HLS 7

39 4 1
                                    

"KAWIN? Perlu ke kawin?" Soal nurina.

"Dahtu takkan aku nak duduk satu rumah dengan kau tanpa sebarang ikatan pulak" ujar hazieq bengang.

"Kenapa kita nak kena duduk serumah?" Soal nurina lagi.

Tiga makhluk yang dari tadi hanya memerhati terus menepuk dahi serentak. Aduh, ni kalu kena tendang ni mahunya sampai ke  Vietnam.

"Dahtu kau ingat aku bawa kau keluar dari rumah puaka tu free ke, dah kira elok aku tak buat bukan-bukan dekat kau aku ajak kawin je" nurina hanya berdiam apabila mendengar ayat yang terpacul dari mulut lelaki bermata hijau itu.

"Aku taknak cakap banyak tapi kalau bole nak cepatkan proses kawin ni, selewatnya minggu depan" ujar hazieq yang sedang menanggalkan kasuk miliknya.

Melopong gadis bermata hazel itu. Selewatnya? Itu bukan selewatnya itu secepatnya.

" Kenapa cepat sangat?" Ujar nurina.

"Dah tu kalau kita lambat-lambat, kau nak ke kita kawin free jabatan agama datang ketuk?" Ujar hazieq terus terdiam gadis itu.

"Dah masuk la aku panggilkan adik aku dulu" kata hazieq lalu menapak masuk.

Seorang gadis mula keluar dan menyapa nurina.

" Hehe hai far" ujar haniesha sambil tersenyum.

Membulat mata milik nurina apabila melihat gerangan gadis bermata biru yang menemaninya semasa di hospital beberapa minggu lalu.

" Eh esha kau.."

" Ni rumah abang aku, orang yang tolong kau pengsan kat tepi jalan haritu" ujar haniesha selamba.

Terkesima gadis itu, jadi orang yang beli dan tolong dia tu adalah hazieq?

"Dah tak payah la terkejut sangat, jom masuk" pelawa haniesha.

Dia mula menapak masuk ke dalam rumah agam itu. Dia sedikit terpegun dengan kecantikkan dekorasi rumah itu.

" Ni bilik tetamu, bilik untuk kau guna sementara kau dengan abang aku belum kawin" ujar haniesha.

Dia mula terpegun dengan bilik itu luas, cantik dan menarik tak macam bilik tetamu.

"Kau oke kan bilik ni? Lagipun sekejap je kau guna bilik ni nanti kau kawin dah masuk bilik lain" ujar haniesha lagi.

"Err.. aku oke bilik ni cantik" ujar nurina gugup apabila haniesha seperti menekankan ayat 'kawin' itu kepadanya.

" Baguslah macam tu, er aku keluar dulu ek" ujar haniesha lalu keluar dari bilik tersebut.

Nurina mula merebahkan badan ke atas katil.

" Nak tak nak aku kena terima juga si dia, dia dah tolong aku keluar dari rumah tu tapi..." Nurina berpikir sejenak.

" Aku harap aku dapat bahagia walaupun sekejap" gumam nurina.

Dia mula melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.





Hazieq mula melangkah ke tempat keberadaan adiknya.

" Dik kau dah tunjuk bilik kat dia kan? Dia ada cakap apa-apa ke?" Soal hazieq.

" Dia oke je cuma tu lah"

Hazieq mula menaikkan sebelah keningnya. Kenapa pulak budak ni.

" Kau tak rasa terlalu awal ke kau nak kawin? Nanti kalau mummy tahu nazak bakal kakak ipar aku" tanya haniesha risau.

Yelah si hazieq baru je ambil nurina dari rumah puaka tu terus diajaknya nikah mau tak terkejutnya si haniesha.

"Kalau aku lambat kau nak ke kakak ipar kaki kikis? Perangai entah apa, kau nak?"

Haniesha terus terbayang jikalau menantu pilihan datin suhaila itu menjadi kakap iparnya. Allah tak sanggup kiterr.

"Woi yang tu lagi la aku tak nak" marah haniesha.

" Tau pon taknak, aku tahu risikonya agak besar, papa pon tahu aku nak kawin cuma mummy je tak tahu"

"Wuih beraninye bapak kau" ujar faiz menyampuk perbualan dua beradik tadi.

Dua beradik itu menjeling seretak pada faiz. Sebok la anak beruk ni.

"Memang papa berani pon, dia kawin dengan datin pon sebab kena...." ujar haniesha tidak suka apabila perlu bercerita tentang datin suhaila.

" Aku tetap nak kawin dengan nurina walaupun aku tahu bahaya kalau aku ingkar apa datin suhaila nak" ujar hazieq mencelah ayat terakhir haniesha.

"Ikut kau la bang aku harap tak da apa-apa akan berlaku"

Nurina hanya mendengar perbualan dua beradik itu dari jauh. Risiko? Kenapa nak kawin pon sampai berisiko. Dan siapa datin suhaila? Kenapa mereka risau jika ingkar arahannya. Nurina berfikir sejenak.

"Woii...."









Tbc :)

 His Little Sweetheart [OG]Where stories live. Discover now