BAB 4

12 1 0
                                    

BAB 4

Nova dan Aurora duduk menghadap sesama diri. Hari ini mereka rehat di taman sekolah yang terletak di tengah-tengah kampus, sebelah stadium Aphelion. Pemandangan indah kerana semua pokok bunga dijaga.

Tempat kegemaran pelajar untuk bergambar tetapi tiada siapa datang ke sini pada waktu rehat kerana cuaca yang panas. 

Jadi, tempat yang sesuai untuk dua orang sahabat ini untuk mengelak dari orang ramai. 

“Kau tahu semalam kita dapat tiga pelajar baru? Aku nak cerita kat kau semalam but shit happened” kata Aurora sambil mengunyah rotinya.

Kejadian semalam dengan Suzy dan geng sangat tidak disangka. Kalau tidak, mereka berdua boleh rehat di kafeteria dengan tenang. 

“Disgusting, makan tutup mulut lah” tegur Nova. Aurora mengabaikan teguran itu. 

Nova buka kotak ubat sapu lukanya. Dia picit tiub ubat itu pada jarinya sebelum sapu pada pipinya yang lebam. Dia tidak sempat untuk sapu ubat itu pagi tadi sebelum ke sekolah.

“Kenapa Ruby Academy terima pelajar baru? Tapi sekarang dah pertengahan tahun?” sambung Nova.

“I know right? Seorang sama umur dengan kita, dan dua orang tingkatan 5. Apa jadi dengan syarat kemasukan Ruby Academy…yang pelajar perlu berumur 13 tahun sahaja boleh mula mendaftar?” bebel Aurora.

“Ruby Academy antara sekolah yang ada sistem keselamatan yang canggih. Mungkin pengetua ada pengecualian untuk pelajar tertentu” 

“Mungkin” 

Mereka berdua diam seketika. Menikmati pemandangan pokok bunga berwarna-warni. Rumput yang baru dipotong. Nova simpan semula ubatnya ke dalam kotak.

“You got  to admit. It’s suspicious, though” kata Aurora.

“Bukan hal kita. Tak perlu menyibuk. Tapi kita mungkin dapat classmate baru? Kan best” balas Nova.

“Ew”

“Ro, that’s mean-”

“No, because what if dia jenis yang masuk sini sebab tengok school vlog budak kita? Dan jenis yang tak suka bercampur dengan pelajar dari rumah lain”

“Kau tak kenal pun lagi dia”

“I’m just being ready. Mana tahu kita boleh tambah lagi orang dalam senarai hater kita” 

Aurora dan Nova tahu, mereka berdua antara golongan yang ‘pelik’ kerana majoriti pelajar di sekolah tidak bergaul dengan pelajar dari rumah lain, kecuali di dalam kelas. Guru-guru tidak tahu ada ‘hierarchy’ dalam kalangan pelajar.

Pelajar tidak membuli terang-terangan, mereka hanya memulaukan ahli rumah mereka yang bergaul dengan pelajar rumah lain. Nova sudah terbiasa dipulaukan oleh ahli Azure kerana berkawan dengan Aurora. 

Aurora sudah pasti dapat layanan yang sama oleh Viridian.

Tetapi, pada musim sukan Aphelion, barulah semua pelajar Ruby Academy berani berani bergaduh antara satu sama lain di khalayak ramai. Atas nama ‘persaingan yang sihat’.

Dan malangnya, lagi dua minggu musim sukan akan mula. Rancangan untuk menjatuhkan Crimson sebagai juara juga akan dijalankan.

“Bukan kita dah biasa ke. It’s just you and I against the world” Nova mengeluh. 

Tiba-tiba, dua orang pelajar lelaki yang baru sahaja keluar dari stadium menuju ke arah mereka. Seorang memakai kemeja kuning dan seorang lagi berwarna merah.

“Oh tu, Liam dan Kai” Aurora tunjuk ke arah dua orang lelaki itu.

“Ya aku nampak, aku tak buta” jawab Nova.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 08, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ReverieWhere stories live. Discover now