Gemini melihat Mix yang tengah berdiri melayan telefon sambil bersandar di dinding. Mereka ada mendengar jeritan Phuwin. Gemini mulai risau tetapi Mix hanya diam sahaja.
" Betul ke apa yang P' buat ni ? " tanya Gemini dengan resah.
Mix pandang Gemini dan menganggukkan kepalanya sahaja. Dia fokus melayan telefon. Wajahnya serius dan kadangkala berkerut.
" Skizofrenia and PTSD " gumam Mix dan mengangguk berkali-kali.
" Apa yang P' cakap ? Aku tak dengar lah " kata Gemini bila mendengar gumaman tidak jelas Mix.
Mix menggelengkan kepalanya sahaja dengan senyuman nipis.
Gemini mengangguk sambil melihat pintu kaca tersebut. Risau terhadap Phuwin menggunung tinggi. Pertama kali dia melihat keadaan Phuwin sebegini. Apa yang membuatkan Phuwin stres sampai teruk macam ni ?
TUMBUKAN Phuwin semakin padu. Air mata bergenang di tubir matanya.
Buk ! Muka Chimon.
" Kenapa kau khianat aku ? Apa salah aku dekat kau sampai kau nak tuduh aku ? Aku benci kau !! "
Buk ! Muka Janhae.
" Tak guna punya perempuan ! Perampas ! Aku tahu kau nak hancurkan hubungan aku dengan Pond ! Aku tahu sangat ! Aku tak akan lepaskan Pond ! Pelacur murahan !! "
Buk ! Lelaki berhoodie.
" Kenapa aku ? Apa salah aku ? Kenapa kau buat aku macam ni ? Kau nak apa sebenarnya daripada aku ? Aku paling benci kau dalam dunia ni. Kau membuatkan aku gila ! Aku benci kau sial !!! "
Pelbagai luahan makian, marah dan benci yang keluar daripada mulut Phuwin dan dilepadkan dekat punching bag itu.
Dan tanpa sedar, Phuwin menangis. Air mata yang dia tahan selama ini, jatuh jua. Dia tidak kuat mahu menempuh hidup ini. Dia perlukan sokongan dari orang terdekatnya. Perlahan-perlahan Phuwin jatuh terduduk bila wajah Pond yang tengah tersenyum muncul di fikirannya.
" Pond.. Maafkan saya.. Saya bukan mahu menyalahkan awak.. Saya hanya cemburu sahaja awak dengan Janhae. Saya bukan tidak memahami awak. Saya mencuba memahami awak tetapi kenapa saya selalu melakukan kesilapan ? Awak tidak sesuai dengan saya. Saya banyak kekurangan.. Awak sesuai dengan seseorang yang lebih baik daripada saya " ucap Phuwin dengan esakan kecil.
Wajah June muncul di fikirannya dan dia terbayang June dengan Pond ketawa bersama-sama. Sungguh sakit hatinya. Ngilu sekali.
Phuwin memandang siling dengan nafas yang memburu laju. Phuwin berhenti menumbuk. Dadanya berombak ganas. Bagi peluang untuk paru-paru sedut oksigem secukupnya. Tangan mulai sakit meskipun dia menumbuk memakai boxing gloves. Mungkin sebab sudah lama tidak menumbuk. Jadi kulit manja seketika.
Penat. Penat tapi dia sungguh puas.
Dia mengesat air matanya menggunakan sarung tangan penumbuk itu. Bibirnya menguntum senyuman. Dia masih mempunyai kehidupan yang perlu diteruskan. Dia masih mahu hidup bersama Pond. Dia masih mahu berkawan dengan Gemini, Fourth, Mix dan lain-lain. Dunia dia tidak berakhir di sini.
" Are you done Phuwin ? " suara lembut Mix membuatkan Phuwin terkejut. Laju Phuwin memusingkan kepalanya ke belakang. Dia nampak Mix dengan Gemini tengah melangkah ke arahnya.
" Yes, and you are right. I feel better. Thank you P'Mix " ucap Phuwin dengan senyuman manis.
Mix senyum manis, " Oho ! Sepertinya kau banyak menangis " kata Mix dan Mix mengesat sisa air mata di pipi Phuwin dengan lembut.
Phuwin hanya ketawa kecil sahaja.
" Sini, aku buka kan " Gemini menarik kedua-dua tangan Phuwin dan membuka sarung tangan peninju itu.
" Berapa lama kalian meninggalkan aku ? " tanya Phuwin, ingin tahu.
" Hmmmm.. Sejam " jawap Gemini dan meletakkan sarung tangan peninju itu di atas lantai.
Mix bangun dan duduk di sofa. Dia melepaskan nafas, kepenatan.
" Do you guys hear anything ? " tanya Phuwin dengan kening terangkat.
Gemini ketawa, " We just a wall, remember ? " usik Gemini dan cucuk pinggang Phuwin.
Phuwin terus menjauhkan dirinya dari Gemini, " Jangan lah. Geli ! " Phuwin memukul tangan Gemini.
" Apa yang terjadi Phuwin ? " tanya Mix dengan senyuman.
" Nothing. Cuma jeolous je bila nampak Pond layan orang lain " kata Phuwin dengan selamba.
" P'Pond.. P'Pond... Ambil kan saya makanan.. P'Pond, awak mesti kenal saya... Erhh ! Menjijikkan ! Suaranya menganggu sekali " ejek Phuwin dengan wajah yang datar.
" Suara dia menjengkelkan. Apakah ada sesuatu yang mengerikan terjadi di lidahnya sampai dia berbicara sebegitu sekali ? " komen Phuwin dengan wajah yang menyampah.
Gemini dan Mix ketawa melihat wajah Phuwin yang kesal.
" She so fucking bitches ! Bila dia dengan Pond, cintanya meluap-luap. Love in the air. Disgusting" umpat Phuwin dan berjalan ke arah sofa yang diduduki Mix. Dia menghempaskan dirinya di sofa bersebelahan kiri Mix dan baring di paha Mix.
Gemini duduk di sebelah kanan Mix dan dia memeluk pinggang Mix dengan erat. Kepalanya disandarkan di dada Mix yang berdegup kencang kerana menghirup udara.
" Kalian berdua ni. Bukan baby lagi, dah besar macam gajah pun masih nak manja macam ni " komen Mix dan dia ketawa kecil. Kedua-dua tangannya menepuk-nepuk lembut kepala Phuwin dan Gemini.
" Kau tak bercinta dengan Fourth ke ? " tanya Phuwin tiba-tiba membuatkan Gemini tersentak.
" Kenapa kau tanya ni ? " soal Gemini dengan kerutan di dahi.
" Kau nampak macam mencintai Fourth. Kenapa tak nak luahkannya ? " tanya Phuwin, memandang Gemini.
Gemini menggaru kepala, " Aku tak pasti lagi ni cinta ke ataupun hanya mainan perasaan sahaja "
" Cinta itu suci dan bersih. Cinta tiada di buku dan rumit untuk diperjelaskan. Cinta sangat halus tetapi rasanya sungguh kuat sekali. Cinta tidak susah seperti fizik dan cinta tidak berbelit seperti matematik tetapi kenapa ramai yang tidak memahami cinta ? " ucapan Mix membuatkan Gemini dan Phuwin terdiam seribu bahasa.
Mix memandang Gemini dan Phuwin. Gemini dan Phuwin hanya terkekeh kecil sahaja. Mkx menggelengkan kepala bersama senyuman.
" Hmmm... Nama dia siapa Phuwin ? " Gemini menukar topik.
" Hah ? " Phuwin kebingungan. Berfikir. Tidak sampai seminit, Phuwin tahu siapa yang ditanya Gemini.
" Siapa ? " tanya Gemini, ingin tahu.
" Janhae. Cousin Pond "
" Cantik ? " tanya Gemini dengan ketawa besar.
Phuwin menjeling Gemini, " She beautiful like 'Marylin Monroe. She sexy like 'Rihanna. She rich like 'Ariana. Her sugar mummy like 'Nicki. Her girlfriend like Wednesday Addams and her attitude like Britney Spears " sindir Phuwin dengan senyuman sinis.
Gemini ketawa melihat sikap Phuwin yang tidak puas hati bila dia membangkitkan tentang Janhae.
" Gurau je pun tak boleh " Gemini menolak kepala Phuwin.
" Sakit lah !! " Phuwin dengan kuat, menarik rambut Gemini membuatkan Gemini terdorong ke hadapan.
" Aduh ! Aduh ! Phuwin !! P'Mix !! Tengok Phuwin ! " rungut Gemini, mencubit tangan Phuwin.
Mix cuma gelak sahaja melihat sikap Phuwin dan Gemini. Mix melihat dua kawan baik itu mulai bergaduh di pangkuannya.
Mix lega melihat Phuwin boleh tersenyum kembali. Mix melihat tingkap yang terbuka besar.
Wajah Mix jadi serius bila melihat seorang lelaki berhoodie berada di kedai yang berhadapan dengan W MMA Fighter ni.
" Dia ! " gumam Mix dan memandang lelaki berhoodie itu dengan tajam.
Lelaki berhoodie itu memandang Phuwin dengan tajam dan terus pergi dari situ dengan rokok di mulutnya.
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya