Chapter 27

283 12 0
                                    

" Jangan menilai orang dengan cepat. Wajah dia menunjukkan kebaikan tetapi hatinya berbisik jahat. Wajahnya menunjukkan kejahatan tetapi hatinya bersih dan lembut. Jangan menilai cerita dari buku itu tanpa membacanya terlebih dahulu"

Ucapan Pond pada pertama kali dia menceritakan tentang Chimon, terngiang-ngiang di telinganya dan dia terbayang-bayang perbuatan khianat Chimon kepada dirinya.

Dia menyesal tidak mendengar kata-kata Pond. Kenapa dia perlu lalui semua ini ? Apa salahnya ?

Air mata kembali jatuh di pipinya. Phuwin dengan cepat, mengesat air matanya dengan laju bila nampak Pond berjalan masuk ke dalam bilik mandi sambil membawa satu gelas berisi air mineral.

Pond melihat Phuwin yang duduk di dalam tab mandi yang penuh dengan air sampai melimpah keluar. Dia menghulurkan air mineral dekat Phuwin tetapi Phuwin hanya pandang sahaja.

" Sayang, minum.. Awak sudah terlalu banyak menangis " pujuk Pond dan duduk di sandaran tab mandi.

Phuwin mengambil air mineral itu dan perlahan-perlahan, dia meminum air mineral itu dengan air mata bertakung di tubir matanya. Gelas kosong itu diberikan kepada Pond.

" Feel better ? " tanya Pond sambil mengusap rambut Phuwin.

" P'Pond, saya mahu minta sesuatu " kata Phuwin dengan suaranya yang kedengaran serak.

Jantung Pond berdebar-debar, menunggu apa yang Phuwin mahukan. Tidak pernah Phuwin meminta terlebih dahulu kepadanya.

Phuwin mendongak, memandang suaminya dengan penuh mengharap, " Semalam saya nampak pho membeli stok beer... " tidak selesai Phuwin menghabiskan kata-katanya, Pond dengan segera memotong.

" Tidak boleh sayang... "

" Tapi saya mahukannya... "

" Tidak.. Nanti perut awak sakit.. Saya yakin, awak mesti belum dinner lagi kan ? " Pond bersuara lembut untuk memujuk Phuwin.

Phuwin menggelengkan kepala, " Saya mahukannya. Sekali ini sahaja " rayu Phuwin dekat Pond.

Pond menggeleng kepala sambil mengusap-usap ubun-ubun rambut isterinya, " Tidak boleh Phuwin sayang.. Saya tidak benarkan "

Phuwin diam seketika. Suasana hening dan tiba-tiba setitis air mata Phuwin jatuh di pipi. Cepat-cepat Phuwin mengesat air mata itu supaya Pond tidak nampak tetapi Pond nampak air mata itu membuatkan hati Pond menjadi sayu. Dia lagi membuat Phuwin sedih.

" Tunggu sekejap sayang " Pond terus bangun dan keluar daripada bilik mandi itu.

Phuwin hanya mengangguk sahaja. Tidak cakap apa-apa.

Tidak lama kemudian, Pond datang kembali dengan empat botol beer, satu bekas strawberi dengan rokok di bibirnya.

" Sudah lama saya tidak nampak awak menghisap rokok " kata Phuwin bila melihat asap rokok keluar dari mulut dan hidung Pond.

" Awak okay ke kalau saya merokok ? Kalau tak, saya boleh berhenti "

" Saya okay sahaja. Sudah biasa kerana Gemini pun merokok "

Pond memberikan satu botol beer yang sudah terbuka dekat Phuwin. Phuwin mengambil beer itu dan meneguk dengan rakus lalu satu strawberi dikunyah perlahan.

Pond duduk di lantai, bersandar pada tandas duduk di belakangnya. Dia berhadapan dengan Phuwin. Pond meminum satu botol beer.

" Aku bodoh terlalu mempercayai Chimon. Akhirnya, dia buat aku begini. Kalau aku mendengar kata-kata kau supaya berhati-hati dengannya, sudah lama aku tidak dikhianat sebegini. Apa salah aku dekat dia ? Dia hanya mahu menjaga maruahnya seorang. Habis, maruah aku macam mana ? Apakah aku tidak ada harga diri sampai dia menjatuhkan harga diri aku begitu ? Since when did I want to rape him?! Idiot ! "  luah Phuwin marah. Dia mengenggam botol beer dengan kuat.

" Dia yang kiss aku dulu kerana dia tahu kau suami aku. Dia menyuruh aku berpisah dengan kau supaya berkahwin dengannya. So fucking stupid ! Siapa nak kahwin dengan dia ? Aku tidak cintakan orang bangsat macam kau lah ! Luka di badan memerlukan masa untuk sembuh apatah lagi luka di hati. Aku yakin, kalau aku memaafkannya, kita tidak akan serapat dahulu. Peristiwa ini akan menjadi jurang besar du hubungan kawan kita tapi perbuatannya itu tidak adil dengan hanya ucapan maaf sahaja " Phuwin mengesat air matanya lalu dia meneguk beer.

Pond hanya mendengar sahaja luahan hati Phuwin. Dia tahu, saat ini lah yang sesuai untuk dia tahu apa perasaan yang dipendam Phuwin di hati paling terdalam sekali.

" Aku tidak mahu berkahwin dengannya kerana aku bahagia dengan suami aku. Pertama kali aku berjumpa dengan kau, aku banyak kali memesan dekat diri aku supaya jangan jatuh cinta dekat kau but I fall harder. Aku memerlukan kau dalam hidup aku. Aku memerlukan perasaan sayang kau, aku memerlukan pelukan hangat kau saat aku sedih, aku memerlukan semangat dari kau dan aku memerlukan semuanya daripada kau. You very important to my life. Don't leave me " ucap Phuwin dengan mata yang berkaca-kaca, memandang Pond yang berada di hadapannya.

Pond senyum nipis dan menggelengkan kepala. Dia menghembuskan asap rokoknya dan meneguk beer. Perlahan-perlahan, Pond mengangguk kan kepalanya.

" Saya tidak akan meninggalkan awak sendirian. Kalau awak jatuh, kita jatuh bersama. I can stand when I pain but I can't stand when I look you pain. Perasaan sakit awak sampai ke saya juga " Pond memegang perlahan dadanya, tempat di mana hatinya terletak.

Air mata Phuwin turun mendengar kata-kata Pond itu. Sungguh menyentuh hatinya membuatkan dia ingin menangis, menangis dan menangis.

" Luahkan semuanya, sayang. Kita menangis, bukan berarti kita lemah. Kalau awak penat, awak boleh berehat tapi jangan berputus asa hidup. Awak perlu memikirkan orang-orang yang menyayangi awak. Hidup awak masih panjang di hadapan. Kalau awak lemah, awak tidak akan ada di hari ini. Awak kuat. Semua orang pernah menangis. Semua orang pernah merasakan luka walaupun sekecil manapun lukanya "

" Tapi kalau seseorang itu sudah merasakan kesakitan ini, percayalah, mereka tidak mahu lagi merasa sakit ini. Ini sungguh sakit sekali. Lagi sakit daripada luka di badan. Ia susah mahu sembuh. Ia mengambil masa. Why are people born with pain? " ucap Phuwin, termenung melihat dinding putih di hadapannya dengan pandangan kosong. Jiwanya kacau-bilau saat ini. Perasaan bercampur-baur.

" Chimon berjumpa dengan aku. Dia meminta maaf tapi aku tidak memaafkannya. Aku rasa mahu berdendam dengannya, seperti ingin membunuhnya saat tu juga tapi aku tidak jahat seperti itu. Aku masih mempunyai rasa simpati "

" Lagi ? " tanya Pond.

" Ha ? " Phuwin kebingungan seketika.

" Luahkan semuanya. Tidak baik memendam lama-lama kerana ia boleh memudaratkan kesihatan awak " kata Pond sambil memutar-mutarkan botol beer dengan perlahan.

Phuwin memandang Pond dengan pandangan yang mendalam, " Kalau saya katakan ini, apakah awak mempercayai saya ? "

Pond senyum dan menganggukkan kepalanya, " Awak orang yang saya paling percaya selepas mae dan pho " jawap Pond lembut.

Phuwin memandang siling. Kabur. Pandangannya kabur kerana air mata bertakung di tubir matanya.

" Baiklah... " Phuwin menelan salivanya dan menjilat bibirnya yang berasa kering. Setitis air matanya jatuh.

Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now