BAB 2

14 0 0
                                    


Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi minggu pertama persekolahan.Syafiqah dan rakannya sudah terbiasa untuk balik lewat dan belajar bilangan subjek yang banyak setiap hari.

Seperti biasa,Kelas Syafiqah akan pergi ke makmal biologi untuk belajar di sana memandangkan kelas mereka berkongsi dengan kelas sesi petang.

Sekarang sudah jam 1.00 petang di mana pelajar-pelajar yang lain sedang menunggu di surau untuk solat zohor berhemaah sebelum balik.

Biasanya,kelas mereka akan dibenarkan untuk solat dan makan selama 30 minit sebelum meneruskan pelajaran untuk kelas seterusnya kerana kelas mereka akan berlanjutan sehingga 3.10 petang.

"Korang nak pergi cafe tak?" Tanya Syafiqah kepada kawan-kawannya yang berada di luar makmal.

"Solat dulu pastu pergi cafe" Jawap Julia.

"Semua setuju ke?" Haura bertanya kepada pelajar perempuan kelasnya.

"Aku tak solat so aku tunggu korang kat cafe" Jawap Raudha

"Aku dengan Darryna ikut kau.Kitorang tunggu kat cafe tau" Kata Nadhirah.

"Ok kitorang gerak dulu.Bye" Syafiqah,Haura dan lapan orang perempuan rakan sekelasnya bergerak ke surau untuk mengejakan solat.

"Ok guys jom gi cafe aku nak aircorn.Panas kalau tunggu kat depan makmal ni"

"Jom"

Kesemua mereka mula bergerak ke tempat tujuan masing-masing.Yang solat pergi ke surau dan membawa telekung mereka bersama yang selebihnya ke cafe untuk membeli makanan dan membaca buku jika mahu.

Syafiqah dan rakannya yang pergi je surau terus mengambil wudu' dan menyarungkan telekung mereka kemudiannya terus solat tanpa mengikuti imam kerana takut lambat.

Setelah selesai solat,masing-masing melipat telekung dan keluar dari surau.Kasut yang disusun di tepi dinding disarung lalu mereka bergegas ke cafe.

"Weh korang,cepatlah diorang dah tunggu kat cafe tu"

Haura sudah jauh meninggalkan rakannya di belakang.Laju betul dia berjalan patutlah jadi olahragawati sekolah.

Syafiqah melihat jam tangan yang dipakainya sambil mengikuti langkah Haura dari belakang.Rakannya yang lain juga mengikuti Haura dari belakang.

"Sabarlah baru pukul 1.18.Lagipun tak luak tunggu dalam cafe tu ade aircorn.Kalau dia orang bosan pun dalam tu ade buku untuk baca"

"Memanglah.Dah nama pun Perpustakaan cafe of course ade buku.Boleh aku baca komik free tak payah beli dah"

Iman,salah seorang rakan sekelas mereka.Seorang yang memang suka dengan komik.Kalau boleh setiap hari dia ke cafe hanya untuk membaca komik percuma.

"Kalau kau memang tak payah cakap.Masuk je dia yang hilang kat ruangan komik dulu.Orang lain beli makanan dia boleh pulak seludup bekal masuk dalam tu"

"HAHAHAHAHA" Ketawa semua rakannya di situ apabila mengenangkan Iman yang membawa nasi lemak ke dalam cafe tempoh hari.

Sudah terang lagi bersuluh di hadapan pintu cafe bahawa tiada makanan luar dibawa boleh masuk ke dalam cafe.Terkejut mereka apabila tahu bahawa Iman membawa bekal secara senyap.

Semua bersepakat melindungi Iman dari dilihat oleh pengawas yang bertugas.Karang ada yang dihalau keluar nanti.Iman pula hanya tenang menikmati makanannya.

Nasib mereka pengawas itu tidak melihat Iman makan dengan bersahaja sambil dikelilingi rakan mereka di meja.Tetapi bau nasi lemak Iman boleh tahan kuat baunya.

DESTINED LOVEWhere stories live. Discover now