BAB 3

4 1 0
                                    

BAB 3

Ruby Academy mempunyai sistem teknologi yang canggih, asrama yang besar yang membahagikan pelajar mengikut rumah sukan Aphelion. Semua kemudahan disediakan.

Tetapi yang paling pelajar sekolah itu banggakan ialah uniform sekolah mereka. Kemeja mengikut warna rumah sukan mereka, jaket putih dengan corak jalur dari bahagian bahu, ke pergelangan jaket mengikut warna kemeja. Sudah pastinya lencana sekolah pada dada jaket. 

Nova dengan kabutnya melipat lengan kemeja biru mudanya. Selama tiga tahun dia duduk di bilik dorm tanpa rakan sebilik, tidak pernah dia mengadu rasa kesunyian atau nasibnya malang. Tapi harini, memang nasibnya malang. Agaknya apa yang dia telah lakukan untuk terima balasan ini.

Tiada rakan sebilik maksudnya tiada siapa yang boleh mengejutkan dia dari tidur. Dan hari ini, kali pertama dia lambat ke sekolah.

“Shit” 

Nova memakai jam tangan putih, Sol. Sol itu seperti dompet, kunci, kad pengenalan dan sebagainya. Sol itu keperluan seharian setiap penduduk Thea dan Ruby Academy menjadikannya sebagai kad pelajar juga. 

Nova ambil jaketnya dari loker sebelum menguncinya menggunakan Sol. Dia mengimbas biliknya kalau ada benda yang tertinggal. Biliknya luas, dua katil saiz queen di disusun rapat pada dinding bertentangan yang menghadap tingkap, bilik air yang sepatutnya dikongsi dua orang pelajar di sebelah pintu, dan dua loker yang menghadap katil. 

Selepas berpuas hati, Nova sarung kasut putihnya sebelum keluar dari bilik. Dia mengimbas Sol pada pintu yang gelongsor tutup. Dia berlari sambil menyarung jaketnya dan mengikat rambutnya.

Dia berlari ke arah jambatan yang merupakan jalan pintas ke bangunan akademik. Dia terus berlari tidak menghiraukan permandangan pada lantai jambatan kaca yang dilalui. 

Tiba di pintu gerbang bangunan akademik di akhir jambatan, dia mengimbas Sol yang menyala warna biru beberapa saat kemudian. Apabila pintu terbuka selepas menerima kehadirannya melalui sistem, Nova sambung berlari sambil mencarut dalam hati.

Tiba-tiba, lengannya ditarik.

“Ah-”

Nova pusing cuba memukul individu yang menyerangnya.

“Relax, it’s me” Aurora, kawan baik Nova menahan tumbukannya.

Aurora, rakan baik Nova tetapi dari rumah Viridian. Dia dan Nova pergi ke mana-mana bersama. 

Nova mengurut dadanya, nasibnya malang kerana hampir kena serangan jantung. Tapi kalau dia terkena serangan jantung, dia ada alasan untuk lambat ke kelas. Dia berharap Aurora membunuhnya terus. Bertuahlah dia.

“Aku tunggu kau dekat gate utama bangunan Azure, kau tau? Sekarang kita tinggal 5 minit lagi sebelum pintu kelas kunci” marah Aurora.

“Kau patut pergi kelas je terus, kenapa kau tunggu aku kalau dah tau aku lambat”

“Bersyukur jelah yang aku merentas kampus untuk pergi asrama kau. You’re welcome”

Pelajar-pelajar di koridor tu sempat memandang Aurora pelik kerana dia seorang sahaja yang berbaju hijau di situ. Asrama Viridian berada di sebelah selatan kampus, 10 minit jauh dari asrama Azure. Tetapi mereka tidak pedulikan Aurora, kerana masing-masing kelam kabut. 

“Aku tengah fikir alasan apa nak bagi cikgu takut kau kena culik, rupanya kau terlajak tidur” sambung Aurora.

“Ro, you’re just being dramatic”

“Ni kali pertama kau lambat, aku terkejut kau tahu? Kau tidur lambat ke?”

“Obviously” jawab Nova, mereka berdua berjalan laju menuju ke kelas. 

ReverieWhere stories live. Discover now