Setelah 1 minggu mereka menginap disitu...
Suatu malam semasa semuanya sedang nyenyak dibuai mimpi tiba-tiba salah seorang dari rakan ibu saya terjaga dari tidur.
Dia melihat 1 lembaga manusia sedang berdiri didepan cermin besar yang terdapat didalam bilik mereka, lembaga itu memakai baju seragam jururawat dan sedang memasang kap dikepala, kap ini adalah topi putih yang sering dipakai oleh para jururawat apabila bertugas.
Lembaga itu seolah-olah sedang membetulkan kapnya sambil membelek-belekkan badan. Rakan ibu saya berfikir "ah, mungkin salah seorang daripada rakan-rakan sedang mencuba memakai baju seragam dan kap tersebut, maklumlah baru saja bergelar Jururawat Pelatih, tapi agak pelik juga kenapa dalam keadaan bilik yang gelap dan kenapa beliau tidak memasang lampu?".
Dia terfikir juga kemungkinan salah seorang daripada rakan-rakannya sedang mengigau dia pun tidak mengendahkan perkara itu dan terus menyambung tidur.
Pada keesokan harinya, dia menceritakan perihal apa yang dia nampak semalam namun tiada seorang pun mengaku berbuat demikian.
Selang 3 hari salah seorang lagi rakan ibu saya terjaga dari tidur dan melihat perkara yang sama, pun begitu apabila dia menceritakan tiada siapa juga yang mengaku berbuat demikian.
Perkara itu berlalu begitu sahaja.
Sebulan kemudian, bulan ramadhan pun tiba semua umat islam sedang berpuasa.
Suatu malam ibu saya terjaga dari tidur dan dia melihat cahaya merah menyala keluar daripada pintu almari dipenjuru bilik sebelah kiri. Pintu almari itu terbuka dan memancarkan cahaya merah menyala yang bergulung-gulung seolah-olah api yang sedang menjilat dinding bilik mereka.
Ibu saya menjerit dan melaung dengan kuat "API API API" sambil bangun dan terjun dari atas double decker.
3 orang rakan ibu saya turut terjaga kerana terkejut dengan laungan ibu saya, ketiga-tiga rakan ibu saya terpinga-pinga dan berkata "eh kamu ni tengah mengigau ke?" ibu saya terdiam sebab tiba-tiba cahaya merah menyala itu hilang dan lenyap dari pandangan matanya.
Ibu saya berfikir sama ada dia baru sahaja mengalami mimpi yang buruk tapi ia sedar yang pada ketika itu dia tidak bermimpi, setelah keadaan reda mereka pun menyambung tidur semula.
Selang beberapa hari selepas kejadian itu, ke3 orang rakan ibu saya ditugaskan syif malam di wad. Untuk syif malam mereka harus bertugas dari jam 9 malam hingga ke jam 7 pagi. Maka tinggallah ibu saya keseorangan tidur dibilik sebab dia ditugaskan syif pagi.
Secara kebetulan, salah seorang rakan sekursus ibu saya yang tinggal bersebelahan dengan bilik ibu saya tinggal bersendirian dibiliknya kerana rakan-rakan sebiliknya juga bertugas malam. Oleh kerana masing-masing tidur bersendirian, maka mereka berdua sepakat untuk tidur dibilik ibu saya, sekurang-kurangnya ada peneman.
Pada malam tersebut, sedang mereka nyenyak tidur tiba-tiba rakan ibu saya terjaga dari tidur kerana ingin ketandas.
Apabila balik dari tandas dia ternampak ada seseorang sedang duduk dimeja belajar dengan bertemankan lampu kecil seolah-olah orang yang duduk itu tengah tekun belajar. Dia pun terus sambung tidur kerana terlalu mengantuk.
Pada keesokan paginya, dia berkata kepada ibu saya "wah rajinnya awak bangun tengah malam untuk belajar" ibu saya menjawab yang dia tidak ada bangun malam tadi untuk belajar tapi rakan dia kata dia nampak ada seseorang yang duduk dimeja belajar ditepi katil mereka sambil memasang lampu kecil, dia ingatkan ibu saya yang sedang belajar ibu saya pun merasa hairan dan pelik.
Perkara itu berlalu begitu sahaja.
Selang beberapa bulan, suatu malam ibu saya dan seorang lagi rakan sebiliknya tinggal berdua sahaja didalam bilik manakala 2 lagi rakan mereka bertugas syif malam, sedang mereka tidur nyenyak tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi orang mencuci pinggan mangkuk disingki yang terdapat didalam bilik mereka. Ibu saya sangat terganggu dengan bunyi bising itu disebabkan sangat mengantuk sebab pada malam sebelumnya dia bertugas malam. Ibu saya menutup telinga dengan bantal dan menyelimuti kepalanya dengan selimut.
Sambil berfikir "mengapalah si kawan ini terlalu rajin sangat mencuci piring didalam keadaan gelap".
Selang beberapa minit ibu saya terasa ada orang menarik kain selimutnya yang menutupi kepala sambil merinjiskan air. Ibu saya sangat marah dia terfikir yang kawan sebiliknya ingin bergurau. Ibu saya tetap membatukan diri dan menarik kembali selimut tersebut.
Selepas itu, selimut dikakinya juga disingkap sambil ibu saya terasa ada tangan sejuk memegang kakinya, ibu saya terus bingkas bangun dari tidur dan duduk dan dengan pantas memetik suis lampu yang terdapat dihujung katilnya sambil menjenguk kebawah katil dan menjerit sekuat hati memanggil nama kawannya supaya berhenti bergurau kerana ibu saya sangat mengantuk dan letih. Tapi hairan apabila melihat kawannya sedang berselubung dengan selimut dibawah katil sambil membuka sedikit mukanya dan berkata "mari turun saya takut".
Ibu saya turun sambil marah-marah dan baring disebelahnya.
Rakannya berkata "aku takut jangan padamkan lampu itu, jom kita tidur esok baru kita cerita".Bersambung...