6.00 PAG
"SAIDATUL SYAFIQAH!MANA ANAK IBU NI?BELUM TURUN LAGI KE?" Jerit Puan Tihani dari ruang tamu.
Puan Tihani sudah bercekak pinggang di ruang tamu sambil menyediakan makanan di atas meja makan yang terletak di hadapannya.
"Sekejap ibu,kakak nak betulkan awning tudung ni" Kata Saidatul dari biliknya.
Awning tudung itu dibetulkan beberapa kali namun tidak juga mahu tegak.Apalah masalah hidup awning tudung pagi-pagi ni.Ditiup juga awning itu mahu dibagi tegak.
"Turun nanti sarapan"
"Baik ibu..."
"Aduh awning ni...susah betul nak bentuk.Apa masalah dia agaknya asal nak ke sekolah je tak jadi bila balik tau pulak nak bentuk.Ceh!" Rungut Syafiqah sambil membetulkan tudungnya.
"Sabar Fiqah sabar.Istighfar banyak-banyak.Astagfirullah" Kata Syafiqah dalam hati.
"Alhamdulillah jadi pun tudung ni" Tersenyum Saidatul melihat dirinya di cermin dengan tudung yang kemas.
Diambil pula minyak wangi di atas meja soleknya,dibuka penutup dan disemburkan sedikit ke tubuh miliknya.Minyak wangi itu kemudian diletakkan semula di atas meja.Bau wangian menghiasi tubuhnya namun tidak terlalu wangi sehingga menarik perhatian.
Bajunya pula dirapikan dan dilihat pantulan dirinya di cermin.Semua lengkap.
Dicapai pula beg galasnya dan satu totebag yang menempatkan buku matapelajaran pada hari ini.Pantas dia keluar dari bilik lalu menuruni anak tangga ke ruang tamu.
"Eh kak,baru turun?Ingat tak nak pergi sekolah" Kata Furqan yang sedang duduk di meja makan sambil menikmati sarapannya bersama dua orang lagi adiknya.
Saidatul mengenakan uniform sekolah lengkap iaitu baju kurung biru dan kain hitam bersama tudung putih labuh paras punggung.Sesuai dengan protokol pemakaian bagi murid yang mengambil kelas aliran sains agama.
Khalif Furqan yang berusia 14 tahun.Thaqif Fauzan berusia 10 tahun dan Saidatul Syahira berusia 7 tahun sedang menikmati roti telur bersama.
Seorang lagi adiknya bernama Saidatul Syamira berusia dua tahun masih dibuai mimpi.
"Oi,tinggalkan sikit untuk akak!" Dia terus meletakkan begnya di atas sofa dan bergegas ke meja makan.
"Nasib akak turun cepat kalau tak dah habis kita orang makan" Usik Fauzan kepada kakaknya.
"Eleh.Macamlah kau orang ni nak habiskan.Akak report kat ibu nanti"
Dia pun duduk bersebelahan Syahira dan menikmati roti telur yang dihidangkan oleh ibu mereka.Syafiqah memang kurang gemar makan makanan berat pada siang hari.
"Ready nak masuk sekolah Ira?"
Syahira pantas mengangguk sambil mengunyah roti di dalam mulutnya.
"Ira nak sekolah.Nak jumpa kawan"
"Ha,nanti taulah kau penat sekolah dari pagi sampai petang"
Furqan sengaja mengusik perempuannya itu.Pantang betul dia kalau tidak mengusik adik beradiknya walaupun sehari.
Mereka tahu bahawa Syahira akan bersekolah agama dahulu sebelum pergi ke sekolah kebangsaan.Dia juga perlu tinggal di taska sebelum ke sekolah kebangsaan dan bersiap di sana.
"Dahlah,makan cepat nanti lambat.Akak nk siapkan Syamira pula lepas ni"
Pantas Syafiqah menghabiskan sisa roti yang dipegangnya.Dikunyah sehingga lumat sebelum ditelan.
YOU ARE READING
DESTINED LOVE
Teen Fiction⚠HIATUS⚠ "Meili de" -Felix Wong Cinta antara dua haluan berbeza.Mampukah mereka disatukan? Hanya perancangan Allah sahaja yang menentukan. ⚠THIS IS MY FIRST STORY⚠ ⚠WRONG TRANSLATION⚠