PROLOG

30 10 5
                                    

SENYUMAN menghiasi bibir Aulia. Bouquet
ditangan dibawa ke dada lalu dipeluk erat. Lelaki dihadapannya yang tersenyum simpul dipandang penuh bahagia.

"Thank you, awak. Bunga ni cantik sangat. Tau-tau aje saya suka baby breath," ucap Aulia manja. Bunga itu dihidu seketika. Wangi!

"You're welcome, baby. Of course lah saya tau bunga favorite awak. Sayakan... cinta hati awak," senyuman lelaki itu luas terukir dibibirnya.

"Ada-ada ajelah awak ni, Haiqal. By the way, thank you tau datang majlis graduasi saya. Dah lah sekolah awak jauh. Kesian awak drive jauh-jauh." Aulia jatuh kasihan pada Haiqal. Dia tahu Haiqal penat.

"No worries, baby. Saya tak penat pun. Tak adalah jauh sangat saya drive. Parents you dah sampai?" tanya Haiqal menukar topik perbualan. Mata sengaja mencari kelibat keluarga Aulia yang dihimpit kesesakan para pelajar dan keluarga mereka.

"Dah sampai dah. Nak jumpa dulu ke?" Aulia sudah tersenyum nakal.

"Eh, tak. Nanti-nantilah saya jumpa dia orang. Saya buzy ni. Saya balik dululah. Okay, baby?" pamit Haiqal laju. Sempat kepala Aulia diusap lembut sebelum berlalu meninggalkan gadis itu terkulat-kulat sendiri.

"Aku salah cakap ke?" Aulia menyoal diri sendiri. Lama dia berfikir sebelum keluhan dilepaskan.

"Tak apalah. Asalkan dia datang. Itu pun dah cukup bagi aku." Segaris senyuman terukir dibibirnya.

"Adik!" jerit seorang lelaki agak kuat. Aulia menoleh dengan kerutan didahi.

"Adik, congrats... finally adik dah habis belajar. Result STPM pun cantik abang tengok. So after this ada plan tak nak sambung kat mana?" tanya Ashriq ramah. Bahu Aulia dipeluk lembut.

"Ibu dengan ayah mana?" tanya Aulia tanpa menjawab soalan Ashriq.

"La... kan ibu dengan ayah ada kerja kat luar kawasan. Sebab tu abang yang datang sini. Tak suka ke abang yang datang?" rajuk Ashriq. Mulut sengaja dimuncungkan.

"Taklah... adik nak baliklah, abang. Penat sangat," Aulia merangkul lengan abangnya manja.

"Jom balik." ajak Aulia dengan senyuman nipis.

"Tak nak makan dulu?" tanya Ashriq risau.
Tahu sangat Aulia terasa dengan kesibukan ibu dan ayah mereka.

"Nantilah. Adik penat, nak balik. Jomlah balik," tolak Aulia malas. Lengan Ashriq di tarik agak kuat mengikuti langkahnya.

"Kita drive-thru nak? Starbucks? McD? Anything you want," tawar Ashriq tak berputus asa.

Aulia diam. Kepala digeleng laju menjawab pertanyaan abangnya. Hatinya terasa kerana ibu dan abah tidak pernah mementingkan dirinya. Ashriq yang faham akhirnya melangkah mengikut rentak Aulia.

######

AULIA ZAHRA termenung merenung telefon di tangan. Sudah berkali-kali nombor Haiqal di dail namun tidak satu pun terjawab. Mesej yang dihantar juga tidak dibalas. Seakan telefon lelaki itu dimatikan. Sejak petang tadi dia tidak berjaya menghubungi Haiqal. Tidak pernah lagi Haiqal buat perangai begini.

Keluhan dilepaskan. 'Dia busy kot...' bisik hatinya cuba menenteramkan perasaan yang kian bercampur aduk. Novel di sebelah katil dicapai lalu muka surat yang bertanda dibuka. Walaupun dia membaca isi novel tersebut, fikirannya tetap menerawang memikirkan Haiqal yang tidak memberi sebarang kabar berita.

Asyik melayan perasaan, akhirnya Aulia tertidur dengan buku menutup muka. Penat berfikir membuatnya tertidur tanpa sedar. Namun telefon yang diletak di perutnya bergetar menandakan ada mesej yang masuk.

'I'm sorry, i have to go.'

Dan tanpa sedar, mesej itu adalah mesej terakhir yang dihantar oleh Haiqal. Mesej yang membawa pergi semua kenangan mereka.

thank you support my first story. insyaAllah saya akan update seminggu tiga kali if saya ta busy. saya tak boleh janji sebab saya takit takleh tunaikan. thank you my cinta! do follow me and vote for my story.
love,
hhny_

OUR STORY (WILL NEVER END)Where stories live. Discover now