BAB 3

128 12 0
                                    

EMILY keluar ke pasaraya berseorangan. Konon nak release tension. Stres dia dengan sikap si suami. Bermacam-macam perkara dia lakukan untuk kembalikan Zhafran seperti dahulu tapi lelaki itu masih sama! Masih sanggup berbuat dosa.

Habit wanita ini, kalau dia stres, memang dia akan keluar dari rumah. Dah minta izin suami tapi suaminya hanya membaca mesej yang dikirimkan. Sibuk sangat agaknya.

Emily masuk ke dalam satu butik pakaian. Dia meliar-liarkan matanya untuk melihat koleksi dress terbaharu di dalam butik kegemarannya itu.

"Saya rasa puan sesuai dengan dress warna biru cair ini. Puan nak cuba pakai?" Jurujual di butik itu menunjukkan sehelai dress labuh yang simple tapi nampak elegant.

Emily tersenyum. "Boleh juga. Nampak menarik dress ini. Ada warna lain tak?"

"Adq. Tapi cik cuba warna biru ini dulu ya? Nanti saya akan carikan warna yang lain."

Emily angguk setuju. Baju diambil dan terus dia ke fitting room. Baru sahaja dia mahu masuk ke fitting room, satu suara menyapanya dengan jengkel.

"Buruknya taste you ini, Emi. Patut lah Zhaf tak terpikat."

Emily terus memusingkan badannya menghadap belakang. Mata tajam merenung sosok tubuh yang mengutuk dirinya.

Dia menjulingkan mata. Dah lah mood tak elok, datang pula si sotong separuh masak ini. Menyemak lah!

"Dress yang you pilih itu tak kena dengan tubuh badan you, Emi. Kenapa kampung sangat citarasa you ini?"

"Oh i lupa. You kan memang asal dari kampung so..." Daniel pandang wanita itu atas bawah. Suka dia lihat wajah bengang Emily.

"You boleh berhambus tak, Daniel? Sakit mata i tengok muka hodoh you ini."

Daniel mengetap bibir bila Emily mula mengutuk muka kacaknya.

"Hodoh-hodoh i pun, suami you masih tertarik dengan i bukan dengan you."

"Itu lah. Zhafran tu tak ada otak. Ada bini cantik, badan langsing, sanggup pilih you untuk buat dosa berbanding sentuh i yang sudah semestinya dapat pahala ini." Sengaja Emily memerli.

Daniel terdiam. Mata dia tajam melihat wanita di hadapannya ini.

"By the way, you buat apa masuk butik baju wanita ni? Teringin nak pakai dress macam i juga ke?"

"You—"

"Balik lah, Daniel. Pergi bertaubat. Ajal sekali Zhafran itu okay? Jangan ganggu i sebab i malas nak layan you."

"Emily! You memang berani cari masalah dengan i kan?!" Sembur Daniel sambil mengejar langkah wanita itu untuk ke kaunter pembayaran. Mata-mata pelanggan yang berada di dalam butik itu terus tertumpu pada mereka.

"You ini dah kenapa? I tak kacau you kan? Jadi tak perlu lah ganggu i. You memang nak i kerjakan you macam semalam dekat sini ke?" Marah Emily sambil tangannya membuat pembayaran dress tadi. Tak sempat nak cuba, dia terus beli. Nak larikan diri dari si sotong itu.

Daniel mendegus kasar. "Semalam you bernasib baik ada Zhaf aje. Kalau tidak, i pun dah lama balas semula apa yang you buat pada i. Makin kurang ajar you ini tau!"

"So, sekarang you nak kita buka gelanggang dalam butik ini pula ke?"

"Emi!!"

"Cik, cik tolong layan lelaki ini ya? Dia nak beli baju juga itu. Cik jangan risau, walaupun cik ini cantik, lelaki ini takkan apa-apakan cik sebab dia tak ada nafsu dekat perempuan. Cik tolong layan dia baik-baik ya? Saya pergi dulu. Terima kasih." Sejurus itu, terus Emily pergi. Sempat dia melanggar bahu Daniel dengan kasar.

Daniel berdecit. Muka mula merah kerana semua mata memandang ke arahnya sambil berbisik antara satu sama lain. Mereka semua buat muka jengkel memandang lelaki itu. Daniel hentak kaki sebelum dia turut sama keluar dari butik pakaian wanita itu.

Kau tunggu, Emily! Aku akan buat kau menyesal sebab malukan aku.

***

EMILY santai makan makanan segera di atas sofa ruang tamu sambil matanya menonton drama Thailand yang bertajuk Switch.

Sedang dia ralit menghirup kuah maggi kari, matanya pegun apabila melihat skrin televisyen tiba-tiba gelap. Mata memandang tajam ke arah Zhafran yang sudah berada di hadapannya dengan memegang remote tv.

Emily mendegus kasar. "Apa Zhaf buat ini? Buka balik tv itu. Emi nak tengok drama tadi lah."

Zhafran hanya diam memerhati si isteri dengan muka tanpa riak.

"Zhaf!!" Emily bengang apabila suaminya diam statik di hadapan televisyen rumah itu. Dia bangun untuk merampas remote.

"Kau buat apa dekat Dee siang tadi?" Dingin suara lelaki itu bertanya.

Emily mengeluh. "Buat apanya? Mana ada Emi buat apa-apa dekat mamat itu. Ish, meh lah sini remote itu!" Berusaha dia mendapatkan benda alah itu agar dia dapat menonton kembali drama kegemarannya.

Zhafran melarikan remote dari isterinya. "Kenapa kau kacau Dee? Aku dah bagi kau amaran supaya jangan cari pasal dengan dia semalam kan? Kau ni tak reti bahasa ke?"

Emily yang mendengar suara garang Zhafran terus duduk menghempas diri ke atas sofa semula. "Dia yang kacau Emi dulu lah. Bukan salah Emi!"

"Yang kau pergi layan dia kenapa? Dah tahu Dee tak suka dengan kau kan? Kenapa kau cabar kesabaran dia?"

Wanita itu mula menjulingkan mata. Dia bangun menghadap si suami. Kata-kata dari suaminya memang menyakitkan hati tapi dia malas nak layan. Dia gangster okay? Gangster tak boleh terasa.

"Daniel yang asak Emi dulu. Dia yang kutuk-kutuk Emi dengan mulut puaka dia itu. Jadi, memang lah Emi balas. Emi pertahankan diri dan maruah Emi tau!"

"Kau pertahankan maruah kau tapi kau jatuhkan air muka Dee kenapa? Kau tak patut malukan dia depan orang ramai tadi!" Sembur Zhafran. Emily membentak.

"Zhaf selalu aje back-up lelaki itu kan? Emi ini isteri Zhaf tau! Tapi Zhaf tak pernah menangkan Emi." Emily mula memuncung. Aik? Tadi kata gangster? Tak akan merajuk pula.

"Kau tahu kali ini memang salah kau seratus peratus kan? Macam mana aku nak menangkan kau pula?"

Makin sakit hati Emily dengan suaminya ini. Bercakap macam sebelum ini dia pernah back-up isterinya pula. Wanita itu bangun dan merampas kasar remote tv.

"Dah lah! Malas Emi nak layan Zhaf ini. Annoying. Suka buat Emi sakit hati."

"Hei! Aku tak habis cakap lagi kan?" Bengang dia lihat Emily yang sudah kembali membuka siaran drama kegeramannya itu.

"Emi malas nak layan, Zhaf. Lebih baik Emi tengok drama Switch ini. Zhaf tahu tak drama ni best? Cerita dia tentang pasangan yang selalu bergaduh tapi lama-lama terjatuh suka. Sweet tau! Bukan macam hubungan kita ini. Zhaf tak nak ke gaduh-gaduh lepas itu terjatuh cinta dekat Emi yang cantik ni?"

Zhafran hanya diam. Hatinya masih tak puas berkenaan hal Daniel tapi wanita itu sudah mula menukar topik perbincangan mereka.

"Penat tau Emi bagi hint tapi Zhaf tak faham." Emily bangun dan dengan berani, dia merangkul leher si suami. "Jadi, bila agaknya suami Emi ni boleh terfall in love dengan Emi ya?"

Zhafran mendekatkan bibirnya ke telinga si isteri. Dia tersenyum sinis bila mendengar nafas tak teratur Emily. "I won't fall in love with you, Emily Nadra. Never! Mark my words!" Tanpa kata, terus dia menolak kasae tubuh si isteri sehingga Emi jatuh semula ke atas sofa. Nasib ada sofa, kalau tidak? Macam
nangka busuk lah dia jatuh atas lantai.

"Jangan berlagak sangat, Zhaf! One day nanti Zhaf akan jatuh cinta dengan Emi. Tunggu aje masa itu tiba." Jerit Emily lantang tapi lelaki itu hanya buat tak endah. Terus dia naik dan masuk ke dalam bilik.


[NOT EDITED]

IMPERFECT LOVE (EBOOK)Where stories live. Discover now