BAB 4

0 0 0
                                    

[3 BULAN PERSEKOLAHAN]

"Weh Fiqah tengok ni" Haura menunjukkan kotak yang bewarna merah bersaiz kecil terletak di atas meja Syafiqah.

Syafiqah yang baru sahaja naik ke kelas selepas rehat melihat ke mejanya."Hadiah lagi?"

Sejak dua menjak ini,kerap kali ada yang memberikanya hadiah misteri setiap bulan namun dia tidak mengetahui siapa penghantarnya.Peminat dia ke?

"Kali ni dapat apa pulak?" Haura melabuhkan punggungnya ke kerusi bersebelahan Syafiqah.

Dilihatnya kotak itu dengan penuh minat.Terkejut Haura apabila pertama kali melihat Syafiqah mendapat hadiah dari pengirim misteri pada mulanya.Ini sudah kali ketiga Syafiqah mendapat hadiah.

Kali pertama semasa tahun baru china dapat keychain berbentuk arnab.Kali kedua dapat buku nota.Semestinya gambar arnab juga.Kali ketiga masih belum diketahui.

Syafiqah juga melabuhkan punggungnya ke kerusi miliknya.Jenuh dia memikirkan siapa penghantar hadiah misteri kepadanya setiap bulan itu.Kotak yang terletak di atas mejanya itu diambil dan diletakkan di atas peha.

"Bukalah cepat.Aku nak tahu ni"

Haura pula yang teruja untuk mengetahui isi kotak itu.Mana tidaknya,tiada orang yang pernah menghantar hadiah kepada Syafiqah seperti ini.Kalau ajak couple pernahlah tapi Syafiqah kerap menolak dengan cara yang baik katanya belum masanya untuk bercinta.

Guru matapelajaran belum kelihatan,pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas membuat hal masing-masing.Ada yang berborak,ada yang bermain dan ada juga yang pergi ke kelas sebelah.

"Siapalah yang hantar ni.Asyik bagi hadiah tiap bulan tak sayang duit ke?" Kotak merah itu masih dipandangnya.

"Peminat kau kot atau orang yang ada crush kat kau?" Teka Haura.

"Entahlah.Aku pun tak tahu siapa"

"Sudahlah,buka dulu kotak tu.Aku nak tengok apa yang kau dapat" Desak Haura yang tidak sabar-sabar mahu mengetahui isi kotak itu.

"Yelah,yelah..."

Syafiqah melepaskan keluhan kecil lalu dibuka kotak merah bersaiz kecil itu.

"Eh,comelnya" Kata Haura dengan nada yang teruja.

Patung arnab.Isi kotak itu merupakan patung arnab kecil yang comel.Patung itu diambil oleh Syafiqah dan ditelitinya patung itu.

"Comel juga" Satu senyuman terukir di bibir Syafiqah.

Patung arnab itu diusap dan dilihat dengan senyuman.Entah siapa encik misteri yang memberikannya patung itu tidak dihirau.Patung itu kecil sebesar tangan sahaja tetapi comel.

"Untunglah kau ada peminat misteri"

Haura sudah tersenyum sinis sambil mengangkat keningnya berulang kali.Suka dia mengenakan Syafiqah.

"Tapi siapa yang bagi eh?"

"Siapa yang bagi tu tak penting.Kau terima jelah.Rezeki jangan ditolak.Maybe orang yang bagi ni ada crush kat kau tapi tak berani confess.I mean,why not right?"

"Tapi ada ke orang suka aku?"

Bam!

Tersentak Syafiqah apabila Haura tiba-tiba menghentak meja.Bukan dia sahaja terkejut,orang depan pun terkejut sekali.

"Kau kenapa Haura? Buang tabi..."

Belum sempat Syafiqah menghabiskan ayatnya,Haura sudah memegang kedua-dua bahu rakannya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DESTINED LOVEWhere stories live. Discover now