HLS 13

43 2 0
                                    

"ibu"

Wanita tua itu menoleh kearah suara yang memanggil.

"Ye sayang nak apa, suami kamu mana?" Soal puan najwa.

"Dia ada dekat luar berborak dengan kawan dia" ujar nurina.

"Kenapa tak pergi dekat dia?" Soal puan najwa.

"Segan la ibu, lagipun kawan-kawan hazieq tu ramai" ujar nurina.

Sedang rancak puan najwa dan nurina berbual suara garau milik eric mula menyapa telinga.

"Dik laki kau suruh pergi kat dia" ujar eric berlalu pergi.

"Suami dah panggil tu pergilah" ujar erfan mengusik.

"Along diam ek"

Nurina melangkah keluar dari dapur dan bergerak ke ruang tamu, terlihat beberapa wanita berpakaian agak mewah bersama hazieq. Segan la kiter biasa-biasa jer....

"Ehh... Ni bini kau ke ziq lawanye" ujar seorang wanita di situ, mungkin rakan hazieq...

"Hana come here" panggil hazieq.

Dia duduk bersebelahan dengan hazieq, terasa satu pautan di pinggangnya. Jantungnya mengepam laju, perasaannya bercampur baur.

"Eceyy.. dah bole pegang sweet-sweet pulak" usik nazim.

"Ziq bagi aku anak buah banyak-banyak tau" ujar afiq.

Tidak sewenang-wenangnya  terus tersedak nurina.
Ramai yang mula menghulurkan air ada juga yang tertawa dengan telatah nurina.

"Sweetheart are you okay?" Soal hazieq perlahan.

Nurina hanya menganggukkan saja kepalanya. Keadaan kembali rancak dengan perbualan mereka.

"Rasanya dah kena gerak ni, besok aku outstation" ujar faris.

"Kami pun gerak dulu ya ziq" ujar yang lain.

"Ada rezeki jumpa lagi bro, aku kena balik itali malam ni" ujar nazim.

"Ada apa-apa ke?" Ujar hazieq.

"Tak pasti aku cuma dapat arahan kena balik itali selewatnya esok" ujar nazim.

"Jaga diri" ujar hazieq.

"Kau pon jaga diri, jaga bini kau tu" pesan nazim.

Hazieq hanya melihat pemergian rakan-rakan dan mula menapak kembali  ke dalam rumah.

Nurina mula bergerak ke arah dapur ingin membantu sedikit sebanyak perkara yang boleh dilakukan. Dalam diam hazieq merenung setiap pergerakannya. Comel...

"Awak?" Nurina mula tersedar hazieq merenung dirinya sekian lama.

"Hmm?" Gumam hazieq

"Err... Nak air? Saya boleh buatkan" ujar nurina.

"Tak payahlah, aku boleh buat sendiri" ujar hazieq mula mendekati Nurina.

Nurina mula menapak ke belakang. Alahai kenapa laki aku ni, mati kalau orang nampak.

"A-awak k-kenapa?" Soal hana gagap.

Hazieq mengepung dirinya di dinding.

"A-awak nanti orang nampak la" kata nurina.

"Biar la orang nampak sayang... Lagi pon kau aku punya tak salah pun" ujar hazieq merenung ke dalam mata hazel milik nurina.

"Astaghfirullahalazim, mata aku tercemar" ujar haniesha.

"Allahuakbar, ada free show  pulak kat dapur ni, dah la aku single di ulti dengan benda ni pulak" ujar faliq.

Terus ditolak badan tegap hazieq. Acah-acah takde apa yang berlaku.

"Dah la budak jom blah, kau bawah umur tak boleh tengok benda macam ni" ujar faliq membaling kain buruk ke muka haniesha.

"Kurang ajar kau lempar kain buruk kat aku, dasar mangkuk" ujar haniesha geram.

Haniesha melangkah keluar dari dapur. Faliq mengejar langkahnya, serigala merajuk pulak...









~~








Bunyi air dari bilik air itu menyentak lena nurina, dia menoleh ke sebelah, ouh hazieq mandi kot.

Pintu mula terbuka dan terpampang lah tubuh milik hazieq yang mengenakan tuala separas pinggang sahaja. Cepat-cepat dia memandang ke arah lain. Ibu nurin malu...

Hazieq senyum melihat wajah bahang isterinya. Comel...

"Sweetheart terjaga ke?" Soal hazieq dengan suara garaunya.

Nurina sekadar mengangguk sahaja dengan soalan yang diajukan kepadanya.

"Tidurlah balik awal lagi ni, japgi subuh aku gerak" ujar hazieq.

"Awalnya awak mandi" ujar nurina.

"Saja japgi subuh aku tak payah mandi dah, jom tidur balik sayang aku ngantuk" ujar hazieq.

Nurina hanya menurut. Terasa pinggangnya terpaut.

"Tak baik tidur membelakangi suami" ujar hazieq pantas aku bertukar posisi menghadapnya.

"Tidur sayang takpayah tenung aku, kau nak  tenung aku sepanjang masa kau tenung la ni semua kau punya, sekarang tidur" ujar hazieq

Nurina cuba melelapkan matanya namun hampa kerana jantung seakan mahu meletup saat ini. Lama kelamaan dia juga turut terlelap.





~~







Nurina terjaga dari lenanya, dia melihat ke sebelahnya.
Aik hilang lagi?...

dia meraba-raba ke sekeliling katil untuk mencapai telefon miliknya.

6:00

Dahinya berkerut subuh tak masuk tuannya hilang entah ke mana.

"Morning sayang" ujar hazieq dari balkoni baru saja menapak masuk keruangan bilik.

Dia mencium sekilas pipi nurina. Hehe bahagia ek pagi-pagi dah kena kiss, kau ada?...

"Bangun la mandi kejap lagi masuk waktu kita solat sekali" ujar hazieq sekilas menyembamkan mukanya ke perut nurina.

"Tapi aku nak peluk kau jap, lima minit je" ujar hazieq.

Nurina hanya membiarkan perilaku suaminya. Dia merenung pelusuk tubuh yang sedang memeluknya. Kenapa rasa lain ekk..

Dia rasa seperti dihargai apabila hazieq bertingkah bergini. Iyalah dia hilang walaupun dua minit pasti lelaki itu mencarinya.

Selepas lima minit terasa ringan tubuh badan.

"Dah pergi mandi cepat, kalau tak nak aku join sekali" ujar hazieq nakal.

Cepat-cepat gadis itu mencapai tuala dan berlari masuk ke tandas.

"Haih comel je perangai, nak je aku gigit-gigit pipi dia" ujar hazieq tersenyum sendiri.






Tbc :)

 His Little Sweetheart [OG]Where stories live. Discover now