Chapter 20

303 14 0
                                    

Phuwin berdiri, memandang langit melalui tingkap bilik tidur yang terbuka lebar. Kedua tangannya terlipat di dada dan sisi tubuhnya disandarkan di dinding. Matanya sayu memandang pemandangan luar.

Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari tetapi dia langsung tidak keluar dari bilik sejak dia bangun tidur sampai sekarang. Breakfast pun Pond yang bawakkan ke bilik. Dia menyentuh balutan crepe bandage di lehernya. Dia mengeluh perlahan.

Pintu bilik terbuka dari luar dan tubuh tegap Pond memasuki bilik. Pond nampak Phuwin berdiri sendirian di tingkap membuatkan Pond tersenyum nipis. Perlahan-perlahan, Pond datang dan memeluk Phuwin dari belakang membuatkan Phuwin terkejut.

" Ish ! Terkejut saya ! " marah Phuwin, memukul lengan Pond.

Pond ketawa dan dia meletakkan dagunya di bahu Phuwin, " Sayang okay ? " tanya Pond, mengusap-usap perut Phuwin.

Phuwin diam sahaja. Dia tahu ke mana hala tuju pertanyaan Pond itu.

" Saya dah bagitahu peristiwa semalam dekat family awak " beritahu Pond, memandang langit juga.

" Apa reaction diorang ? " tanya Phuwin perlahan.

" Well.. Hmmm.. Terkejut.. Mae yang paling marah tapi pho cakap nak buat macam mana, dah terjadi kan. Pho cakap tak perlu risau sangat sebab awak lelaki. Tidak terjadi apa-apa. Hanya mempunyai luka sahaja. So, like that " Pond bersuara sambil menghidu tengkuk Phuwin.

Phuwin hanya menganggukkan kepala sahaja, " Selain mae dan pho, siapa yang awak bagitahu ? "

" Tiada sesiapa "

" Sure ? "

" Yes ! " jawap Pond dengan yakin.

Phuwin hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

Suasana sunyi sepi. Hanya angin lembut yang menerpa mereka.

Pond squeeze  Phuwin ke dalam pelukannya membuatkan Phuwin ketawa kecil. Pond yang menyenangi ketawa Phuwin, mulai mengucup seluruh wajah Phuwin berkali-kali membuatkan Phuwin lemas.

" P'Pond ! Enough ! " teriak Phuwin, menolak wajah Pond supaya jauh daripada mukanya. Rimas bila bibir tebal itu menjelajahi setiap inci wajahnya.

Pond memeluk erat pinggang Phuwin dan menolak Phuwin sampai Phuwin tersandar di tingkap yang separas pinggul nya.

" P'Pond. P'Pond. Saya hampir jatuh " kata Phuwin, menjeling ke belakang. Pemandangan bawah melalui tingkap membuatkannya gerun. Bagaimana dia jatuh melalui tingkap ini ? Tingkap ini bukan kecil. Sebesar-besar alam tingkap ni dibukanya. Dia pun boleh tercampak keluar.

" Pegang saya " pinta Pond, merengkuh pinggang Phuwin dekat dengannya membuatkan Phuwin terpegang dada bidang Pond.

Wajah mereka berdekatan. Mata mereka bertatapan penuh cinta. Jantung Phuwin berdegup dengan kencang melihat kekacakan wajah Pond sedekat ini.

Pond terus memberikan peck kiss dekat hujung bibir Phuwin.

Phuwin ketawa kecil dan mengucup kembali bibir Pond dengan menggunakan peck kiss.

Mereka berbalas ciuman singkat sampai Pond menautkan bibir mereka dengan sungguh lama. Phuwin menutup mata dan mulai mengucup bibir Pond. Mereka berciuman di tingkap itu.

Tanpa mereka sedari, kedua orang tua mereka yang duduk di meja luar hanya memandang mereka dengan senyuman manis. Bahagia melihat Pond dan Phuwin.



Pond memandang Phuwin dari celah dinding. Dia melihat sahaja Phuwin yang merendamkan kaki ke dalam kolam. Kadangkala, dia nampak Phuwin mengocak air kolam menggunakan kaki ataupun tangan. Risau je kalau Phuwin jatuh dalam kolam. Dia nampak tangan Phuwin menyentuh leher yang berbalut. Pond senyum nipis dan berjalan perlahan-perlahan ke arah Phuwin.

Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now