Bab 8 (ujian Irana)

27 2 0
                                    

IRANA sudah dibenarkan keluar dari hospital.Sejak dari wad lagi dia banyak mendiamkan dirinya.Hatinya menjadi kosong.Jiwanya hilang.Dia tidak tahu ke mana arah tujuan hidupnya selepas ini.

Irana telah mendapat tahu bahawa Fariz telah ditangkap kerana telah mengganggu rumah tangganya dengan Iqbal.Dia difitnah bahawa curang di belakang suaminya.Tiada kata yang keluar dari mulut Irana.

Dia terus pulang ke rumahnya.Irana memandang rumah itu dengan pandangan kosong.Dia memegang perutnya.Irana berjalan menuju ke biliknya.

“ Dah balik dah? ” soal Iqbal.

Irana memalingkan wajahnya memandang suaminya.Wajah Iqbal bersahaja.

Irana sakit hati dengan sikap suaminya.Tiada rasa belas kasihan padanya.Dia tidak mengendahkan panggilan suaminya.

Iqbal mendengus.

“ Anak kau dah mati?Tengoklah ibunya tak pandai jaga anak.Aku dah agak dah perkara ini akan berlaku. ” ucap Iqbal.

Irana menarik nafasnya.Dia mahu mengawal emosinya.Tetapi ada saja cara Iqbal untuk mengganggu emosi dirinya.Irana cuba beristighfar.Dia cuba menenangkan dirinya.

Iqbal melihat isterinya.Masih tiada sebarang reaksi.Dia masih ingin menyakiti hati isterinya.

“ Kau tak payahlah fikir anak kau tu.Dah mati pun.Tak apa kalau kau nak aku boleh bagi.Tak ada masalah.Apalah sangat.Kalau kau meratap dia pun dia dah tak ada.Kau tak payahlah nak emosi.Aku panggil pun kau buat bodoh je. ” ujar Iqbal menyakitkan hati Irana.

Irana menarik nafasnya.Dia menutup matanya.Untuk menenangkan jiwa.Irana sudah tidak tahan dengan sikap Iqbal.Dia cuba untuk bersabar.

“ Kau ni pekak ke aku panggil kau?Kau nak emosi sangat ni dah kenapa?Kau buat tak tahu je aku panggil kau!Kau jangan cakap yang kau ni nak melawan aku. ” ucap Iqbal dengan kasar.

Irana sudah tidak boleh sabar lagi.Dia perlu buat sesuatu.Irana terus memandang suaminya,Iqbal.

“ Engkau memang jantan tak guna.Kau memang binatang.Aku gugur kau tahu!Kau puncanya semua ni.Kau yang bunuh anak aku.Kalau kau tak tolak aku.Anak aku tak matilah.Kau memang jantan tak ada hati.Selama ini aku sabar dengan kau Iqbal.Apa dosa aku,Iqbal?Besar sangat ke dosa aku?Hina sangat ke aku pada mata kau?Kau jangan rasa diri kau tu besar sangat.Kau ingat aku apa?Tempat pemuas nafsu kau?Kau buat aku seolah aku ni jijik pada mata kau! ” Irana memandang suaminya.Iqbal terkejut apabila melihat Irana.

“ Selama aku jadi isteri kau,kau tak pernah hargai pun aku.Kau layan aku macam sampah.Kau juga yang suruh aku jangan berbinkan anak aku nama kau.Hina sangat ke aku ni?Kau tu suci sangat ke?Masa aku kat hospital kau mana?Kau tak ada?Aku yang mengandungkan zuriat kau,tapi kau tuduh itu bukan anak kau.Sedangkan kau je yang sentuh aku.Kau fitnah Fariz,kau kata aku curang dengan Fariz.Kau nak apa?Apa lagi yang kau nak buat?Kalau kau tak nak aku,kau ceraikan aku.Aku tak nak jadi isteri kepada jantan tak guna ni. ”

Iqbal memandang Irana.Lidahnya kelu.

“ Kau dengar sini Zarif Iqbal.Hidup dan mati aku takkan maafkan kau.Kau tak nak ceraikan aku tak apa.Aku pergi dari sini.Kau kahwin dengan aku bukan kerana sayang tapi kerana dendam.Sedangkan papa nak kau berubah.Tapi kau masih sama.Kau hancurkan hidup orang yang tak bersalah.Kau bunuh anak kau sendiri.Aku takkan maafkan kau. ” tengking Irana.

Irana memandang Iqbal dengan penuh kebencian.Dia tidak sedar bahawa dirinya masih dalam pantang.Irana mengambil barangnya dan berlalu pergi.Iqbal terduduk di lantai sendiri.

AISYAH membuka pintu bilik dengan perlahan.Dia melihat Iran sedang nyenyak tidur.Aisyah mendekati Irana.Dia mengusap kepala Irana lalu pergi.

Ya Allah!Kasihanilah teman baikku.Terlalu berat ujian untuk dia tempuh.Kehilangan anak dan ujian-nya dengan suaminya.Aisyah menutup pintu bilik itu.

Irana yang berbaring itu menangis seorang diri.Airmatanya tidak henti-henti.Dia merasa sakit.Lukanya makin membesar.Irana menutup mulutnya supaya suaranya tidak didengari orang.Dia memegang perutnya.

Irana membuka matanya perlahan-lahan.Dia tertidur.Mungkin kerana badannya sudah letih.Dia pun tertidur.Dia melihat Aisyah menemaninya.Aisyah tertidur di sebelahnya.

“ Cah?Kenapa tidur kat sini?Kalau kau nak tidur,tidurlah sebelah aku. ” ucap Irana.

“ Tak apa.Aku saja teman kau.Kau okay ke?Aku risau tengok kau.Kalau aku mengantuk sangat aku tidur sebelah kau.Aku bukan apa,kau tengah berpantang.Kau tak boleh buat banyak kerja.Kau kena rehat.Kau kena jaga emosi kau juga.Tu yang aku ada kat sini. ” ucap Aisyah.

Irana tersenyum.

“ Terima kasih,Cah.Aku okay je.Maaf sebab susahkan kau. ” kata Irana.

“ Tak ada apa yang susah.Yang penting kau dah selamat.Kau tak ada tekanan.Buat sementara ni kau duduk je sini dengan aku,dengan makcik pakcik.Aku okay je.Lagipun bilik banyak je.Okay sangat kau duduk sini terus. ” ujar Aisyah.

“ Susahkan kau je.Tak apa.Aku okay je.Aku tumpang ya buat sementara aku berpantang.Nanti aku kerja aku bayar balik kos kat kau. ” ucap Irana.

“ Tak payah.Kau duduk sini free je.Jangan risau.Tak ada masalah.Janji kau habis berpantang dengan tenang. ” ucap Aisyah.

Irana tertidur.Dia merasakan badannya terlampau letih.Dia memerlukan rehat yang cukup.Emosi dia juga agak terganggu.Irana tidak mahu memikirkan perkara-perkara yang dah terjadi.Dia mahu menenangkan dirinya.Sehingga dia lena diulit mimpi.

IQBAL termenung di halaman rumahnya.Dia teringat semula kata-kata yang diucapkan oleh Irana.Kata-kata itu terngiang di kepalanya.

“ Kenapa aku rasa bersalah.Biarlah dia.Suka hati dialah nak pergi mana.Ingat aku kisah.Sikit pun aku tak kisahkan dia.Dia nak hidup ke nak mati ke.Peduli apa aku. ” kata Iqbal sendiri.

Iqbal terus bangun.Dia mencapai kunci keretanya.Dia pun berlalu pergi.Di dalam perjalanan Iqbal menelefon seseorang.

“ Hello sayang.You kat mana?I nak jumpa you. ” ucap Iqbal lalu meletakkan semula telefonnya.

Sampai sahaja di tempat yang dituju,Iqbal mencari Daiyan.Daiyan dari jauh sudah memerhati Iqbal.Daiyan terus menuju ke Iqbal.

“ Hai sayang.Lamanya tak jumpa you.You tak rindu I ke?You kan,I call you.You tak angkat pun.Sampai hati. ” Daiyan merajuk.

“ I busy lah yang.I banyak kerja.Dengan student I nak exam ni.I banyak bagi diorang assignment.So I tak sempat nak jawab call or angkat call you. ” jelas Iqbal.

“ Oh Yeke?Kesian you.Mesti you penat kan.Tak apa hari ni I teman you.Kita pergi jalan-jalan.Tenangkan fikiran. ” ucap Daiyan.

Iqbal mengangguk.

“ Orait.Jom kita enjoy. ” Daiyan menarik lengan Iqbal.Dia memeluk lengan lelaki itu.

Terdapat sepasang mata memerhati mereka dari jauh.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 22, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BUKAN KERANA SAYANG ( Slow Update )Where stories live. Discover now