" Kau ade lagi ? "
Arisyah memandang ke arah suara itu. Dia tidak terkejut melihat empunya dari suara tu.
Arman Hamzah. The one of the people yang selalu tegur aku. Manusia yang paling aku menyampah bila terserempak.
" Eh pompuan, aku baru perasan yang kau pakai baju lain. Asal ? Nak tarik attention laki lain lagi ke ? "
Aku hanya menahan amarah. Rasa nak nangis pun ada, baru hari pertama dah kena macam Ni. Tanpa berlengah lagi, aku pergi meninggalkan Arman seorang diri tanpa membalas.
Arman mengerutkan dahinya, pelik melihat tingkah laku Aku. Selalunya Aku akan balas apa yang dia cakap. Tapi sekarang aku just diam tanpa membalas. Mana si Arman tu tak pelik.
Aku berjalan sepanjang koridor, ramai murid yang melihat aku. Ada yang berbisik-bisik, ada yang pandang sinis dan ada juga yang tersenyum. Aku hanya mengendahkan pandangan mereka.
Sampai sahaja Aku di kelas, aku mencari tempat duduk Aku. Meja aku berada di barisan tengah. Tak terlalu depan dan tak terlalu belakang.
Classmates aku pandang aku dengan pandangan yang sulit diertikan. Takpe, aku dah terbiasa. Hidup sebagai seorang pick me memang macam ni.
Apabila semua classmates aku dah complete, kitorang diarahkan ke tapak perhimpunan. Yess, pengawas yang suruh. Aku bangun dan menuju ke arah tapak perhimpunan.
Macam biasa, pergi seorang diri. Mula-mula aku ada kawan tapi kawan sendiri tinggalkan aku waktu aku susah. Takkan Aku nak mengemis suruh kawan dengan aku semulakan ? Hidup tanpa kawan ni tak mati pun.
Kami beratur di dalam barisan kelas masing-masing. Bila dipulaukan kawan sekelas of course aku yang kena duduk dekat barisan paling hadapan. Who's care ?
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu negeri, negara, bacaan doa dan ikrar dari ketua pengawas.
Orang yang baca doa tu dulu Aku pernah tergila-gilakan, dia punya gila sampai sekarang aku malu. Masa dia baca doa Aku just tundukkan pandangan aku. Dan yang paling parah Ketua pengawas tu dulu aku pernah confess dekat dia.
Arghhhhhh bodohlah Isyaaaa !!
Seketika mata aku dan Hariz berpandangan. Hariz Arsyad ialah Ketua pengawas SMK HARVEST TOWN. What a joke hahah. Kau ingat ni dalam anime ke nak main pandang-pandang.
YOU ARE READING
PICK ME GIRL
Teen FictionYa, aku sedar yang orang gelar aku ' pick me girl '. But who's care ? Aku tak kesah pun. Tapi tu aku yang dulu, aku yang sekarang maybe dah berubah untuk jadi better. . . . . • Apa-apa watak, tempat or bende dalam novel ni tkde kaitan dengan dunia...