Bahagian 2 (Firstmeet)

428 0 1
                                    

**skips time at the airport**

"Elok-elok ye anak mama,jaga diri tau" kata Puan Alisa kepada Naz sambil mencium pipinya kiri dan kanan. "Take care tau beb! I love you so much!" Kata Zakira yang memeluk erat tubuh Naz. "Naz sayang mama. Mama pun jaga kesihatan tau! Jangan lupa makan ubat!" Kata Naz kepada Puan Alisa lalu menoleh ke Zakira "i love u too, kau jaga mama aku elok-elok tau! Siap kau kalau dia sakit!" Pesan Naz sambil menjeling tajam ke Zakira.

Zakira tersenyum "ishh ye, tau la camne nak jaga mama ni" Kata Zakira. Puan Alisa sedikit terkejut kerana ini pertama kali Zakira memanggilnya dengan panggilan 'mama' tetapi selepas itu puan Alisa ketawa kecil lalu memeluk Zakira. Zakira tersenyum sinis,suka melihat Naz cemburu akan kasih sayang yang didapati.

"Hmf! Whatever la! Ok,bye mama and my bestod~" kata Naz lalu memeluk mereka berdua sebelum pergi. Tipu kalau cakap yang Naz tak sedih langsung. Naz anak yang manja,dia susah berdikari dan dia pun seorang introvert.

Naz lalu masuk ke kapal terbang dan duduk di tempat yang dibook iaitu di bahagian belakang dan tepi tingkap flight itu. Naz lalu beralih ke tempat yang dibook dan duduk. Dia berharap sangat orang yang akan duduk di sebelahnya seorang perempuan atau budak kerana dia sangat tak selesa bila dengan lelaki. Saya dah terangkan kut dekat prolog-b1.

Naz takut naik flight jadi dia menutup mata sambil menggenggam tangan nya untuk mengurangkan rasa takut itu. Naz tidak perasan bahawa ada seseorang yang telah duduk di sebelahnya.

suit hitam,jam hitam,rambut hitam gelap,style messy hair, penuh tattoo di lengannya. Di sebelah orang itu pula ada beberapa orang lelaki yang kelihatan seperti bodyguard,duduk didepan dan belakang seat yang Naz duduk itu.

Siapakah-?

Ye, Itulah Emir Fahren.

Emir mengabaikan Naz disebelahnya itu kerana terlalu fokus dengan telefonnya. Flight pun mula naik, Emir meletakkan telefon di dalam poket dan menyandarkan lengannya yang besar itu di penyandar lengan di kerusi flight itu. Sementara tangan Naz digenggam kuat oleh Naz sendiri,takut.

Flight mula naik ke atas dan Naz dengan paniknya berpaut pada penyandar lengan kerusi flight itu tetapi bukan disentuh penyandarnya tetapi tangan Emir. Emir terkejut tetapi membiarkan saja,dia tahu perempuan itu takut dan panic.

Naz sangat takut sampai dia pegang tangan Emir dengan kuat. Naz tahu itu kulit manusia yang dia telah pegang tetapi,kalau dah takut nak buat camne. Emir melihat perempuan itu,keliru tetapi dia membiarkan perempuan itu. Naz memegang dengan sangat kuat sampaikan tapak tangan Emir ditinggalkan kesan dan berdarah sedikit. Emir hanya terdiam,dia dah biasa dengan luka-luka kecil ini.

Flight mula stabil semula,Naz mengeluh lalu melepaskan tangan Emir. Dia membuka matanya dan terkejut bila dia tersedar itu seorang lelaki, jadi tangan yang Naz pegang itu tangan lelaki-?!. Naz sangat malu "i'm sorry,Sir." Kata Naz, dia tahu lelaki itu berasal dari Turkey kerana mukanya dan kulitnya. Ceh,dia tak tahu ke yang Emir ni mix melayu? Emir pun boleh cakap melayu dengan fasih.

Emir menoleh ke arah perempuan itu, dia melihat mata bulat perempuan itu yang cantik. Emir boleh agak perempuan itu dari Malaysia kerana cara dia bercakap itu seperti melayu dengan broken English. Emir angguk "it's alright,i'm fine." Kata Emir dengan suara garaunya itu yang membuat Naz sedikit terkejut. Naz perasan luka di tangan lelaki itu 'alamak,sakit tu! Aduh Naz!! Baru je mula hidup baru kau dah macam ni!' bisik Naz dalam hati.

Naz mencari pembalut luka di begnya. Dan jumpalah,cuma...itu pembalut dengan logo 'hello kitty' Naz melihat ke arah tapak tangan yang luka itu lalu dia tampalkan pembalut luka itu ke luka yang berdarah itu.

Emir tenung mata perempuan itu sambil dia melekatkan pembalut luka.





Piwit piwit, nanti sambung~! (⁠◕⁠દ⁠◕⁠)
Ngantuk~!

Emir's DoctorWhere stories live. Discover now