Part 4

3 0 0
                                    

 Dari kejauhan Aisha sekadar memerhati sekumpulan peserta bersama Zafri sedang berjalan menuju ke bot untuk melakukan aktiviti snorkeling. Sejak kejadian semalam Aisha menjadi fobia dan membuat keputusan tidak ikut serta. Aisha membalas lambaian Zafri sebaik mereka tiba dibot. Rugi dirasakan kerana tidak dapat ikut serta melihat keindahan kehidupan laut namun duduk dicafe sambil menghirup secawan kopi dan melihat laut biru terbentang luas merupakan satu nikmat yang patut disyukuri juga. Entah apa nasib dirinya jika Hamza tidak muncul pada waktu itu. Mungkin orang awam atau pasukan penyelamat hanya menemui jasadnya tersangkut dimana-mana atau mungkin lebih teruk lagi langsung tidak dijumpai. Paling sedih adalah nasib kedua orang tuanya, tak terbayangkan.

"Saya minta maaf," Lamunan Aisha terhenti apabila melihat Hamza mendadak muncul dan duduk dihadapannya sambil meminta maaf. Aisha terdiam seketika cuba menangkap kata-kata yang diungkap Hamza.

"Saya minta maaf pasal kejadian dihotel dan dijeti tempoh hari, saya tahu saya juga salah sebab terjah masuk macam tu je dan dijeti tu sebab saya tarik tangan awak," Jelas Hamza. Aisha berpeluk tubuh, dia menghela nafas panjang.

"Memandangkan Hamza dah selamatkan saya dan anak kucing semalam jadi, okay. Saya maafkan," Pandangan tajam mata Hamza berwarna biru seperti biru air laut itu berjaya menggoncang hatinya segera Aisha mengalih pandangan dan berdehem. Hamza tersenyum melihat reaksi Aisha.

"Kenapa Aisha tak ikut snorkeling sekali?" Bertanya Hamza.

"Selepas apa yang berlaku semalam? Memang taklah," Pandangan Aisha jauh kelaut biru, walau dipandang indah namun cukup buat dirinya fobia untuk berenang semula didalamnya.

"Aisha nak tengok ikan jinak? Jom saya tunjukkan," Pelawa Hamza.

"Saya tak nak berenang buat masa ni, Hamza faham tak?" Aisha menolak keras pelawaan Hamza.

"Tak semestinya tengok ikan kena berenang, banyak lagi cara lain. Nak ikut tak? Rugilah datang pulau semata nak duduk macam ni je," Jelas Hamza, lama Aisha berfikir samada mahu ikut atau tak. Aisha juga ingin tahu ikan jinak seperti apa yang dimaksudkan Hamza.

"Okay, habis tu café ni?" Soal Aisha, Hamza melihat para pekerjanya sedang sibuk mengurus pesanan pelanggan.

"Diorang ada, jom," Mereka berdua bangun dan berjalan meninggalkan café.

Sudah hampir dua ratus meter dari resort mereka berdua berjalan, namun masih belum sampai ketempat yang ingin dituju Hamza. Aisha berjalan laju menghampiri Hamza.

"Hamza, jauh lagi ke? Kita dah jauh dari resort ni," Rungut Aisha, Hamza tersenyum, dia menoleh belakang melihat Aisha.

"Bukan semalam Aisha berjalan jauh dari resort ke? Seorang diri pula tu," Jawab Hamza. Aisha mengerling Hamza, sesekali dia menguis-nguis gigi air laut dengan kaki.

"Tapi kali ini saya berjalan dengan Hamza, saya bukannya kenal Hamza sangat pun," Balas Aisha.

"Kalau saya ni berniat jahat, semalam lagilah saya dah buat, saya biar je Aisha lemas dalam laut tu," Jawab Hamza sedikit terasa dengan kata-kata Aisha. Aisha diam, terasa bersalah berkata begitu pada Hamza padahal lelaki itu telah bertarung nyawa meredah lautan menyelamatkan dirinya semalam.


"Nampak tak bot tu? Kita nak kesana," Hamza menunjukkan jari telunjuknya kearah bot berwarna putih tidak jauh dari mereka berdua.

"Hamza nak bawa saya naik bot?" Soal Aisha. Hamza mengangguk.

"Tapi kalau Aisha tak percaya saya, kita boleh patah balik," Jawab Hamza, dia memberhentikan langkah menunggu keputusan dari Aisha. Lama Aisha merenung Hamza. Entah perasaan apakah ini, sebenarnya sepanjang bersama Hamza, Aisha berasa selamat dan jauh didasar hatinya mengatakan Hamza adalah orang yang baik. Paling sukar sekali untuk diakui adalah sudah timbul bibit sayang pada Hamza. Perasaan seperti itu tidak pernah timbul apabila bersama Zafri. Sedangkan Aisha menyukai Zafri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 05, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

2 Minggu di PerhentianWhere stories live. Discover now