CHAPTER 1

4 1 0
                                    


" Girl bangun girl, dah pagi ni, you have another 30 minute before you late pergi sekolah "

" Urghhhh ahh "

Aku membuka mata aku perlahan-lahan. Pejam celik pejam celik, aku cuba untuk bangun daripada my darling bed.

Aku melihat ke arah jam yang menunjukkan sudah pukul 7 pagi. Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Dengan nafas yang berat aku turun daripada katil.

" Huarghhhh "

Aku menggeliat seketika untuk menghilangkan rasa kejang di badan. Aku pun capai phone aku dan terus membuka app yang berwarna hijau. Tiada mesej yang masuk, sunyi. Untuk beberapa detik, aku teringat satu situasi yang membuatkan aku mahu berubah.

" Wuarghhhhhhh !!! "

Aku menjerit dengan menekupkan muka aku di bantal. Mama yang terdengar Arisyah menjerit terus bergegas ke tingkat atas melihat anaknya.

" Heyy girl, kamu kenapa pagi-pagi buta dah menjerit ? Kena sampuk ke ? "

Arisyah yang sedar mamanya sekarang di biliknya hanya tersenyum macam tahi kambing.

" Hehe takdelah ma, tadi ade tikus lalu ... Haaa tu tu tikusnya "

" Kamu ni kenapa ? Mengigau ke ? Mana ade tikus, rumah ni bersihkan, baru je vacuum semalam "

Mama hanya menggeleng melihat tingkah anak bongsunya ini. Ada saja drama yang dia buat. Mama pun turun semula ke dapur untuk membuat sarapan. Arisyah hanya mencebik melihat mamanya.

Dia pun mengambil tuala mandi dan menuju ke arah bilik air.  Arisyah membuka pajamas yang dia pakai lalu membersihkan badan dia. Selepas siap mandi, Arisyah pergi ke arah meja solek dan memakai skincare seperti biasa.

Dia melihat kearah almari baju. Terlihat uniform sekolah yang baru sahaja dia beli. YA UNIFORM BARU. Sebab harini hari pertama untuk masuk ke sekolah. Dia mengenakan baju kurung putih dan kain biru. Sebelum ni, Arisyah pakai pakaian seperti baju non-muslim, tapi Arisyah nak berubah jadi lebih better so dia pakai baju muslim. Cuma dia tak bertudung.

Selepas bersiap, dia pun turun ke tingkat bawah untuk ke dapur. Arisyah melihat papa dan mamanya sudah menunggu dia di meja makan.

" Good morning my girl "

" Morning papa "

Papa Arisyah hanya tersenyum dan melanjutkan sarapan dia. Arisyah pun turut sertai mama dan papanya makan.


*Skip terus ke sekolah


Arisyah melihat pintu gerbang sekolah dia. Dia menghembuskan nafas berat. Arisyah menggengam tangannya dengan erat.

" I can do it. I can be better "

Dia memejamkan mata seketika dan membuka semula matanya.

' SMK HARVEST TOWN '

Bukan sekolah swasta, private or international. Sekolah biasa sahaja.
Arisyah membuka pintu kereta miliknya dan-

" Kau ade lagi ? "

.
.
.
.
.





PICK ME GIRLWhere stories live. Discover now