Part 3

32 2 1
                                    

Rakannya berkata
"aku takut jangan padamkan lampu itu, jom kita tidur esok baru kita cerita"

Mereka cuba melelapkan mata namun mereka gagal sehinggalah azan subuh berkumandang dari masjid yang berdekatan dengan asrama mereka.
Awal pagi itu mereka menunggu 2 lagi rakan mereka yang balik dari bertugas malam. Mereka mula menceritakan apa yang berlaku pada malam semalam, masing-masing diantara mereka berfikir apa yang sedang berlaku didalam bilik ini.
Namun mereka tidak dapat apa jawabannya

Sebenarnya banyak lagi perkara pelik yang berlaku semasa mereka menduduki bilik itu. Namun yang hairannya mereka tidak pernah menghiraukan perkara itu, mereka juga tidak pernah membincangkan atau menceritakan perkara yang mereka alami kepada rakan-rakan sekursus yang lain.

Pernah suatu ketika, ibu saya hendak mengerjakan solat maghrib, kebetulan kiblat adalah berhadapan dengan almari yang terletak disebelah kiri bilik mereka.
Sedang ibu saya mengangkat takbir tiba-tiba dia terdengar suara rintihan kesakitan dari almari yang kebetulan pintunya sedang terbuka sedikit. Ibu saya berhenti sejenak dan cuba untuk solat semula, sekali lagi terdengar suara itu lebih kuat dari yang tadi, suara mengerang kesakitan seolah-olah suara orang sedang dalam nazak.
Ibu saya kata dia biasa mendengar suara seperti itu apabila bertugas di wad. Sekali lagi ibu saya berhenti solat dan keluar dari bilik lantas memanggil temannya yang kebetulan berada di koridor asrama.
Ibu saya minta ditemankan sehingga ia selesai solat.

Tibalah ibu saya dan rakan-rakan hampir menamatkan kursus latihan mereka selama 3 tahun, seminggu sebelum mereka kembali ke negeri masing-masing mereka telah berkunjung ke setiap wad di hospital berkenaan untuk mengucapkan selamat tinggal dan mengucap terima kasih kepada staf-staf yang bertugas di wad hospital tersebut.
Sehinggalah tiba di wad kanak-kanak dan salah seorang staf disitu berkata

"Eh adik-adik dah nak balik kampung ke? Wah seronoknya balik jumpa keluarga, akak nak tanya sikit siapa yang duduk kat bilik nombor 13 tu!?".

Kami berempat yang berada disitu pantas menjawab

"Kami kak"

Terus staf itu berkata

"Beraninya.... masa duduk dalam bilik tu ada apa-apa tak berlaku?"

Kami pun bertanya balik

"Kenapa akak bertanya begitu?"

Akak tu berkata dahulu semasa dia bergelar jururawat pelatih, dia dan 3 orang lagi rakannya adalah orang yang terakhir duduk dalam bilik itu. Dan selepas mereka bilik tu dibiarkan kosong sehinggalah ibu saya dan 3 orang lagi rakannya duduk disitu. Ibu saya dan 3 orang lagi rakannya adalah berasal dari sabah.

Akak tu bercerita, salah seorang daripada rakannya bernama S sering kelihatan didalam bilik walaupun dia sebenarnya sedang bertugas atau balik kampung kerana bercuti. Kadang-kadang rakan mereka S akan masuk ke bilik dengan memakai seragam jururawat dan berlegar-legar didalam bilik dan akan menyelinap masuk kedalam almari yang terletak di sebelah kiri bilik itu.
Mereka sangat pelik dan hairan kenapa ada S didalam bilik itu sedangkan dia sedang bertugas atau sedang bercuti di kampung. Yang peliknya apabila ia masuk kedalam almari ia tidak akan keluar-keluar lagi.
Perkara ini telah mereka ceritakan kepada pensyarah yang mengajar mereka dan seterusnya ustaz telah dipanggil untuk mengatasi perkara ini. Rupa-rupanya S yang sering mereka nampak berlegar-legar dibilik dan masuk kedalam almari itu adalah saka yang mengikuti rakan mereka.

Barulah ibu dan rakan-rakannya tahu apa sebenarnya yang mereka alami selama menduduki bilik itu. Rupa-rupanya mereka telah tinggal bersama dengan saka kepunyaan keluarga S selama 3 tahun menginap disitu.

Selesai...

BILIK NO13Where stories live. Discover now