Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.Tiba masanya untuk pulang ke rumah.Iqbal berhenti menulis.Dia mengeliat untuk membetulkan otot-otot badannya itu.Iqbal menutup laptopnya lalu mengemas barang-barangnya.
Iqbal melangkah dengan laju menuju ke keretanya.Tiba-tiba ada seseorang memanggilnya.
“ Sir! ”
Iqbal memalingkan wajahnya.Dia terlihat Hazra yang sedang memanggilnya.Iqbal menghentikan perjalanannya.Hazra mendekati Iqbal.
“ Sir,boleh tak saya nak tumpang sir? ” ucap Hazra.
Iqbal mengerutkan dahinya.
“ Nak tumpang?Boleh je tapi mana kawan awak lagi sorang tu.Bukan selalu awak dengan dia ke? ” soal Iqbal.
Hazra menggaru kepalanya yang tidak gatal itu untuk mencari jawapan.
“ Ilya dia kena balik awal.Sebab dia cakap abang dia masuk hospital.Kalau tak saya tumpang dia je.Ni sebab dia tak ada saya terpaksa tumpang sir. ” jawab Hazra.
“ Baiklah.Jom saya hantar awak balik. ” ucap Iqbal.
Hazra terus membuka pintu sebelah pemandu.Dia duduk sebelah Iqbal.Iqbal terkejut tetapi dia berlagak biasa.
Di dalam perjalanan Hazra tidak melepaskan peluang dari memandang wajah Iqbal.Iqbal yang perasan akan pandangan Hazra hanya memandang ke arah jalan sahaja.
Kereta Mercedez berwarna hitam itu tiba di satu buah rumah banglo.
“ Sir hantar sini je.Terima kasih. ” ucap Hazra dengan senyuman yang menawan.
“ Sama-sama.” Iqbal mengangguk.
Iqbal melihat rumah banglo itu lalu meninggalkan perkarangan rumah itu.
Iqbal pun menuju ke rumahnya.Hazra memandang kereta itu sehingga hilang dari pandangannya.
***********************
Irana mundar mandir di biliknya.Dia ingin meminta maaf kepada Iqbal tentang hal yang terjadi pagi tadi.“ Perlu ke aku minta maaf kat dia?Atau aku buat tak tahu je?Kalau aku buat tak tahu nanti dia lagi benci aku! Sekurang-kurangnya kalau aku minta maaf dia tak adalah nak marah aku lagi. ” Irana berfikir.
“ Tak boleh jadi ni Aku kena minta maaf juga kat dia. ” tekad Irana.
Irana terus menuju ke bilik Iqbal.Dia ingin mengetuk pintu bilik itu.Irana perasan pintu bilik Iqbal terbuka.Irana tidak memikir panjang dia terus menolak pintu bilik Iqbal.
Iqbal yang baru keluar dari bilik airr itu terus mengelap badannya.Irana tergamam melihat Iqbal yang hanya berbalut dengan tuala sahaja.Irana melihat dada bidang Iqbal yang tegap itu.
Iqbal baru sahaja ingin menanggalkan tuala itu untuk mengelap badannya.Irana yang nampak akan kejadian itu terus menjerit.
Iqbal yang terdengar jeritan itu terus mencari suara jeritan itu.Dia terus memandang Irana yang berada di situ.Tanpa sengaja tuala itu jatuh ke lantai.Iqbal menjadi cuak.Dia tidak fikir panjang.Iqbal terus menarik selimut pada katilnya itu lalu dia menutup badannya menggunakan selimut..Irana terlopong.Dia seperti tidak percaya apa yang dilihatnya.
“ Datin!!! ” jerit Irana.
“ Woi,kau panggil datin buat apa?Kau buat apa masuk bilik aku ni?Kau keluar!Kau keluar sekarang. ” jerit Iqbal.
Iqbal mengetatkan lagi badannya dengan selimut itu.
“ Tapi saya..saya.. ” tergagap-gagap Irana bercakap.
“ Tapi apa?Kau keluar sekarang.Kau masuk bilik aku buat apa? ” jerit Iqbal lagi.
“ Saya...saya nak minta maaf je Encik Iqbal tentang pagi tadi.Saya..Saya tak sengaja masuk bilik Encik Iqbal.Saya minta maaf. ” terketar-ketar Irana menjawab.
YOU ARE READING
BUKAN KERANA SAYANG ( Slow Update )
RandomZarif Iqbal seorang jejaka kacak yang berumur awal 30-an.Memiliki rupa paras yang menawan sehingga mampu menggetarkan hati mana-mana gadis yang memandangnya.Anak sulung dari dua beradiknya. Zara Irana merupakan seorang gadis polos yang berumur awal...