HLS 5

43 6 1
                                    

TERASA pedih seluruh badan milik nurina. Matanya sembap akibat terlalu banyak menangis. Tangannya mula mencapai telefon miliknya untuk melihat jam. Jelas terpapar pada screen telefonnya pukul 10:17 malam.

"Astaghfirullahalazim aku dah terlepas waktu ni" lantas dia berdiri walaupun masih terasa pedih pada badannya.

Dia memboloskan diri ke dalam tandas untuk membersihkan diri. Usai menunaikan solat dia kembali membaringkan dirinya ke atas katil miliknya.
Matanya tepat merenung ke luar tingkap.

"Apa la nasib aku lepasni eh kalau lelaki yang beli aku tu datang ambil aku nanti" ujar nurina perlahan tanpa nada.

Dia sudah penat menangis dia sudah penat didera. Dia tak dapat membayangkan apa yang bakal berlaku jika Lelaki dia bersama lelaki yang membelinya.

Apakah dia bakal didera lagi? Mungkinkah dia perlu lari?
Hanya itu perkara yang jelas terlintas pada pemikiran nurina.






~~









SEORANG lelaki bermata hijau sedang merenung kertas yang berada di hadapannya sekarang.

"Susah sangat ke aku minta kau perhatikan dia dari jauh" soal lelaki itu kepada anak buahnya.

"Maaf tuan saya memang dah jaga kawasan tu tapi tak tau fitnah tu datang dari mana" ujar anak buahnya.
Satu keluhan berat dilepaskan.

"keluar and aku nak kau cari siapa dalang yang sebar fitnah yang tersebar tu" ujar hazieq.

"B-baik tuan" lantas anak buahnya keluar dari pejabat miliknya.

Tangannya mula bergerak menyemak fail company tersentak akibat ketukan pintu yang sedikit kuat. Bukan sedikit memang kuat macam nak tercabut pintu pejabat.

"Masuk" kata hazieq.

Pikirannya tadi tiga makhluk tuhan itu yang datang namun firasatnya salah.

"Hai anak mummy" panggil seorang wanita dalam lingkungan usia 50an.

Dia agak terkejut  dengan kehadiran wanita itu ke pejabatny.
Datin suhaila ataupun lebih dikenali sebagai ibu tirinya.

"What are you doing here datin suhaila" ujar hazieq malas.

"Salah ke mummy datang company anak mummy juga kan" ujar datin suhaila yakin.

Dia malas ingin membahas apa yang keluar dari mulut ibu tirinya. Kerana nanti perkara ini akan di bawa ke pada bapa mereka.

"Ouh ya mummy nak bagitau mummy ada pinangkan sorang perempuan ni untuk hazieq" ujar datin suhaila teruja.

"What do you want mummy sudah-sudahlah nak jodohkan haz mummy takde hak untuk buat macam ni" ujar hazieq bengang.

"Mummy tak kesah yang mummy tahu haz kena kawin dengan perempuan tu" kata datin suhaila mendesak.

"Haz takkan ikut cakap mummy. Mummy balik lah haz malas nak bergaduh" ujar hazieq sedikit keras .

Datin suhaila menayangkan wajah ceberut apabila dihalau dari pejabat milik anak tirinya.

"Anak dengan mak sama je bodoh, kau tunggu lah aku akan buat kau merana macam mak kau"ujar datin suhaila sinis.












~~


















BUNYI penggera mula memenuhi ruangan bilik milik nurina. Lantas dia terjaga dari lenanya. Nurina mula menapak ke arah bilik air untuk mengambil wuduk.
Selesai solat dia mula menapak keluar dari bilik.

"Aku nak kemas ape dulu ek"ujar nurina berpikir sejenak. Matanya tertumpu pada sofa yang beselerak dengan pakaian yang belum dilipat. Dia mengumpulkan pakaian setempat dan besimpuh untuk melipat kain.

"Agak-agak aku bole rasa tak macamana perasaan bahagia tu ek" ucap nurina tanpa sedar.

"Akak rina" ujar seseorang dari belakangnya.

"Eh firah" ujar nurina terkejut apabila ditegur oleh adik angkatnya.

Mak esah mempunyai 4 orang anak iaitu irfan, amira, farah dan firah. Dalam adik beradik angkatnya hanya firah yang tidak melayannya dengan kasar.

"Akak oke ke? nak firah tolong tak"ujar firah.

"Eh takpe akak bole buat sendiri. Firah nak apa-apa ke akak bole buat" ujar nurina.

"Firah tak nak apa-apa tapi betul ke akak bole buat sorang ni muka akak pucat la"ujar firah yang sedang merisaukan tentangnya.

"Akak oke je maybe akak kurang rehat " ujar nurina.

"Ye la akak firah pergi sekolah dulu ye" ujar firah sambil menghulurkan tangan ingin bersalam.

"Elok-elok ye firah jaga diri tau" ujar nurina sambil menyambut huluran tangan itu.

"Bye akak " laung firah

Nurina hanya melambaikan tangan pada gadis itu. Terasa ada seseorang di belakangnya dia berpaling ternyata pak mat sedang memerhatikannya.

"Kemas pakaian kau, ada orang nak datang ambil kau" ujar pakmat.........












Tbc :)

 His Little Sweetheart [OG]Where stories live. Discover now