45

47.5K 1.3K 364
                                    

Beberapa Bulan Kemudian...
Ulya mengurut bahu yang lenguh kerana memangku lama Arash yang kuat menyusu ini. Hampir beberapa bulan melakukan rawatan susu badan, Ulya bersyukur kerana berjaya menyusukan si comel ini. Bukan mudah rupanya jika mahu mengambil anak angkat, tetapi segala urusan mereka dipermudahkan.

"Sayang okay ke?" Tanya Isa sambil mengurut bahu Ulya, kemudian dia mengambil bantal dan letak dibawah lengannya supaya isterinya lebih selesa ketika menyusukan bayi Arash. Isa berlutut di hadapan Ulya dan mencium kepala bayi comel ini.

"Thanks abang. Narra bau sedap, abang masak apa?" Tanya Ulya sambil mengusap pipi Isa.

"Abang masak nasi goreng kampung, special breakfast untuk sayang. Sayang lapar?" Tanya Isa sambil mengucup tangan Ulya.

"Lapar tapi Arash tak stop susu lagi, sekejap lagi la Narra makan." Isa mengukir senyuman mendengar kata-kata Ulya, dia bingkas bangun dan menuju ke dapur. Tidak lama kemudian dia muncul semula di hadapan Ulya bersama sepinggan nasi goreng dan segelas air hotlick. Isa menarik kerusi kecil dan duduk berhadapan dengan Ulya.

"Sayang selagi abang ada, abang akan sentiasa bagi yang terbaik untuk sayang." Kata Isa sambil mengusap pipi ratu hatinya ini.

"Bismillahirahmannirahim..." Isa menyuapi nasi goreng ke dalam mulut Ulya, dan dia mengelap comot di tepi bibir isterinya ini.

Ulya sebak melihat layanan baik Isa. Lelaki ini tidak pernah gagal membuatnya bahagia. Sepanjang 6 bulan mereka menjaga Arash lelaki ini la yang paling banyak menjaga bayi comel ini. Kekadang dia berasa serba salah kerana tidak mampu melahirkan anak kandung untuknya tetapi ini adalah takdir yang telah Allah SWT tetapkan untuk mereka.

"Lepas makan abang nak bawa sayang ke satu tempat. Ada something special untuk sayang." Kata Isa sambil mengenyit mata kepada Ulya.

"Pergi mana?" Tanya Ulya hairan.

"Satu tempat istimewa untuk sayang." Ulya mengetap bibir mendengar jawapan Isa yang tidak membantu itu. Hatinya mula tertanya-tanya ke mana la Isa ingin membawanya tetapi dia yakin pasti tempat itu istimewa.

  Hatinya mula tertanya-tanya ke mana la Isa ingin membawanya tetapi dia yakin pasti tempat itu istimewa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bugatti Isa berhenti sebuah banglo mewah tidak lama kemudian pagar utama terbuka luas. Isa memandu masuk ke dalam kawasan Villa Astana.

Ulya terkejut melihat perubahan Villa Astana, berkerut dahinya melihat kain putih seperti sedang menutup signboard yang terdapat di kolam air pancut ini.

"Jom Mia regina." Ajak Isa sambil menghulur tangan kepada Ulya. Dia membantu isterinya keluar daripada kereta ini, bayi comel yang sedang dia pangku di cium berkali-kali.

"Lain rumah ni, abang nak ajak kita tinggal dekat sini ke?" Tanya Ulya hairan, sejak Irma berpindah dari rumah ini, Isa kata nak renovate untuk jadikan rumah ini lebih cantik.

"Abang ada something istimewa untuk sayang." Isa mempimpin tangan Ulya menuju ke arah air pancut.

"Abang hadiah kan yayasan ISANARRA ini untuk sayang. Semperna hari jadi kita, sayang, rumah untuk anak-anak yatim dan tidak sah taraf ini abang hanya limitkan 12 orang je. 12 sebab 12 tahun abang menunggu sayang. Selamat Hari Jadi Sayang." Ucap Isa sambil membuka kain putih menutup signboard 'YAYASAN ISANARRA.' Isa mengucup lama pipi dan dahi Ulya. Kemudian dia mengambil jambangan bunga ros merah jambu yang diletakkan di belakang signboard ini dan menghulur kepada isterinya.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now