Apabila dia merasakan Ayla tidak mahu bercakap, Denniz membuat keputusan untuk keluar. Tangannya dipegang oleh isterinya membuatkan dia terhenti.
Denniz berpaling untuk memandang Ayla. Matanya memandang tepat ke arah mata isterinya.
"Abang tak nak jelaskan dekat Ayla?" Tanya Ayla perlahan. Ada baiknya juga dia mendengar penjelasan dari suaminya. Ayla pun taknak ulang perkara yang dah lepas.
Denniz mengerutkan kening, seribu kali pelik. Dari tadi Ayla seperti tidak marah dan tidak mahu memukul dia. Kalau dulu Ayla selalu bertindas ganas, kini tidak lagi. Wanita itu memang banyak berubah.
"Ayla tahu abang pelik kenapa Ayla tak marah, kan?" Betul tak tekaan Ayla!" Tebak Ayla yakin. Kuat juga suara dia tetapi tak sampai level menengking.
Tangan suaminya ditarik sehingga Denniz duduk di sebelah dia. Ayla mencium lama kekura tangan Denniz.
Nafas dia ditarik. "Ayla tak nak ulang kesilapan yang sama macam dua tahun lepas. Dulu Ayla pentingkan diri sampaikan Ayla pergi tinggalkan abang, Ayla cuma pentingkan kisah silam Ayla je tapi kisah silam abang tak pernah Ayla nak tanya." Suara Ayla sebak semasa meluahkan kata-katanya.
Rasa berdosa menggunung terhadap Denniz. Denniz membiarkan dia hidup dalam keadaan tenang tetapi dia membiarkan suaminya hidup dalam derita merindui diri dia.
"It's not your fault..."
"It's all my fault. Lepas Ayla dengar cerita papa, Ayla rasa serba salah dengan abang. Ayla lupa semua orang ada kisah silam tersendiri. Cuma cepat atau lambat sahaja dia nak bagitahu dan cuma dia je tahu bagaimana dalamnya sakit itu."
Laju Ayla memotong percakapan suaminya.
Denniz diam seribu bahasa. Tak ada respon untuk isteri dia.
"Ayla abaikan abang, sakitkan hati abang dan Ayla dulu tinggalkan abang sedangkan abang tunggu Ayla dan masih sayangkan Ayla. I'm selfish that time sebab hanya fikir takut Ayla je tapi takut abang tak pernah Ayla kisah," sambung Ayla lagi. Suaranya berubah kendur.
Tangan Denniz naik mengusap rambut panjang isterinya. Bibirnya mengukir senyuman manis. Dia bangga Ayla sudah melepasi trauma dan derita walaupun sedirian tanpa dia. Ayla kini nampak lebih matang dan tidak lagi mudah naik angin.
Ayla memegang tangan suaminya yang mengusap rambutnya.
"Mesti sakit kisah abang berbanding dengan Ayla, kan? Ayla hanya pentingkan kisah Ayla dekat abang tapi Ayla tak tahu pun abang ada satu kisah silam yang menyakiti abang."
"Sakit tapi sikit. Abang mentah lagi masa tu dan abang belum matang. Silap abang sebab berkahwin terlalu awal hanya sebab ikut trend. Penat abang kena leter dengan Aidan masa tu." Seriau pula Denniz apabila dia mengenangkan Aidan menengking dia dulu.
"Abang tak nak cerita ke? Macam mana abang boleh berkahwin dengan Haifa?" Soal Ayla dengan berhati-hati.
Denniz memgangguk. Sudah tentulah dia akan cerita. Tiba masanya dia menceritakan kisah silamnya kepada Ayla, isterinya yang berhak tahu segalanya.
Dia naik bersandar di tengah kepala katil. Dia menepuk-nepuk bahunya untuk Ayla datang ke arah dia. Ayla hanya menurut dan meletakkan kepalanya di atas bahu Denniz. Tangan Denniz naik memeluk isterinya.
"Before abang cerita, abang nak minta satu je dulu. Andai kata ada dekat mana bahagian cerita abang yang buat isteri abang marah atau sedih, peluk abang. Peluk abang sekuat hati isteri abang." Pinta Denniz lembut. Bibirnya mencium tepi kepala isterinya. Belakang Ayla diusap.
"Boleh ke?" Soal Ayla meminta kepastian. Sekarang pun dia nak menangis apabila suaminya berkata demikian.
"Yup!" Denniz mengetatkan pelukan.
"Kalau Ayla menangis?" Tanga dia sekali lagi.
"Abang peluk isteri abang. Abang pujuk sampailah isteri abang tak menangis. I hate when you cry but I know you deserves to cry." Denniz cuba meyakinkan Ayla. Normallah kaalu Ayla akan menangis. Dia perempuan kut. Lainlah Denniz akan tahan menangis tetapi kalau bab Ayla automatik dia akan menangis.
Ayla hanya mengangguk. Dia cuma berharap dia mampu bersabar ketika mendengar cerita suaminya. Buatnya dia terlempang muka Denniz semasa dia bercerita, tak ke haru jadinya nanti?
Bermulalah kisah yang Denniz ceritakan kepada dia. Dari awal pertemuan Denniz dengan Haifa sampailah mereka berkahwin dan bagaimana mereka boleh bercerai. Punca Denniz beku dengan perempuan juga berpunca daripada Haifa tetapi saja dia diamkan sebab tak nak berlaku pergaduhan.
Ayla memegang erat lengan Denniz. Sakit juga kisah Denniz, telinga dia yang hampir dengan dada Denniz pun dia dapat dengan bunyi degupan jantung. Mesti Denniz menahan segala perasaan semasa bercerita untuk dia.
Tanpa sedar dia memeluk erat Denniz kerana dia tidak tahan untuk menangis. Denniz terus memeluk tubuh isterinya dan membacakan ayat Al-Quran di tepi telinga Ayla supaya isterinya tenang.
"Takdir hidup abang berkahwin awal. Habis peperiksaan, kami kahwin. Abang ingat boleh hidup sepanjang hayat dengan dia, tapi tak. Dia lebih memilih orang lain berbanding abang." Denniz mula bercerita.
Ayla menjadi pendengar setia.
"Abang tak kisah dia nak pilih orang lain asalkan dia bahagia. Tapi bila dia hancurkan maruah abang, sakit sangat masa tu. Denniz menyambung kisahnya. Tangannya digenggam erat oleh isteri.
YOU ARE READING
Denniz Ashraf: His Ayla (BAKAL TERBIT)
RomanceMEGA DENNIZ ASHRAF | NURAYLA VICTORIA