BAB 2

147 11 0
                                    

MONYOK sahaja muka Emily pagi ini. Bila teringat hal menjijikkan semalam, badannya rasa seram sejuk. Dasar! Memang tak takut dosa dua lelaki itu. Haih.

Zhafran yang berada di meja makan itu hanya diam. Dia melayan makanannya tanpa memperdulikan si isteri. Dari riak muka wanita itu, Zhafran tahu Emily merajuk dengannya. Tapi dia kesah apa? Emily bukan isteri yang dia cintai pun. Dia berkahwin dengan wanita itu hanya untuk menutup aibnya sahaja.

Kebisuan dari si suami membuatkan Emily geram. Dengan tiba-tiba, wanita itu tersenyum nakal. Perlahan, kakinya dilarikan di betis Zhafran dibawah meja.

Zhafran yang terasa usapan di kakinya terus memandang isterinya tajam, memberi amaran. Tapi dia silap, lagi galak wanita itu cuba untuk menggodanya.

"Kau memang tak reti takut kan?"

Emily memandang suami. "Takut? Kenapa perlu takut? Salah ke Emi goda suami sendiri?"

"Kau tahu yang aku langsung tak tergoda kan? Jadi, simpan ajelah taktik busuk kau itu. Aku tak akan layan kau!" Sembur si suami.

"Zhaf tak mahu layan itu Zhaf punya pasal lah. Emi cuma buat kerja Emi aje." Balas Emily. Langsung dia tak takut dengan lelaki di hadapannya tika ini.

Zhafran mendegus kasar. "Perempuan semua sama!" Terus lelaki itu bangun dari kerusi. Tangan mencapai briefcase dan kaki laju keluar dari rumahnya.

Emily mencebik. "Tak bagi sentuh konon. Dia ingat aku kesah sangat agaknya? Tak apa, Zhaf. Bila aku berjaya ubah kau nanti, memang aku akan buat kau berkepit 24 jam aje dengan aku. Baru padan dengan muka kau masa itu."

Emily bangun untuk mengemas dapur. Dia perlu menelefon ibu mertuanya. Ada perkara yang dia ingin lakukan tengah hari nanti. Semestinya, semua itu untuk suami separuh masak.

Emi anak tunggal. Dan setelah kedua ibu bapanya meninggal dunia, Emi memang rapat dengan Puan Sri Hartini merangkap ibu mertuanya sekarang. Wanita itu kesepian, dan bila datangnya Emily dalam hidup, wanita itu terus membuat keputusan untuk menjodohkan Emily dengan anak sulungnya, Eiman Zhafran.

****

DENGAN senyuman manis, Emily melangkah masuk ke dalam syarikat milik keluarga suaminya. Ramah dia menegur setiap seorang pekerja yang menunduk hormat kepadanya. Ditangannya menjinjit beg kertas yang berisi makanan.

Senyuman Emily mati apabila matanya menjamu sosok tubuh setiausaha suaminya. Bibirnya mula mencebik. Zhafran punya taste lain macam. Seksi ya amat setiausaha yang dipilih oleh lelaki itu.

Satu perkara yang Emily tahu, setiausaha seksi itu menaruh hati pada suaminya. Mengingatkan hakikat Zhafran yang tidak memandang perempuan membuatkan Emily sedikit lega. Malas dia mahu bersaing dengan dua orang.

"Nak jumpa bos ke?" Itu pertanyaan yang keluar dari mulut Linda, setiausaha suaminya. Dengar nada itu sahaja membuatkan wanita itu tahu bahawa Linda menyampah dengannya. Tapi ada Emily kesah?

"Ya, miss Linda. I nak jumpa suami kesayangan i. Dia ada dekat dalam?" Sengaja perkataan suami itu ditekankan sedikit. Biar wanita itu sedar dia menaruh perasaan pada lelaki yang salah.

"Ada. Masuk lah." Balas Linda dengan nada suara yang menjengkelkan.

Tanpa tunggu lama, Emily menerobos masuk ke pejabat Zhafran tanpa salam. "Hai, suami..."

Zhafran yang sedang menilik kerjanya terus memandang ke arah suara yang meleret itu. "Buat apa datang sini?" Dingin suara itu bertanya.

"Nak lunch sama-sama dengan Zhaf lah. See? Emi ada bawakan Zhaf makanan." Beg kertas di tangannya digoyang-goyangkan.

IMPERFECT LOVE (EBOOK)Where stories live. Discover now