Part 1

35 2 0
                                    

Aisha memejam rapat mata dan menekup telinga sekuat hati,

"Baik kau keluar cari kerja, menulis bukan boleh jamin masa depan kau,"

"Kau bila nak kahwin? Tahun ni kau tiga puluh kan?"

"Kahwin lambat nanti umur dah empat puluh anak baru sekolah rendah,"

"Kau ni asyik duduk rumah menghabiskan beras, lepas tu mengadap laptop sepanjang hari, bosan doh life kau,"

"Apa yang kau tulis sebenarnya? Kau tak nak buat benda lain ke? Cari kerja ke, at least cuba niaga ke,"

"DAH STOP!" Suara hatinya menjerit menyuruh agar suara-suara munafik itu berhenti menerjah fikirannya. Aisha mencampakkan pen yang dipegang keluar tingkap,

"Kenapa suka sibuk hal aku haahh!?" Melepaskan segala amarah yang membuku jauh didasar hati itu mungkin dapat memberi sedikit kelegaan. Mujur tiada siapa dirumah pada ketika itu jika tidak pasti ibu bapanya terkejut dan panik melihat reaksi satu-satu anak perempuannya begitu.

" Maaakkk, ayaahhh, tengok ni!" Reaksi teruja dan wajah yang gembira itu pasti membawa berita baik buat Aisha. Ibu bapa Aisha hairan dan ingin tahu apa isi surat yang buat anak mereka begitu gembira.

"Lama sangat dua minggu ni Aisha, yakin nak pergi juga?" soal ayah Aisha.

"Yakinlah ayah, Aisha dah tiga puluh tahun ni ayah, Aisha boleh jaga diri. Lagipun ramaikan yang join. Kalau bukan sekarang bila lagi nak dapat peluang macam ni," pujuk Aisha. Siayah hanya diam, bimbang dia tentang keselamatan anaknya.

"Tapi kenapa pulau perhentian? Tempat lain tak ada ke?" Rungut siayah, siibu tersenyum kecil.

"Letaklah dekat tempat mana sekalipun dekat depan rumah ni ha ayah kau macam tu jugalah, risau nak lepaskan Aisha, bukan kata ayah, mak pun sama," Luah siibu.

Setelah puas memujuk ibu bapa akhirnya Aisha dibenar mengikuti Program Lawatan Para Penulis. Aisha berasa sangat beruntung kerana menerima jemputan itu, dia sekadar mengisi borang yang akan dipilih secara rawak dan tidak sangka namanya terpilih.

Sebaik tiba di terminal bas Aisha membawa beg lalu dimasukkan ke dalam bas sambil dibantu siayah, setelah selesai Aisha memeluk dan mengucap selamat tinggal kepada ibu bapanya.

"Jaga diri baik-baik ditempat orang, jangan lupa selalu hubungi ayah dan mak," Pesan siayah, Aisha hanya mengangguk perlahan.

"Mak doakan Aisha sentiasa selamat disana, tak ada apa yang tinggal kan?" Aisha menggeleng, tangan mak dan ayah dikucup.

"Nanti dah sampai Aisha call ayah ya," Siayah sekadar mengangguk, berat hatinya untuk melepaskan Aisha walau hanya dua minggu.

Masing-masing sudah diberi tempat duduk, tempat duduk Aisha baris keempat berdekatan tingkap. Lebih kurang dua puluh peserta yang turut serta. Aisha sedikit lega kerana peserta ramai perempuan berbanding lelaki jika sebaliknya pasti dia berasa kekok sepanjang program itu berlangsung.

"Assalamualaikum semua, saya perkenalkan diri. Nama saya Zafri, saya yang bertanggungjawab mengurus perjalanan tuan-tuan dan puan-puan sehingga tiba di pulau perhentian. Jika ada soalan atau apa-apa urusan boleh terus jumpa saya ya. Saya juga berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat memberi kerjasama sepanjang program berlangsung," Aisha memandang kosong lelaki yang memberi ucapan itu dia sekadar mendengar setiap butiran mengenai perjalanan ke pulau perhentian.

Setelah memberi ucapan, Zafri menyebut satu persatu nama peserta yang hadir termasuk nama Aisha. Entah kenapa apabila nama Aisha disebut, Zafri memandang Aisha agak lama lalu tersenyum padanya. Aisha berkerut dahi dia sedikit hairan dengan perilaku itu namun diabaikan sahaja.

2 Minggu di PerhentianTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang