Chapter 19

282 15 0
                                    

" Saya sudah pulang " sayup-sayup Phuwin mendengar orang memberi berteriak dari luar rumah. Bersama itu, pintu rumah berbunyi perlahan seperti ada seseorang membukanya.

Phuwin terkaku di tempatnya. Tak mampu bersuara. Tak mampu bergerak. Dia mahu menjerit, meminta tolong tetapi suaranya tiada. Esak tangisnya tidak berbunyi. Hanya air mata sahaja yang keluar bersama dunia halusinasi nya yang tidak ada penghujung selagi dia tidak pengsan. Dia menahan matanya supaya tidak tertutup. Dia dapat merasakan kesakitan mencengkam di bahagian lehernya itu.

" Phuwin ! "

Dia mendengar ada seseorang menjerit namanya tetapi dia tidak mengenali suara orang itu. Siapa dia ? Siapa yang memanggilnya ? Kuasa ubat khayal itu terlalu kuat sampaikan Phuwin tidak mampu memikirkan siapa itu.

Tiba-tiba dia berasa takut. Apakah lelaki berhoodie itu datang lagi ? Tubuhnya menggigil ketakutan. Lantas, Phuwin duduk sambil membawa kedua-dua lututnya ke dada di sebalik almari. Mahu kecilkan diri supaya lenyap dari mata semua orang. Dia ketakutan dan saat ini, matanya meliar, mencari seseorang.

Pond ? Di mana Pond di saat dia memerlukannya. Pond.. Pond.. Dia memanggil Pond hanya di dalam jiwanya sahaja.

Dari jauh, Phuwin nampak susuk seseorang perlahan-perlahan berjalan ke dalam rumahnya. Seakan-akan berjaga-jaga. Ada lampu suluh di tangannya. Lampu suluh dari telefon itu menyuluh keadaan rumahnya yang gelap-gelita.

Tolong... Jangan datang sini.. Tolong.. Pergi jauh-jauh.. Tolong... Phuwin merayu di dalam hatinya.

" Akhh " suara erangan kesakitan terkeluar dari mulut Phuwin bila Phuwin mencuba menggerakkan kepalanya.

" Phuwin ? " suara siapa ? Suara siapa itu ? Phuwin kekeliruan.

Bersama itu, lampu suluh yang terang itu menembusi mata Phuwin membuatkan Phuwin menutup matanya. Tubuhnya menggigil.

" Oh my god  Phuwin ! What happened to you? " suara itu sungguh terkejut.

Pandangan penuh ketakutan dihalakan ke arahnya, " To... Tolong... Ja.. Jangan apa-apakan aku . " Phuwin merayu lemah. Tubuhnya sudah tidak stabil, seperti mahu jatuh ke lantai. Nasib baik dia sandar di almari.

" Damn it ! Who did this to you ?! " kali ini suaranya sangat keras. Phuwin tersentak. Bahu Phuwin automatik terenjut dengan suaranya itu.

" God, I'm sorry " ucapnya lembut. Mungkin menyedari yang Phuwin takut dengannya.

Kemudian orang itu berlalu pergi. Phuwin tidak tahu orang itu ke mana sehinggalah ruang tamu yang gelap tadi tiba-tiba menjadi terang-benderang disimbahi lampu. Membuatkan Phuwin dapat melihat dengan jelas tubuhnya yang terdedah bersama darah yang berada di dadanya. Pakaiannya koyak. Phuwin berasa tidak selamat dan dengan pantas, tangan dibawak memeluk tubuhnya sendiri. Tapi terhalang kerana tangannya masih terikat. Air mata kembali menitis di pipinya.

Orang itu kembali kepada Phuwin. Orang itu nampak tersentak apabila melihat keadaan Phuwin sebelum cepat-cepat tubuh Phuwin dibalut dengan satu comforter. Bila Phuwin tengok seseorang itu mendekatinya, dia mengelak jauh. Dibayangi oleh lelaki berhoodie tadi. Phuwin takut yang orang ini akan melakukan seperti mana lelaki berhoodie itu lakukan kepadanya. Dia seperti sudah tidak mempercayai sesiapa.

" Phuwin, siapa yang buat awak macam ini ? " orang itu duduk bersimpuh di hadapan Phuwin. Tangan orang itu mahu memegang kepala Phuwin tetapi Phuwin pantas menjauhkan kepalanya.

" Siapa kau ? " tanya Phuwin dengan nada sungguh perlahan sekali.

" Saya Pond. Suami awak. Takkan awak tak kenal ? " Pond mengelus lembut rambut Phuwin.

Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now