Bab 8

2.8K 61 9
                                    

When problems comes into your life like a non stop rain, always remember that god will always be your umbrella..

"Daddy bagitahu mama, dia nak percepatkan perkahwinan Ness dengan Hakeem secepat yang mungkin .."~ ujar Azizah..

Ya Allah..

Terduduk Nessa di atas lantai..Baru sahaja pulang dari kerja,terus aku dapat berita buruk..Sudahlah baru harini, aku berbaik balik dengan Hadrian,ditambah pula cerita yang mama sampaikan,sangat-sangat menyedihkan aku..Hmm

Kenapa daddy sanggup buat aku macam ni?

Daddy tak sayangkan aku ke?

Selama ini banyak yang aku korbankan untuk daddy,aku ikut semua kemahuan daddy walaupun aku terpaksa terima Hakeem untuk jadi pasangan hidup, tapi tak sedikit pun daddy fikirkan perasaan aku..Ya betul aku bercinta dengan Hakeem tapi hubungan kami dah lama terputus selepas tamat sekolah menengah..dan daddy tahu itu semua..

Atleast tanya la aku "Ness betul-betul cintakan Hakeem ke? Ness okay ke? Ness nak apa-apa ke? TAK ADA!!

Nafas dihela panjang..airmata yang ingin menitis di seka dengan belakang tapak tangannya,kemudian Nessa memandang ke arah mama yang sedang berdiri dihadapan dia..matanya menoleh ke kiri dan ke kanan,sebelum dia meluahkan apa yang terbuku dihati..

"Maa.."~ sayu suaranya..sebak di dada hanya Allah saja yang tahu..

"Iya sayang?"~ Azizah memegang kedua belah bahu Nessa agar bangun berdiri tegak dihadapannya..Ya Allah kesian sungguh anak aku..

"Ness.. dah berbaik balik dengan Rian.."~ jujurnya perlahan..takut terdengar dek daddy yang berada di tingkat atas..

Berubah riak wajah Azizah..gembira itu yang dia rasa..

"Ya Allah betul ke Ness? Ness dah ceritakan semuanya pada Rian? dan dia memaafkan Ness dengan apa yang berlaku?"~ bertubi-tubi soalan dari mulut Azizah..

Nesse gelengkan kepalanya..

"Belum lagi ma..Ness hanya menunggu masa yang sesuai untuk Ness ceritakan hal sebenarnya pada dia.."~

Takut sungguh takut, tapi aku harus berdepan dengan semua masalah ini.. Selagi Rian tak tahu cerita hal yang sebenar,selagi itulah aku akan rasa bersalah seumur hidup aku.. Terima atau tidak itu semua terpulang pada Rian..Ya Allah kuatkan hati aku..

"Ness..mama rasa Ness harus lakukan sesuatu..mama tak rasa kali ni daddy main-main pasal perkahwinan Ness dengan Hakeem.."~ luah Azizah lagi..

"Maksud mama?"~ Nessa betul-betul tak faham..

Diheret lengan anaknya agar mendekat ke arahnya..Azizah membisikkan sesuatu di telinga Nessa..

"Ness keluar dari rumah ni,dan kahwin dengan Rian.."~

Terkejut Nessa..

"Ya Allah kenapa sampai macam tu sekali mama?"~

"Mama rasa itu adalah jalan yang terbaik untuk Ness dan mama yakin Rian boleh jaga Ness dengan baik.."~

Airmata yang ditahan tadi mula menitis.. "Habistu mama macam mana?"~ diraih kedua belah tangan mama lalu diciumnya..Ya Allah aku tak sanggup nak berjauhan dengan mama..bisik hatinya..

"Mama okay Ness jangan risau..sekarang Ness siap cepat-cepat dan keluar dari sini.."~ bagitahu Azizah dengan perlahan..

Ya Allah aku harap keputusan aku adalah yang terbaik..bisik hati Azizah..

PROMISE me? { HOLD } Where stories live. Discover now