7

26.3K 933 142
                                    

"Aldo mana?" Tanya Isa sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam pejabat urusan Zoo Planet. Dr. Ali menggeleng kepala dengan sikap Isa yang suka terjah itu. Orang tengah meeting dia boleh tanya tentang singa kesayangannya itu.

"Kau ni asal datang je cari Aldo, tak ada ke nak tanya khabar aku. Tangan tu kenapa? Kau tumbuk siapa?" Tanya Dr. Ali seorang doktor haiwan di Zoo Planet ini, tangan Isa yang kemerahan menarik perhatiannya.

"Tiga manusia gemuk yg menyakitkan hati, kau jangan banyak tanya la. Mana Aldo aku?"

"Kau ni sabar la, Aldo kau dekat kandang 7. Tadi aku cucuk vaksin dekat dia. Ada orang serang kau lagi ke?" Dr.Ali membuka pintu kandang 7, Isa melangkah laju mendekati haiwan kesayangannya, singa afrika yang diberi nama Aldo. Binatang itu turut bangun apabila melihat kehadiran Isa, laju dia mendekati Isa.

"Bukan la, aku tolong seseorang." Kata Isa sambil mengusap kepala Aldo, wajah seseorang menerjah ke dalam fikirannya. Seorang wanita bermata bulat dan pipi kemerahan, Isa menggeleng kepala kenapa pula dia teringat tentang wanita itu.

"Come stai, Aldo? (How are you, Aldo?)" Tanya Isa pada Aldo dalam bahasa Italian.

Dr. Ali menggeleng kepala mendengar Isa cakap bahasa Itali dengan Aldo, faham pula binatang Afrika ini.

"Kau dah dapat klu siapa yang serang kau bulan lepas? Fath cakap apa?" Isa menggeleng pelahan, dia pun masih mencari siapa yang sering menyerangnya dengan pisau. Kekadang dia berasa kematian ayah bukan kerana penyakit jantung tetapi perbuatan manusia kejam.

"Fath kata agak susah sebab lelaki itu memakai full set hitam dan memakai helmet, motorsikal dia pula tak ada nombor plate. Aku bengang bila dah nak dapat tangkap dia mesti dia melarikan diri dengan membaling smoke grenade." Kata Isa tidak puas hati memikirkan tentang manusia yang kerap menyerangnya sejak sebulan lalu.

"Tapi selepas ayah meninggal aku tak jumpa dia lagi, kalau aku jumpa dia lagi selepas ini aku tak akan lepaskan dia. Aku nak tahu apa yang dia nak daripada aku." Sambung Isa bersungguh-sungguh, dia nekad kali ini.

Aldo menggesel kepalanya pada dada Isa seolah-olah meminta Isa mengusap kepalanya.

"Vuoi tornare con me?(Do you want to come back with me?)" Tanya Isa kepada Aldo sambil menggosok bawah dagu Aldo. Binatang itu menggeselkan kepalanya pada badan Isa tanda dia mahu mengikut Isa.

"Aku nak bawa dia balik rumah."

Tercengang Dr. Ali mendengar kata-kata Isa, dia memandang Aldo dan Isa silih berganti.

"Kau gila ke? Binatang ni mana boleh keluar daripada zoo ni. Aku tahu la zoo ni kau punya tapi jangan la buat kerja gila, kalau ada roadblock tak ke pengsan polis tu tengok ada singa dekat dalam kereta kau."Kata Dr. Ali kurang setuju dengan rancangan gila Isa itu.

"Aku tak minta persetujuan atau pendapat kau, aku just nak beritahu je." Dr. Ali mendengus kasar mendengar kata-kata Isa, mula la tu nak ikut kepala angin dia saja.

"Come on, Aldo." Ajak Isa sambil melangkah menuju ke pintu utama kandang 7 ini.

"Ada panda baru masuk, kau nak tengok tak? Panda betina umur 5 bulan."

"Kenapa kau baru cakap sekarang? mana dia?" Tanya Isa teruja ingin melihat anak barunya.

"Dia dekat kandang 10. Kau dari tadi sibuk dengan si lion ni." Kata Dr. Ali agak seram dengan Aldo apabila binatang itu berjalan disebelahnya. Macam mana la Isa boleh berkawan dengan binatang garang ini.

Dr. Ali melangkah masuk ke dalam kandang 10 dan mendukung panda comel yang sedang bermain itu.

"Hai Nara." Kata Isa sebaik sahaja mendukung anak panda comel itu.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now