Part 3

9 1 0
                                    

Rasa sakit masih membara,

Rasa amarah menyeksa jiwa,

Rasa sayang membatasi segala,

Rasa rindu tiada batasnya,

_________________________________

"Takpelah Zafri, saya masuk bilik dulu," Aisha meminta izin. Sempat Aisha mengerling tajam kepada Hamza sebelum menuju bilik.

"Hati-hati jalan tu cik Aisha, takut ada yang kena langgar lagi," Perli Hamza, Aisha sekadar menjeling dan menapak laju meninggalkan mereka berdua. Zafri mulai curiga namun sekadar tersenyum.

Usai solat subuh Aisha baring semula dikatil dia tidak bersemangat hari ini setelah terkenang peristiwa semalam. Rasa hati ingin pulang hari ini juga padahal Aisha baru saja tiba dipulau. Sayang sekali dengan keindahan pulau dan pada masa yang sama dengan kehadiran Zafri, ah! Segalanya sudah sempurna sehinggalah lelaki itu muncul merosak semuanya, HAMZA. Aisha merengus kasar, dia menutup muka dengan bantal lantas menjerit sekuat hati. Beep, beep! Bunyi whatsapp masuk ditelefon bimbit Aisha, dia capai dan baca mesej, 'dah bangun? Jom breakfast sama-sama?' – Zafri. Aisha tersenyum namun riak wajahnya berubah semula bila terbayang café berdekatan resort adalah milik Hamza. Pasti Hamza juga berada disitu. Aisha menaip sesuatu ditelefon bimbit, membalas mesej Zafri, 'breakfast dimana?' – Aisha. Tidak sampai seminit telefon bimbit Aisha berbunyi lagi, 'café semalamlah, mana lagi atau Aisha nak cuba cari tempat makan lain?' – Zafri. Seakan memahami dengan situasi Aisha, ingin sekali Aisha mengiyakan pertanyaan Zafri tapi dia tidak mahu nanti timbul persoalan kenapa Aisha tak mahu pergi ke café tersebut. Seboleh-bolehnya Aisha cuba nak melupakan kejadian semalam, 'taklah, dekat café pun ok je,' – Aisha.

"Safya, awak perasan tak lelaki dekat café semalam?" Bertanya Aisha sebaik melihat Safya keluar dari bilik air.

"Aisha, punya ramai lelaki dekat café semalam, lelaki yang mana satu?" Safya bertanya kembali dia duduk berhampiran Aisha. Aisha tersengih, betul juga kata Safya.

"Ala lelaki yang saya langgar masa dekat hotel semalam dia ada dicafe malam tadi. Dia pemilik tempat tu," Jelas Aisha. Bulat mata Safya melihat Aisha.

"Lah yeke? Saya tak perasan pulak. Habis tu dia nampak Aisha tak?" Safya bertanya.

"Dah 'berkenalan' dah pun, nama dia Hamza. Zafri yang kenalkan." Ringkas Aisha menjawab.

"Eh macam mana pulak Zafri boleh kenal?" Seperti seorang wartawan, Safya teruja ingin tahu dan terus menerus bertanya.

"Zafri dengan dia yang handle program tu semalam," Jawab Aisha lagi.

"So, apa reaksi dia bila nampak Aisha?" Tanya Safya lagi.

"Dia renung dan perli saya. Masa saya minta izin nak balik bilik tu saya dengar dia cakap 'hati-hati jalan tu cik Aisha, takut ada yang kena langgar lagi," Aisha membuat memek muka mengejek kata-kata Hamza. Safya mengetap bibir, marah dengan sikap Hamza.

"Eee, sombong betul dia. Macamlah salah Aisha sorang je. Tak adalah kata nak minta maaf dekat Aisha ke, tak apa, apa-apa hal saya backup Aisha. Kalau dia ganggu Aisha, bagitau je saya. Tahulah saya 'basuh' dia cukup-cukup nanti," Safya menumbuk telapak tangan, Aisha tersenyum melihat reaksi Safya yang agak garang orangnya. Mujur Safya tidak tahu tentang kejadian dijeti semalam. Aisha belum bersedia memberitahu kejadian itu pada sesiapa pun buat masa ini kerana dia tidak mahu hal itu berlanjutan. Aisha hanya mahu menikmati segalanya disini dengan tenang dan gembira.


______________________________


Zafri kelihatan tampan mengenakan kemeja putih berlengan pendek bersama seluar palazo berwarna coklat cair. Penampilannya bersahaja namun berjaya menambat hati Aisha ketika melihatnya.

"Macam mana malam tadi, tidur lena tak?" Soal Zafri. Zafri menatap mata Aisha, pandangan itu buat Aisha malu, jantungnya berdebar.

"Okay. Tapi saya tidur lewat sebab malam tadi juga saya baca novel yang Zafri hadiahkan tu, sekarang ni pun saya bawa novelnya sebab nak sambung baca kejap lagi," Jelas Aisha, Zafri tersenyum.

"Aisha minat ya novel genre romantis macam ni?" Zafri menghirup jus oren dihadapannya. Aisha mengangguk.

"Zafri pula minat baca buku apa?" Giliran Aisha bertanya.

"Saya suka baca novel misteri, baru-baru ni saya baca 'Paper Ghosts' dari Aj Davidson sampai saya lupa makan, pernah juga seharian tak tidur semata baca buku saja," Jelas Zafri, bulat mata Aisha, dia kagum.

"Wow, tak hairanlah Zafri ada kedai buku kan," Jawab Aisha, Zafri tertawa dan mengangguk. Zafri membetulkan duduk, seolah ada sesuatu yang menganggu fikirannya, Aisha hairan melihat gelagat Zafri begitu.

"Zafri okay ke?" Bertanya Aisha, Zafri mengangguk senyum sambil menggaru kepala.

"Aisha, sebenarnya sejak jumpa Aisha haritu, saya banyak fikir pasal Aisha," Perkataan Zafri buat Aisha terpaku, walau riak wajah nampak tenang tetapi dadanya terasa kencang. Adakah Zafri ingin luah perasaan padanya?

"Saya suka Aisha, sejak Aisha pertahankan saya dari dibuli dulu. Masa tu saya tak sempat nak bagitau Aisha dan saya takut masa tu sebab kita kecik lagi, tapi sekarang kita dah dewasa dan berjumpa semula saya tak nak lepaskan peluang ni lagi," Luah Zafri. Sangkaan Aisha tepat. Aisha tidak tahu mahu memberi reaksi apa setelah mendengar luahan Zafri. Aisha belum bersedia dan dia berasa malu dengan situasi itu kemudian dia terpandang Hamza yang berada diruang dapur. Sesekali Hamza memerhatikan mereka berdua. Segera Aisha mengalih pandangan melihat kearah laut.

"Terima kasih sebab bagitau saya tapi saya perlu masa untuk fikir, semua ni masih terlalu awal,"

"Aisha suka saya tak?" Tanya Zafri dengan nada mengusik tapi dia benar-benar mengharapkan jawapan yang positif dari Aisha. Aisha senyum dan mengangguk perlahan. Zafri tersenyum lebar.


______________________


Aisha duduk tepi laut sambil membaca novel yang dihadiahkan oleh Zafri. Sesekali Aisha tersenyum bila mengenang peristiwa pagi tadi. Aisha memandang lautan luas, dia menghirup udara laut yang terasa begitu nyaman. Pandangan Aisha teralih pada sesuatu yangbergerak didalam laut. Aisha berdiri, dia melihat seekor anak kucing sedang dibawa air laut. Haiwan itu semakin jauh ketengah laut, Aisha panik. Aisha melihat sekeliling berharap jika ada sesiapa disitu yang boleh tolong selamatkan anak kucing itu namun tiada sesiapa pada saat itu. Tanpa fikir panjang, Aisha berlari kearah air laut. Aisha berenang selaju yang boleh untuk cuba mendekati anak kucing itu. Aisha berjaya tarik dan memeluk anak kucing itu namun Aisha sudah semakin jauh dari daratan, Aisha kehilangan tenaga untuk berenang semula kedarat. Pandangan Aisha sudah semakin kabur dan dia juga sudah banyak tertelan air laut. Disaat Aisha hampir putus-asa dan tenggelam, dia diselamatkan oleh seorang lelaki. Lelaki itu pantas menarik pinggang Aisha dan berenang semula kedarat. Selang beberapa minit kemudian Aisha buka mata dan terbatuk, dia memuntahkan air laut yang ditelan agak banyak sebentar tadi. Aisha melihat disisinya ada seorang lelaki yang selamatkan dia tadi rupa-rupanya lelaki itu adalah Hamza. Hamza tidak mempedulikannya, dia sibuk menekan-nekan perut anak kucing dan memberi pernafasan untuk menyelamatkan haiwan tersebut. Setelah sepuluh minit, anak kucing itu pun sedar dan memuntahkan air laut. Hamza mengangkat dan membersihkan haiwan itu. Aisha yang melihat situasi itu berasa gembira dan agak kagum dengan Hamza kerana berjaya selamatkan anak kucing itu.

"Terima kasih selamatkan saya dan anak kucing ni," Ucap Aisha dalam keadaan nafas yang masih tercungap-cungap.

"Sama-sama, jom," Hamza berjalan laju kearah bertentangan resort.

"Eh, nak kemana?" Soal Aisha.

"Ke kliniklah, awak baru lemas kan? So kena ada orang yang lebih arif untuk rawat awak," Jawab Hamza berselamba.

"Tak payahlah, saya okay. Saya kena balik resort semula takut nanti mereka risaukan saya pula," Aisha berjalan kearah resort meninggalkan Hamza.

"Maksud awak Zafri?" Jerit Hamza setelah Aisha semakin menjauh. Aisha sempat menoleh kearah Hamza, pertanyaan Hamza sekadar satu usikan dan dia tidak mengharapkan jawapan. Aisha terus berjalan meninggalkan Hamza bersama anak kucing itu.

Hamza tersenyum sendiri, dia berjalan kearah yang bertentangan. Tanpa mereka berdua sedar, tempat itu hanya menjadi tempat perpisahan yang sementara kerana tempat itu bakal menyatukan mereka berdua selamanya. 

2 Minggu di PerhentianWhere stories live. Discover now