BAB 1

149 10 4
                                    

[video di atas ialah irama siulan Robin dan 'pengikutnya']

BAB 1

"Apa bayangan kamu bila bumi pecah sebahagian dari keraknya? Adakah manusia mampu hidup lagi? Manusia akan terus menjalankan peperangan antara mereka atau berhenti dan cari jalan penyelesaian?"

Seorang lelaki dalam lingkungan remaja duduk di tengah ruang tamu. Sekumpulan kanak-kanak kecil duduk sekelilingnya. Mata mereka bersinar dengan perasaan ingin tahu.

"Manusia belajar untuk menebus semula kesalahan dan kesan selepas peperangan. 10 tahun lepas, mereka wujudkan World II ataupun nama terkenalnya, Thea. Ini supaya membuka peluang untuk semua manusia hidup aman seperti dahulu" lelaki tersebut sambung.

"Peluang? Kenapa tak suruh semua manusia untuk tinggal di Thea?" seorang kanak-kanak lelaki muncungkan bibirnya. Badannya kurus keding dan umurnya lebih kurang 7 tahun.

Remaja itu terdiam sebentar sebelum betulkan kaca mata hitamnya.

"Populasi manusia ramai sangat, tak mampu nak tampung Thea. Hanya yang kaya dan bermampu sahaja boleh ke Thea" jawab lelaki itu dengan senyuman.

"Bila kita boleh ke Thea?"

"Jadi kita tak ada peluang lah?"

"Kenapa kita kena tinggal sini?"

Kanak-kanak tersebut bertanya bertubi-tubi. Lelaki itu senyum sedih. Walaupun dia tidak boleh nampak, dia tahu kanak-kanak tersebut sedang berkerut dan terdesak. Dia tidak mahu memberi harapan palsu.

Tiba-tiba terdengar satu ketukan di pintu. Seorang gadis berambut pendek sama umur dengannya sedang berdiri di pintu. Rambutnya gelap sama dengan warna matanya.

"Ibu suruh tidur. Dah malam" katanya.

"Alaaaaaaaah"

Kanak-kanak itu mengeluh tapi tidak memberontak. Mereka memeluk lelaki itu dan ucap selamat malam sebelum berlari berebut untuk ke bilik tidur masing-masing.

"Aku dah cakap jangan cerita bukan-bukan, Orion" kata gadis itu.

"Apa? Aku cuma tolong diorang ulangkaji Sejarah" Orion angkat buku yang dipegangnya.

"Kau buta, macam mana kau nak baca?"

"Ok, tapi apa aku cerita tu masih sejarah. Diorang kecil lagi tak tahu apa yang berlaku"

Orion tersenyum lebar apabila rakannya terdiam. Dia tahu rakannya tidak dapat menafikan faktanya.

"Jom, kita kena pergi. Masukkan buku tu dalam beg ni. Kita kena jual dekat sana. Those bastards drool for artifacts" gadis itu letakkan beg galas atas riba Orion dan hulurkan tongkatnya.

Orion akur dan bangun dari tempat duduknya. Mereka turun ke ruang tamu dan melihat Ibu sedang berdiri menunggu mereka.

"Diorang semua dah tidur. Jangan lupa balik sekali sekala. Hati-hati, jangan lupa makan. Jangan cuai sangat, lagi-lagi kamu ni Robin" Ibu memeluk mereka berdua. Robin hanya mengangguk sahaja.

Ibu menjaga mereka berdua sejak kecil lagi. Sama seperti semua budak-budak di rumah ini . Mereka semua sudah seperti adik-beradik, sebuah keluarga.

ReverieWhere stories live. Discover now