"Weh,Naz!!!!!!!!" Jerit Zakira yang tersenyum lebar sambil melambai ke sahabatnya untuk kemari. Nurul Nazira ataupun dikenali sebagai 'Naz' pun terbangun dari kerusinya.
"Hah?!! Kenapa!!?" Jerit Naz yang risau. Naz kemudian mendekati sahabatnya. "Omg! sial,kau tengok laa!!" Jerit Zakira yang teruja.Naz mendekati kerusi sahabatnya lalu duduk di kerusi sebelahnya sambil menyengetkan kepala untuk melihat apa yang ada di dalam telefon milik sahabatnya itu.
'dengan ini,Nurul Nazira binti Mohd Yusof telah diarahkan untuk menukar tempat ke negara lain. Terdapat beberapa pilihan negara yang anda boleh pergi.
*Turkey*
*Vietnam*
*Germany*
*Australia* dipersilakan untuk pilih, sila hantar pendapat segera ke saya.'Naz membaca semua mesej yang telah diberi oleh pengerusi hospital itu yang dikenali sebagai 'Umi Lana" di tempat kerjanya itu. ya, Naz bekerja sebagai seorang doktor di Hospital Kuala Lumpur.
Naz terkejut, matanya terbeliak "serius la?!!" Naz tersenyum lebar. Sahabatnya pun ikut senyum, trademark persahabatan mereka berdua ialah 'kau happy,aku pun happy'. "Ye laa! Kau tak tengok group ke??" Tanya Zakira yang menepuk bahu Naz itu. "Aku busy buat kerja tadi! Tak buka handphone sejak pagi lagi!" Balas Naz sambil tersenyum-senyum. "Dah ah kau, ni kau nak pergi negara mana ni!! Bestnya ya Allah!!" Tanya Zakira.
"Hmm..entah la..semua negara tu best.." Balas Naz yang menggaru kepalanya. "Aku recommend kau pergi Turkey! Nanti anak kau boleh mix~!" Kata Zakira yang mengusik rakannya itu. "Orang nak kerja bukan nak kahwin!" Balas Naz lalu menepuk bahu sahabatnya dengan kuat itu,dia pantang kalau orang mengusik dia bab kahwin-kahwin ni. Sejujurnya,Naz memang benci lelaki sejak dulu lagi kerana sosok ayahnya yang kejam itu. Itu nanti wa cite!
"Aduh sakit la bodo- aku cakap je!" Kata Zakira yang mengusap bahunya yang ditepuk kuat oleh rakannya tadi. "Ish! Ye lah! Aku pilih Turkey." Kata Naz yang sudah lelah itu. "Ha bagus la! Nanti pergi jumpa Umi Lana! Ambik kau punya surat nak pergi tu!" Kata Zakira.
Tiba-tiba Naz tersedar sesuatu, "kalau aku pergi..aku takle jumpa kau lagi dah...nanti aku kena bergaul dengan orang luar lagi..tak nakk" Kata Naz yang memuncungkan bibirnya. Zakira hanya tersenyum "ala,ni pun demi masa depan kau kan? Takkan kau tak nak banggakan mama kau? Takkan kau tak nak 'jantan' tu rasa menyesal?" Kata Zakira. Ya,'jantan' tu adalah ayah Naz.
"Hmm.. patut ke aku pergi?" Tanya Naz. "Ye!! Pergi je la!" Balas Zakira yang menepuk bahu sahabatnya itu. "Thanks beb,aku sayang kau sangat2" kata Naz kepada rakannya sebelum bangun dari kerusinya dan keluar dari office itu untuk pergi ke bilik Umi Lana untuk ambil Surat Perpindahan Lokasi Kerja (SPLK)
**Tuk,tuk**
"Masuklah, Nazira." Kata Umi Lana yang menyelak-nyelak kertas kerjanya. Naz masuk ke bilik Umi Lana lalu segera duduk di bangku depan Umi Lana itu. "Umi tau tau je,saya nak datang hehe" kata Naz yang tersipu malu. "Ha,macam mana? Dah decide?" Tanya Umi Lana. Ye, memang Umi Lana ni nampak serius tapi dalam hati ada taman tauu!.
"Uurm..Turkey la umi.." Balas Naz. Umi Lana tersenyum "nice choice. Besok boleh packing dah. Tahniah kerana telah berjaya dalam bidang ini. Umi bangga sangat! Kamu sorang je yang terpilih tau! Kamu membanggakan nama Hospital ni!" Kata Umi Lana yang tersenyum lebar. Naz tersipu malu, "thanks umi lana~" balas Naz.
"Dah,pergi balik. Packing luggage." Kata Umi Lana. Nampak je dia macam rela nak lepaskan anak murid dia, tetapi tidak. Umi Lana sebenarnya agak sedih kerana ia adalah anak murid kesayangannya. FYI, Umi Lana ialah sahabat kepada mamanya Nazira.
Macam tak logic je cite aku. LANTAK LA, BACA JE! TAK NAK,SUDAH!
Mesti korang tunggu Emir kan? Hehehe sabar,yang ni pasal Nazira. Mungkin next saya ceritakan pasal Emir Fahren~~ ( ˘ ³˘)♥
YOU ARE READING
Emir's Doctor
RomanceNurul Nazira, menjadi personal doctor kepada Mafia boss di Turkey, Emir Fahren yang dikenali sebagai orang paling sombong di dunia.