Tut... Tut..
Mesej kesembilan, gumam Pond di dalam hati. Entah siapa yang Phuwin tengah berchat, sambil tersenyum-senyum pula tu. Dia cuba membuat muka selamba tetapi hatinya sungguh bernanah kerana cemburu. Minda masih terus mengatakan supaya dia mengalah dan bersabar.
Pond bangun daripada katil dan menuju ke arah rak-rak buku yang banyak tersusun di tepi dinding. Deretan buku milik Phuwin, dilihatnya. Dia perasan yang Phuwin memulai memandangnya tetapi dia membuat wajah selamba. Dia langsung tidak memberikan perhatian pada isterinya.
" The Flying Kite... Geisha... State and Social Revolution... Peasant Wars and Twentieth Century.. " satu-persatu buku yang menarik perhatian Pond disebutnya.
Phuwin berhenti daripada menekan skrin telefonnya. Dia mencuri dengar kata-kata yang keluar daripada mulut Pond. Perilaku Pond dipandang oleh hujung mata. Dia masih dengan sikap merajuk nya tak belum pulih.
Pond memberhentikan jari-jemarinya pada sebuah buku. Ditarik buku itu dan membeleknya dengan cepat. Mukanya berkerut membaca.
Phuwin masih fokus melihat perlakuan Pond. Dia fikir Pond tidak menyedari pandangannya.
Pond bersandar malas pada dinding di sebelah rak. Matanya masih memandang pada buku tadi. Dia tersenyum sumbing.
Phuwin mengerutkan dahinya. Kenapa pula dengan suaminya ini ? Apa yang menarik perhatian Pond dekat buku itu ? Nak bertanya, jatuh pula saham orang yang tengah merajuk.
" Why Men Love Bitches " sebut Pond dengan senyuman pahitnya.
Buku Why Men Love Bitches tulisan Sherry Agov. Dia tidak sangka Phuwin baca cerita sebegini tentang lelaki lebih menyukai isteri yang agak nakal, bukannya yang kaku. Lelaki juga lebih suka pada isteri yang pandai bersolek dan masih kekal berusaha menggoda sang suami meskipun sudah berpuluh-puluh tahun berkahwin. Isteri yang pandai bermain tarik tali, bukan yang terlampau berdiam diri dan tidak juga asyik mengejar dan memaksa. Lelaki dan perempuan memang diciptakan berbeza. Lelaki lebih banyak tertarik dengan apa yang dilihat, berbeza dengan perempuan.
Tidak cukup dengan senyuman sumbing, Pond ketawa pula.
" You are so damn right Mr. Sherry but sorry Sherry Agov, I do have a wife but the wife is a man, not a woman. Why have read this fucking book ? " ejek Pond dalam ketawa kecil nya.
Phuwin sudah menjeling Pond dengan tajam bila Pond mengejek buku yang pernah dibaca dahulu. Hatinya sakit.
" What's so fucking funny ? " soal Phuwin dengan nada dingin.
Pond mengangkat muka daripada buku. Dia memandang kanan, kiri, atas, belakang dan akhirnya memandang muka Phuwin yang kelihatan marah. Dia menunjuk dirinya sendiri.
" Talking to me ? " soal Pond kembali dengan wajah yang datar.
" Nah.. Just talking to the lizard " Phuwin memandang siling sambil menunjukkan ke atas.
" See.. There.. We were talking just now " Phuwin pura-pura gelak, " I know you won't be able to understand the lizards language "
" Lame " balas Pond. Dia berasa geram dengan sikap Phuwin yang sejak dari semalam tak mahu pulih. Buku kembali diletakkan di rak.
" What a geek book... Suits a geek men.. Pale " kritik Pond dengan selamba.
Apa Pond memanggilnya ? Geek ? Pale ? Hey !! Ni dah lebih ni ! bentak Phuwin di dalam hatinya.
Phuwin bangun dan memandang Pond dengan pandangan tajam.
" We are not talking for two weeks and you are grounded ! Get that?! " marah Phuwin dengan dada yang berombak ganas. Ah ! Mereka tidak bercakap selama sehari tetapi dia melebihkan dua minggu. Abaikan ! Dia tidak peduli.
Pond pura-pura memandang ke atas siling, " Did you get that Mr. Lizard ? My wife is not talking to you for two weeks ! Go cry somewhere else, huh ! " dia kembali memandang Phuwin. Senyuman mengejek diberikan dekat Phuwin dan dia terus bergerak ke sofa Cleopatra yang berada di dalam bilik tidur. Dia duduk di sofa itu sambil melihat-lihat telefon, mengabaikan kemarahan Phuwin yang bila-bila masa sahaja boleh kebaboom !!
Bagaimana mahu memujuk Phuwin ? Nak berbincang, Phuwin pula yang memberikan reaksi yang menyakitkan hati. Kalau kurang sabar, kemarahannya pun boleh terpancing juga. Nak berpisah katil, dia pula yang terseksa. Nak dipukul ? Hesy, jentik Phuwin pun dia tidak terfikir nak buat, apatah lagi memukul.
" I'm not happy with you " ucap Phuwin yang berdiri di tepi sofa, tempat Pond sedang duduk.
Pond memandang Phuwin dengan kening terangkat sebelah bersama senyuman. Walaupun muka Phuwin datar, tiada senyuman tetapi Phuwin masih mahu bercakap dengannya. Bagus !
" And why is that ? " tanya Pond dengan tenang. Dia mahu memegang tangan Phuwin tetapi Phuwin menarik tangannya dengan kasar.
Phuwin terdiam seketika mendengar pertanyaan Pond itu. Kenapa ? Sebab Pond melayan Janhae lah ! Takkan Pond tak dapat mengesan langsung kenapa dia bersikap seperti ini ?
" Takkan lah tak tahu ? " tanya Phuwin balik dengan kedua pipinya yang sudah mengembung kecil.
" Kalau saya tahu, takkan saya nak buat macam tu " balas Pond dengan senyuman kecil.
" But you have done it " kata Phuwin, masih tidak berpuas hati. Dia melipat kedua tangannya di dada.
" Phuwin.. Please get to the point " pinta Pond dengan tegas. Budak pandai seperti Phuwin takkan tak tahu kadangkala otak seseorang itu lambat memproses sesuatu kalau tidak menerangkan dengan detail. Iya, seperti matematik. Kalau dilihat di dalam buku, kita tidak faham sangat tetapi jika ada seseorang yang mengajar, kita akan memahami nya sebab orang itu mengajar dengan sungguh terperinci sekali. Haih, Phuwin, Phuwin. Kadangkala, otak manusia lambat bekerja walaupun seseorang itu IQ nya tinggi. Cakap macam mana pun tetapi langsung tiada penerangan di situ, orang tak akan faham.
Saya cemburu tetapi awak masih tidak mahu pujuk ! jerit Phuwin di dalam hati. Jeritan itu yang dia mahu luahkan tetapi jeritan lain yang keluar daripada mulutnya.
" I hate you ! All the things that you did to me ! " jerit Phuwin, marah.
Semuanya ? Segalanya ? Adakah disebabkan keterlanjurannya meniduri Phuwin sebelum menjadi miliknya ? Adakah disebabkan segala perhatian yang dia berikan kepada Phuwin ? Adakah disebabkan kasih sayang yang terlampau terhadap isterinya itu sejak dulu lagi ? Dan termasuklah perkahwinan ini ? Itukah maksud Phuwin ?
Bagaimana dia hendak memperbetulkan perkara yang sudah berlaku apabila Phuwin tidak pernah faham dan tidak mahu bercakap soal masa lampau ?
" Everything ?! Semua ? You meant what you said ? " mendatar suara Pond. Anak matanya memandang tepat ke dalam mata Phuwin memberikan satu perasaan halus di dalam jiwa Phuwin. Perasaan bersalah. Takut. Menyesal. Phuwin mengetap bibirnya perlahan. Dia tidak mahu bercakap dan memburukkan lagi keadaan. Dia tidak mahu terlalu mengikut kata hati yang membutakan dirinya.
Pond memejamkan matanya. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Lumrah manusia sepertinya. Ingat kemudian lupa. Buat lagi dan menyesal lalu kembali lakukannya. Tapi bolehkah alasan ini seringkali dijadikan alasan untuk sentiasa lupa dan mengikut nafsu ?
" I want us to talk Phuwin but you never want to listen. I don't want you to flash back all the things that happens between us, i didn't mean to hurt you again and i didn't mean to stop you from starting anew. No. But you need to understand me. Understand me as your husband before you make a judgement. Sadly you never open up some space for me to be understood.. to be forgiven.. " ucap Pond dengan nada lirih, sedih bila mengetahui yang Phuwin masih tidak boleh membuka sepenuh hati untuknya.
Wajah datar Pond tidak mampu untuk direnung Phuwin. Senak perutnya memandang wajah Pond. Hatinya rasa ngilu bila mendengar nada suara Pond yang lirih. Salivanya ditelan. Perit. Seperti menelan segumpulan pasir. Mahu sahaja dia mengatakan maaf tetapi suaranya tersekat di kerongkong.
Akhirnya, Pond bangun dari duduk, meninggalkan di situ sendirian. Pond terus mengambil kunci kereta dan keluar dari bilik.
Phuwin memandang sahaja pintu bilik yang tertutup rapat.
Shit !!!!! Oh my god !!! What have I done ?!
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya