Part 1

60 4 1
                                    

Cerita ini saya dapat daripada cerita ibu saya.
Pada tahun 1985 ibu saya telah terbang ke semenanjung dari kota kinabalu sabah
untuk menjalani latihan kejururawatan di sebuah kolej di negeri selangor.   Nama kolej tidak payahlah saya nyatakan disini.
Semasa sampai di asrama jururawat, penyelia asrama telah mengagihkan kunci kepada para pelatih yang baru mendaftar. Ibu saya dan 3 lagi rakan beliau telah memilih kunci yang bertanda nombor 13.

Ini bermakna mereka telah memilih bilik yang bernombor 13 dan bilik ini terletak di tingkat 1.
Setelah mendapat kunci tersebut ibu saya dan 3 lagi rakan beliau masing-masing mengangkut barang-barang keperluan mereka untuk dibawa masuk kedalam bilik.

Semasa membuka bilik tersebut, mereka merasa agak hairan dan pelik kerana mendapati bilik tersebut seolah-olah telah lama tidak diduduki.
Bilik ini mempunyai 2 biji katil yang bertingkat(double decker) dan dirapatkan antara satu sama lain diletakkan ditengah-tengah ruang bilik sementara terdapat 2 biji almari di dinding kanan dan 2 biji almari lagi di dinding kiri, di tengah-tengah ke2 almari tersebut terdapat 1 singki yang mempunyai cermin besar.
Mereka ber4 mula membersihkan bilik itu dan mereka dapati banyak kertas-kertas kecil yang dilipat-lipat serta dilekatkan dengan selotep di bawah katil dan juga ada yang terdapat di dinding dan juga didalam almari. Terlalu banyak mereka jumpa dan salah seorang rakan ibu saya berkata "eh, apa benda ni seolah-olah seperti tangkal" namun begitu mereka tidak mengendahkan perihal tersebut malah terus mengemas dan membersihkan bilik tersebut.
Setelah 1 minggu mereka menginap disitu....
Bersambung

BILIK NO13Where stories live. Discover now