BAB 3

8 0 0
                                    

TOK TOK TOK

"Kakak! Ouhh...kakak!" Jerit Furqan dari luar pintu bilik kakaknya.

"Ape?" Jawap Syafiqah yang baru sahaja ingin mengemas biliknya.

"Bukalah pintu ni" Sampuk suara Fauzan pula di luar bilik.

Syafiqah mengeluh kecil.Dia terus pergi ke pintu bilik dan membukanya.
Kelihatan dua orang adiknya di hadapan pintu sambil memegang raket badminton dan bulu tangkis.

"Jom main badminton.Hari ni cuti" Ajak Furqan.

"Jomlah akak...dah lama tak main badminton sama-sama" Ajak Fauzan pula.

"Bukannya tak nak tapi...SEKARANG BARU PUKUL 7 PAGI TAU TAK!" Nada Syafiqah berubah dengan tinggi kepada adiknya.

Tersentak Furqan dan Fauzan dimarahi kakak sulung mereka.Memang setiap kali datang bulan,Syafiqah pantang orang rosakkan mood paginya.

"Akak period ke?" Selamba Furqan bertanya.

TUK!

Tidak semena-mena dahinya menjadi merah akibat jentikan kakaknya.Fauzan sudah mengetawakan Furqan tetapi dia cuba menahan.

"Sakitlah!" Furqan menggosok dahinya yang merah untuk meredakan kesakitan.

"Lain kali mulut tu jangan celupar sangat.Orang tak ada mood dia pergi kacau buat apa" Syafiqah memandang tajam kedua-dua adiknya.

Fauzan yang tadinya menggelakkan abangnya terus diam serta merta kerana takut dengan kakaknya.

Syafiqah cuba untuk mengawal emosinya supaya reda.

"Sabar Fiqah...sabar...orang paling kuat adalah orang yang dapat menahan sabar" kata Syafiqah pada dirinya dalam hati.

"Kalau nak ajak pun petanglah ni pagi-pagi buta.Jiran pun belum tentu bangun lagi.Nanti ade pulak yang komplen bising pagi-pagi.Kalau nak main jugak petang nanti lepas solat asar" Syafiqah cuba mengawal nadanya apabila bercakap dengan adiknya.

"Betul eh lepas asar...kita pergi kat gelanggang badminton tu" Furqan mula berubah wajah apabila kakaknya bersetuju untuk bermain.

"Siapa lambat kena tinggal"

"Aye aye kapten" Balas kedua-dua adiknya.

"Dah shuh shuh kakak nak kemas bilik.Kau orang pergi mandi dulu dahlah busuk ada hati nak ajak main" Syafiqah seakan-akan menghalau adiknya dan menutup hidung.

"Eleh,entah-entah dia pun belum mandi" Fauzan mahu menyakat kakaknya.

Syafiqah terus memandang Fauzan dengan pandangan yang tajam membuatkan adiknya kecut perut.Kakaknya kalau baik macam bidadari tapi kalau marah boleh kalahkan bom nak meletup.

"Lari..." Furqan dan Fauzan berlari menuruni anak tangga ke tingkat bawah.

Syafiqah menutup semula pintu bilik dan mengunci dari dalam.Dia tidak suka orang menganggu privasinya walau ibu bapanya sendiri.

Syafiqah mengikat rambutnya dan memulakan misi mengemas biliknya dengan menyapu rambut-rambut yang gugur.Dia kemudiannya menggantung baju di almari dan mencuci tandas.

Setelah selesai,barulah dia turun ke ruang tamu untuk membantu ibunya memasak di dapur.

Saidatul Syamira iaitu adik bongsunya masih tidur berlapikkan tilam kecil di atas karpet di ruang tamu.

Encik Shahrin pula sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen.Manakala Syahira sedang sibuk melukis di meja kecilnya.

Syafiqah tidak menegur ayahnya.Mereka tidak berapa rapat sejak beberapa tahun dahulu.Hanya berborak jika ada yang mahu diborakkan.

DESTINED LOVEWhere stories live. Discover now