Time ni awal-awal dia minat fotografi. Dia scroll kat Pinterest then jumpa board idea-idea untuk deco bilik. Kebetulan siling bilik ni warna biru, so kitorang beli bantal banyak-banyak semata nak kapas then lekatkan kat siling" Mug tu dia angkat lalu bawa ke Dyla yang tengah duduk. Dia letakkan mug tu atas meja kopi depan Dyla lalu duduk atas bean bag yang berhadapan dengan gadis mixed tu.

"First attempt memang buruk gila. Kitorang beli lagi bantal sebab AJ cakap awan tak cukup tebal. Then dah setel, lahh terlampau tebal pulak. So bukak lah balik" Aisy ketawa sambil menggeleng kepalanya. Jarinya menunjuk ke arah lampu LED yang tersangkut pada siling, mengelilingi awan palsu di situ. "Then, aku suggest beli lampu gini. Mana tau makin tambah seri awan tu. And turns out, it did. First decoration kitorang yang menjadi"

Dia bangun untuk keluarkan fonnya daripada poket seluar pendeknya. Dia buka aplikasi galeri lalu scroll sampai dia jumpa gambar yang dia tercari-cari. Dia hulurkan fon tu pada Dyla. "Ni kau tengokla AJ punya excited dengan awan-awan tu"

Gambar pertama yang menyapa mata birunya adalah gambar AJ yang tangannya penuh dengan kapas, kepalanya didongakkan ke atas, satu senyuman besar di mukanya. Jelas dia excited dan gembira dengan projek dia tu. Gambar seterusnya pulak bila AJ pandang ke arah kamera, biasan cahaya daripada LED tu menyerikan bahagian kiri mukanya. Seperti tadi AJ tersenyum lebar. Dyla scroll untuk gambar seterusnya.

Muka Aisy yang tersenyum lembut buatkan dadanya tiba-tiba rasa sempit. Kawannya tengah peluk salah satu bantal dengan kepalanya direhatkan atas bantal tu. Dengan lighting bilik tu memang buatkan gambar tu nampak cantik sangat-sangat.

"Seems like it's worth the hustle" Komen Dyla lalu hulurkan semula fon tu kepada pemiliknya. Aisy mengangguk lalu letak semula fon tu atas meja kopi di depannya. "It is. Aku jarang nampak dia senyum camtu so memang worth masa dan duit aku"

Fake It Till You Make It (gxg)[✓]Where stories live. Discover now