Part 2

16 2 0
                                    

Matanya melilau mencari kelibat Zafri. Seawal pagi lagi Zafri sudah tidak kelihatan, Aisha melihat jam ditangan sudah hampir pukul sebelas pagi. Mungkin sedang sibuk menguruskan tiket agaknya. Menu 'avocado toast with egg' menjadi pilihan. Aisha lambat bersarapan pagi ini dan mujur menu buffet sarapan pagi masih lagi dihidang walaupun sudah jam sebelas. Aisha mengatur langkah matanya mencari meja yang diduduki Safya dan Najwa, dia mahu menyertai mereka. Dalam sedang leka mencari tanpa sengaja Aisha terlanggar seseorang dan makanannya tertumpah pada baju seorang lelaki. Aisha terkejut dan lelaki itu tidak sempat mengelak. Lelaki itu merenung tajam Aisha seolah tidak percaya dengan apa yang berlaku.

"Cik, lain kali jalan tu tengok orang sama," Berkata lelaki itu dengan nada tinggi, matanya yang berwarna biru itu bulat memandang Aisha. Aisha berlari ke meja buffet untuk mendapatkan tisu.

"Saya minta maaf," jawab Aisha, cemas. Aisha cuba mengelap kotoran pada baju lelaki itu, namun lelaki itu rentap tisu pada tangan Aisha lalu dia mengelap sendiri kotoran yang agak teruk itu. Situasi itu menarik perhatian ramai orang termasuk Safya dan Najwa. Mereka berdua segera mendatangi Aisha. Lelaki yang sederhana tinggi, berkulit sawo matang dan berambut keriting itu seperti bukan orang tempatan tetapi sangat fasih berbahasa melayu. Raut wajahnya seperti orang arab, berkening lebat serta memiliki hidung yang mancung.

"Ini baju kerja tahu tak," jawab lelaki itu lagi tapi kali ini suaranya direndahkan.

"Maaf, saya tadi..." Belum sempat Aisha menghabiskan kata-kata lelaki itu menunjukkan isyarat tangan 'stop' bermakna dia tidak mahu mendengar penjelasan Aisha dan lelaki itu pun pergi begitu saja.

"Wah, sombong betul kau, orang dah minta maaf kot," Berkata Safya, tidak berpuas hati.

"Shhh! Biarlah dia, benda dah jadi," Aisha takut lelaki itu mendengar kata-kata Safya dan bimbang cetus pergaduhan disitu.

"Dia pun patut minta maaf, dia jalan laju tadi tak tengok depan pun, sini kan ruang makan mana boleh main terjah je," sambung Najwa. Aisha memegang bahu mereka berdua disuruh agar bersabar. Mereka bertiga berjalan semula ke meja makan.


________________________________________________


"Aisha! Tunggu kejap." Panggil Zafri sebaik Aisha hendak masuk kedalam bas bersama peserta yang lain. Aisha menoleh belakang kelihatan Zafri sedang berjalan kearahnya. Aisha berganjak kesisi bas untuk beri laluan pada peserta lain masuk terlebih dahulu.

"Tadi Safya dah cerita dekat saya pasal kejadian dekat ruang makan, Aisha ok ke?" Bertanya Zafri, agak bimbang dengan keselamatan Aisha.

"Saya okay, tak ada apalah, dah settle pun," Jawab Aisha berselamba, Zafri menghela nafas panjang.

"Saya nak buat aduan dekat pihak management, budak tu tak ada adab, mentang-mentanglah dengan perempuan," Tegas Zafri menyuarakan keputusannya. Elok Zafri mahu berjalan ke hotel, Aisha menghalang.

"Eh tak payahlah, saya okay, betul. Tak naklah panjangkan isu ni lagi. Dah jom cepat naik bas, saya tak sabar nak ke pulau perhentian," Aisha membulatkan mata cuba tunjuk sedikit teruja supaya dapat mengubah keputusan Zafri walaupun hakikat sebenar hatinya berasa tidak seronok waktu itu. Aisha senyum dan kembali menaiki bas meninggalkan Zafri yang masih lagi tidak berpuas hati.

Didalam bas, Aisha termenung jauh hatinya menggumam, 'haih! Malang betul hari ni,' Wajah lelaki yang dilanggar tadi bermain difikiran. Aisha juga berasa sakit hati namun dia cuba tidak mahu terlalu memikirkan kejadian itu. Aisha memegang perutnya yang sedang berbunyi. Selepas kejadian dihotel tadi Aisha tiada selera untuk menjamah makanan namun sebaik menaiki bas dia berasa sangat lapar. Ah, tak mengapa kerana jeti sudah tidak jauh dari hotel. Zafri memberitahu para peserta tadi cuma lima minit sahaja dari sini. Sampai saja dijeti nanti Aisha akan singgah kedai berdekatan untuk beli makanan.

2 Minggu di PerhentianWhere stories live. Discover now