15

25.3K 882 32
                                    

Aira Najiha melangkah masuk ke dalam bilik Ulya, dia mendekati kakaknya yang sedang duduk termenung sambil bersandar pada birai katil. Sesekali kedengaran kakaknya melepaskan keluhan, apa agaknya yang sedang dia fikirkan sehingga tidak menyedari kehadirannya.

"Kak?" Panggil Aira sambil naik di atas katil dan duduk di sebelah Ulya.

Ulya menoleh memandang Aira, terukir senyuman di bibirnya.

"Kakak sengugut lagi ke?" Aira tahu Ulya akan sengugut teruk setiap kali datang haid tetapi kali ini, sengugutnya diiringi darah haid yang banyak seperti  keguguran.

"Alhamdulillah dah okay selepas makan ubat." Balas Ulya lemah, tenaga dia sudah habis digunakan ketika menahan sakit sengugut yang teramat perit itu.

"Kakak tak nak check doktor ke? Macam pelik je sengugut akak kali ni, entah-entah akak ada sakit lain." Kata Aira gelisah memikirkan keadaan kesihatan kakaknya ini.

"Akak okay la. Lagi pun hari tu akak pergi klinik, doktor kata sengugut biasa je.Adik jangan la risau, akak dah biasa dengan sakit sengugut ni." Balas Ulya bersungguh-sungguh, dia memegang erat tangan Aira. Dia tidak mahu Aira risau tentang dirinya kerana dia yakin yang dia tiada penyakit lain kecuali sengugut biasa saja.

Pin! Pin! Bunyi hon kereta menandakan Maisarah telah sampai di hadapan rumah untuk menjemput Ulya balik ke Kuala Lumpur.

"Tu mesti Kak Sara dah sampai, kakak balik dulu ya. Adik balik U bila ni?" Ulya menyarung tudung bawal di kepalanya, apabila keadaan tidak sihat dia tiada mood ingin melilit selendang. Hanya tudung bawal la yang akan menjadi penyelamat keadaan.

"Adik balik petang ni. Akak, abang Isa tu handsome tak?" Berkerut dahi Ulya mendengar pertanyaan Aira, terukir senyuman di bibirnya. Tidak semena wajah kacak Isa menerjah ke dalam fikirannya saat ini.

"Ermm.. sedap mata memandang sehingga masuk ke dalam hati." Kata Ulya apabila teringat tentang wajah garang Isa, kemudian dia ketawa melihat reaksi Aira yang tidak puas hati dengan jawapannya.

"Ee, jawpan kakak tu tak membantu langsung. Abah kata abang Isa kerja bawa jet, betul ke?"

"Akak tak tahu la, apa yang akak tahu dia ada shopping mall. Kalau abah cakap macam tu, betul la tu." Ulya masih tidak mengenali Isa, baginya lelaki itu sangat misteri.

"Akhirnya akak dapat juga lelaki yang mampu membuat nenek dan Nita cacing tu terdiam. Adik tak puas hati betul la dengan apa diaorang buat dekat akak semalam tu" Bebel Aira sambil mengekori Ulya keluar daripada bilik.

"Tapi akak tak pasti sampai bila hubungan akak dengan Isa, dia boleh tinggalkan akak bila-bila masa sebab kami bertunang ni pun sebab dia kesian je." Balas Ulya sayu apabila mengenangkan pertunangan antara dia dan Isa hanya la kerana lelaki itu mengasihaninya.

"Akak jangan la cakap macam tu, doa la yang baik-baik. Akak jangan lupa makan ubat." Pesan Aira sambil tunduk bersalaman dengan Ulya.

"In Shaa Allah, adik jangan risau la. Kirim salam dekat abah ya." Ulya dan Aira saling berpelukan, kemudian dia melangkah masuk ke dalam kereta Maisarah.

"Bye.. Kak Maisarah." Aira sempat melambai ke arah Maisarah dan wanita itu balas dengan mengangkat tangan. Tidak lama kemudian kereta Maisarah mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah Encik Daud.

 Tidak lama kemudian kereta Maisarah mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah Encik Daud

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ISANARRA (C)Where stories live. Discover now