Bab 6 (suka duka seorang Zara Irana)

37 4 0
                                    

DATIN ZAHIRAH sedang menuju ke arah keretanya.Sedang ia berjalan,sebuah kereta meluncur dengan laju ke arahnya.Datin Zahirah terus menoleh wajahnya memandang kereta itu.Dengan pantas kereta itu mengelak dari melanggar Datin Zahirah.

Kelihatan ada seseorang yang tidak dikenali di dalam kereta itu memandang Datin Zahirah.Lelaki itu tersenyum sinis.Dia membetulkan topi yang dipakainya itu.Kereta itu memecut laju lalu hilang dari pandangan Datin Zahirah.

Datin Zahirah terkejut.Wajahnya berubah pucat.Jantungnya berdegup laju dari kebiasaannya.Dia berdiri di sebelah keretanya.Dia mengerutkan dahinya.Pemandunya iaitu Pak Kasim meluru ke arahnya.

" Datin okay ke?Muka datin pucat ni.Datin cuba tenangkan diri dulu.Tarik nafas,lepas. " ucap Pak Kasim.

Datin Zahirah cuba mengikuti kata Pak Kasim.Dia pun sudah kembali tenang.

" Pak Kasim nampak tak nombor kereta tu tadi? " soal Datin Zahirah.

" Tak sempat datin.Dia pandu dengan laju.Tapi yang saya perasan dia pakai topi hitam.Itu je. " ucap Pak Kasim.

" Pak Kasim nampak tak muka dia? " soal Datin Zahirah lagi.

" Saya tak nampak datin.Maafkan saya. " jawab Pak Kasim.

" Tak apalah.Hantar saya balik.Saya rasa tak selamat saya kat luar ni. " ucap Datin Zahirah.

" Baik datin. "

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah,Datin Zahirah mendiamkan diri.Dia memikirkan sesuatu.Dia menutup mata lalu menarik nafasnya dalam-dalam.Kemudian dilepaskannya perlahan-lahan.

Sebelum keluar dari kereta Datin Zahirah berbual dengan pemandunya itu.

" Pak Kasim tolong jangan beritahu sesiapa tentang kejadian tadi ya!Saya tak nak Iqbal tahu tentang kejadian tadi.Nanti dia risaukan saya. " ucap Datin Zahirah.

" Baik datin. "

Datin Zahirah tidak boleh melelapkan matanya.Dia teringat akan kejadian tadi.Sudah beberapa kali dia hampir dilanggar sebegitu.Kali terakhir dia hampir dilanggar ketika majlis hari jadi anaknya Iqbal.Kejadian itu berlaku 10 tahun yang lalu.Namun ia berulang kembali dan beberapa kali.

IRANA mencuba menelefon Iqbal beberapa kali.Namun tidak diangkat oleh Iqbal.Irana memandang dirinya di cermin.

" Engkau tak layak jadi isteri aku.Kau tengoklah diri kau.Kau ingat aku ni nak ke perempuan macam kau?Hah!Kau sedar diri kau.Kau sedar kat mana sepatutnya kau tu berada.Aku memang benci kau.Aku tak nak tengok muka kau.Tapi sebabkan papa,aku ikut kehendak dia. " ucap Iqbal.

" Kau punca semua masalah ni.Kenapa kau tak mati je.Ikut bapak kau.Oh aku lupa lagi satu perkara.Seronok ke jadi anak kepada seorang bekas penagih?Bukan bekas penagih tapi masih penagih.Cuba kau tengok diri kau,apa yang menarik pada diri kau?Nothing.Yang ada hanya hasad dengki yang bermain dalam hati kau.Kau dengar sini perempuan.Selagi aku ada kau ingat kau lepas.Takkan!Aku akan bagi hidup kau merana.Itu janji aku.Dasar anak penagih.Baik kau ikut je mak kau tu masuk lokap. " kata Iqbal.

Sungguh kesat kata-kata yang dilemparkan olehnya.Irana menutup matanya menahan cacian,hinaan daripadanya.

" Woi kau pekak ke? Perempuan ni berangan apa?Aku ni pantang betul orang tak dengar aku panggil. " Irana masih mengelamun.

" Zara Irana ! " jerit Iqbal.

Irama tersedar dari lamunannya.

" Iya.Ab..ang pang..gil saya ke? " soal Irana.

" Tak adalah aku panggil orang gila.Dah tahu nama kau je Zara Irana jawablah!Kau ingat aku apa?Tunggul? " herdik Iqbal.

Irana menundukkan wajahnya.

BUKAN KERANA SAYANG ( Slow Update )Where stories live. Discover now