"BUKAN. Bukan, salah semuanya. Tak, saya tak buat kenduri pun. Sekarang baru pukul 11 pagi. Saya faham dan semua ini salah faham."
"Salah. Tak perlu panggil JAIS. Saya betul-betul tak buat kenduri atau makan besar besar dalam syarikat ini. Sekarang kan bulan puasa."
"Saya tahu sekarang bulan puasa dan saya pun tengah puasa. Bukan kenduri tapi lunch untuk bukan muslim. Salah ke saya buat? Hentikan khabar palsu dekat sini."
Berkali-kali nada dinginnya berterus terang kepada kumpulan wartawan yang memenuhi hadapan tembok tinggi pagar bangunan syarikat The Devyn Group. Hampir tiga puluh minit juga disoal jawab kerana beberapa gambar yang tersebar di dalam media sosial dan netizen sedang membuat kerja yang sangat bagus.
Baru satu jam sudah trending macam macam kisah perbualan hangat Malaysia di mana CEO The Devyn Family Group mengadakan juadah berbuka pada pukul 11 pagi. Malah ada tajuk trending lagi, Tuan Rizqish Devyn ialah geng plastik hitam.
Langkahnya begitu laju dan dingin setelah sesi temu bual itu diakhiri selepas tiga puluh minit.
"Cari semua manusia yang hantar gambar dan video tu dalam media sosial sampai dapat," arahnya tegas kepada Kai yang meneguk liur sendiri sebelum mengangguk.
"Tuan... saya minta maaf. Saya memang tak sengaja. Elvish buli saya macam ini jugalah waktu darah dulu." Nadanya terdesak dan begitu bersalah. Tidak sangka boleh jadi perhatian umum tatkala berkali-kali penghantaran makanan ke syarikat. Tuan Rizqish memicit kepalanya yang sudah pening dengan perangai nakal anak sulung.
"It's okay, cara Elvish ugut memang macam mummy dia. Apa aku boleh buat? Pasrah." Lelaki itu masuk ke dalam biliknya berseorangan.
Kerusi kerja itu menjadi tempat dilabuhkan punggung. Nafas dihelah kasar. Bau makanan yang memenuhi bilik kerjanya masih ada walaupun sudah diedarkan kepada pekerja pekerja tadi. Tangan menggigil sambil pegang pen.
"Sedapnya bau ayam KFC." Terliur sebentar sebelum menampar pipi sendiri.
"Ish puasa puasa!" Fail yang dihantar oleh pekerja tadi dibuka dan cuba fokus.
"Hm pizza tadi semua jenis yang aku suka." Dia mengeluh perlahan.
Hidung lelaki kacukan itu masih terbau makanan malah otak menayangkan betapa indah beberapa jenis air tadi jika membasahi tekak kering ini. Memang tidak boleh fokus kerja.
Telefon berdering membuatkan dia mengalih ke tepi sekilas. Nama 'Bidadari Tersayang' terpapar di skrin iPhone 14 Pro Max itu.
"Habislah aku." Skrin itu direnung lama sebelum menjawab.
"Abang! Abang tak puasa kan?!"
Gambar Elvina dalam bingkai kecil atas mejanya dipandang sebelum menghela nafas berat. Sudah diserang.
"Abang puasa." Nadanya lemah, sudah tiada daya dek penat.
"Jangan tipu. Media bolehlah abang cakap macam itu. Sayang nak pergi syarikat abang juga sekarang ini." Dahinya dipicit, tertekan.
"Sayang jangan datang, abang pesan dengan serius. Abang tengah tahan lapar. Tak dapat makan pun." Hidungnya terbau makanan itu lagi membuatkan dia tertekan. Perut sudah lama membuat konsert.
"Eee abang ni kan, ya lah. Kalau abang order makanan lagi, siap abang."
"Sayang nak buat apa dekat abang?" Bibirnya terukir senyuman segaris. Penat dan letih dengan kerja serta temu bual itu tetapi mendengar suara Elvina pun sudah buatkan dia tersenyum sendiri.
"Haish balik nantilah kita berbual. Risau pula nak dekat dengan abang waktu puasa ni. Lain jadi nanti." Talian terus diputuskan. Tuan Rizqish merenung skrin itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/348519907-288-k24166.jpg)