BAB 1

305 19 0
                                        

HAMPIR satu tahun dia dan si suami melayari bahtera rumah tangga, tetapi sehingga kini, si suami masih tak berubah. Itu yang membuatkan Emily panas hati. Matanya memandang tajam ke arah satu sudut di dalam rumah itu.

Bibir diketap. "What the hell they're doing?!"

Emily mula setapak mendekati dua makhluk itu. Baru sahaja dia mahu menyapa, matanya disajikan dengan...

"Oh my god! They're kissing! They're kissing! Mata aku!! Mata aku dah tak suci!!" Emily menggosok-gosok matanya dengan kasar. Kepala digeleng-gelengkan.

"Tak! Tak! Aku tak nampak apa-apa. Aku tak nampak apa-apa! Mummy!! Tolong Emi!"

Wanita itu cuba menenangkan diri. Telinganya sakit mendengar bunyi-bunyian yang tak sepatutnya dia dengari itu. Dia mendegus kasar. Kaki kembali melangkah laju ke arah dua manusia itu dan...

Buk!!!

"Emi!!" Terkejut Zhafran melihat isterinya menolak kekasihnya dengan kasar. Sampai terjelepuk si dia atas karpet ruang tamu itu.

Emily memandang suaminya garang. Hanya seketika, sebelum dia memandang ke arah si dia yang cuba untuk bangun. Tetapi usaha si dia gagal kerana sekali lagi badannya ditolak kasar.

"Emily! Kenapa kasar sangat you ni?!" Si dia mula bersuara. Berkerut mukanya menahan sakit. Punggung dia sakit tahu tak?

"Kasar? Dengan orang macam you ni memang wajib berkasar!" Tutur wanita tanpa perasaan.

Si dia mencebik. Dia memandang ke arah Zhafran yang kaku duduk di atas sofa itu. "Zhaf! You tengok isteri you ni! Kasar! I hate her, Zhaf! I hate her!"

"I hate you too." Selamba Emily menjawab.

"Emi! You ni kan—"

"Sudah! Cukup! Dee, you boleh balik. Nanti i akan telefon you semula."

"Balik? No! I tak nak! You marah isteri you ni dulu sebab dah berkasar dengan i, baru i akan keluar dari rumah ini." Terselit nada rajuk dalam bicara si dia.

Wanita itu memandang jengkel ke arah si dia. "Marah? You suruh husband i marah i? Heh!"

"Zhaf? Zhaf berani marah Emi ke?" Emily memandang suaminya pula. Zhafran hanya diam memandang kedua-duanya.

Dia mengeluh. "Dee, you pergi balik."

"No! You tak sayang i ke? You—"

"Sayang? Sayang kepala hotak you! Berani you bersayang-sayang dengan suami i, Daniel? You memang nak kena dengan i!" Dengan pantas, Emily menarik kasar rambut lelaki itu.

Lelaki separuh masak! Lelaki...

Gay! Ya, lelaki dua alam!

"Emily! You dah gila ke?!" Jerit Daniel lantang. Tangan menolak-nolak Emily yang semakin galak menarik rambut cantiknya.

Zhafran disitu sudah memicit kepala yang mula pening dengan sikap isteri dan kekasih hatinya.

Ewww! Kekasih haktuihhh!!

"Ya! Memang i dah gila! Gila sebab tengok perbuatan jijik you dengan suami i! Berani korang berdua bercium ghairah depan i kan?!"

"Kenapa? You cemburu?" Galak pula si gay boy ini memanaskan hati isteri kekasihnya.

"Cemburu? Memang tak lah! You nak tahu apa yang i dengan suami i pernah buat? Malam tadi, i dengan Zhafran—"

"No! Shut up, Emi! I hate you!" Daniel menutup telinganya. Tidak! Dia tak mahu dengar apa yang wanita itu katakan. Wanita itu sengaja mahu menyakitkan hatinya.

"Hei! Kenapa you tutup telinga? Sini, buka telinga you itu. Dengar apa yang i nak beritahu tentang malam indah antara i dan—"

"Shut up! I tak nak dengar! Zhaf, you tengok isteri you ni. I sakit hati tahu tak!" Suara Daniel kedengaran sangat sendu. Mahu menangiskah lelaki separuh masak itu?

Emily gelak jahat dalam hati.

Zhafran mendegus kasar. "Sudah Emi! Dee! You guys ni tak malu ke kalau jiran dengar suara bisang kauorang berdua?!" Dia membantu si kekasih hati untuk bangun. Rambut kusut-masai Daniel dibetulkan.

Rambut lelaki itu seperti lelaki tulen. Pendek, tapi setelah diganyang oleh Emily, memang berserabut nampaknya.

Emily membuntangkan matanya. Makin panas dia tengok adegan menggelikan itu. Sekali lagi, dia menapak memisahkan dua manusia itu.

"Emily!"

"Diam, Zhaf! Zhaf sekarang pergi masuk bilik dan tunggu Emi okay? Tentang dia, jangan risau, biar Emi halau dia keluar dari rumah ini!" Tanpa tunggu lama, dia menarik kasar lengan Daniel.

"No! Emi you tarik kasar lengan i! Sakit tahu tak?!" Merengek si lelaki itu.

"Diam! I ada urusan penting dengan suami i lepas ini, jadi, you memang kena berhambus dari rumah kami."

"You nak buat apa hah dengan Zhaf? No! Zhaf! You tak boleh sentuh perempuan ni! You milik i seorang!" Menjerit-jerit lelaki itu sambil ditarik oleh Emily.

"Bising lah you ni! Dah! You berhambus sana!" Sekali lagi tubuh Daniel ditolak kasar dan...

Bukk!!!

Lelaki itu terjatuh lagi di lantai luar rumah. Emily tersenyum puas.

"Adios, Daniel! Jangan risau, i dan Zhaf akan berikan you anak saudara selepas ini. Nanti you boleh berkawan dengan anak kami. Mesti seronok kan?"

"Emily! Jangan sentuh Zhaf!!"

"Sukahati i lah nak sentuh dia atau tak. Suami i kan? I bebas buat apa sahaja terhadap dia."

"Emily... You ni kan—"

Bum!!!

Pintu dihempas kasar oleh wanita itu. Terbuntang mata Daniel.

Emily di dalam tergelak jahat. Terdengar suara Daniel menjerit minta pintu dibuka tetapi wanita itu hanya mengabaikan sahaja.

Rasain lo! Berani beraksi jijik dihadapan aku tadi kan? Huh!

Sekarang, masa untuk beri Zhafran pengajaran pula. Ini Emily Nadra ya? Jangan cari pasal dengan aku. Suami separuh masakku, mu tunggu aku datang.

[NOT EDITED]

IMPERFECT LOVE (EBOOK)Where stories live. Discover now