Pondok kecil

2 0 0
                                    

-Teruntuk rumah yang pernah menjadi saksi gugurnya air mata ini asbab seorang sosok yang penting namun seperti tidak dianggap-

Dari kecil rumah hanya tempat berteduh,
Kosong seperti tin kosong,
Suara pekikan dan pukulan yang aku amati,
sempat aku bertanya pada diri,
aku dimana tuhan?
kenapa aku dilahirkan?

Sejujurnya, tidak pernah aku diminta untuk dilahirkan di dunia ini. Bagi aku masa kecilku hanya dihiasi dengan luka yang disiat-siat oleh keluargaku sendiri. Mungkin, ujian aku tidak seperti abang dan kakak aku. Namun dari kotak memori yang aku ingat sehingga kini. Kelahiran aku tidak disambut oleh peran si bapa. Sedih, namun pada awalnya aku tidak mengerti sehinggalah aku dewasa.

Di hampir penghujung tahun 2003 aku dilahirkan dan disitulah drama yang berlaku. Sosok seorang ibu yang bergelut antara keluarga atau dirinya sendiri. Balai polis menjadi tempat persinggahan yang tiada penghujungnya dan perbicaraan di mahkamah bermula dan berakhir tanpa kesudahannya. Perkara yang sama berlalu sehinggalah lafaz talak ditubirkan oleh sosok sang bapa kepada ibuku.

Aku tidak mahu meraih simpati diatas apa yang terjadi, namu cuma penghargaan yang aku ingin ungkapkan kepada ibuku kerana berani kerana benar. Ibuku kuat, walaupun sepak terajang itu menjadi makanan hariannya namun ibuku berani membawa sosok ini ke muka pengadilan. Aku dihidupkan dengan rasa marah, benci yang mendalam aku sematkan dalam diri seutuhnya.

Kotak fikiran aku tidak mengingati masa kecilku dengan jelas. Hanya terpahat kesusahan seorang ibu berkerja keras untuk membesarkan 5 orang anaknya.

Bagi aku disetiap kesulitan pasti ada kemudahannya. Selepas selesai talak dilepaskan segalanya menjadi terang benderang. Ibuku cuba bangkit dari kegelapan hasil dari tangan manusia. Hidup aku sederhana tidaklah "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang", masih lagi bersyukur namun aku masih tidak mengerti dan fahami apa maksud keluarga.

Kata abang dan kakak aku seawal usia 5 tahun aku sering bertanya " ayah dekat mana?", tiada jawapan yang diberikan. Namun, tangan aku digenggam seraya menuju ke tanah perkuburan. Aku hairan? Siapakah dia? Kenapa aku dibawa ke sini? Kubur siapa?
Lantas, serangkai kata keluar dari bibir abangku "ni kubur ayah!". Dari situ aku terus percaya bahawa ayah aku sudah tiada.

Kata ibu aku, mereka bercerai selepas melahirkan aku. Beberapa sebab yang tidak dapat aku rungkaikan untuk menjaga aib beberapa pihak. Namun kadang aku berfikir adakah aku punca segala-galanya? Namun jawapannya belum aku temui sehingga kini.

Andai aku diberi pilihan untuk kembali ke masa lalu sudah tentu aku tidak akan sesekali kembali. Aku tidak mahu amarah aku terus membahana di dalam sanubari aku.

Aku masih ingat saat kawan aku mengajak untuk berkelah dirumahnya. "Ina, jom kelah".
Aku terus balik ke rumah dan mencedok nasi ke dalam pinggan namun perbuatan aku dihentikan. Ibu aku berkata " nasi lauk tak ada".
Aku diam tidak berkata apa-apa lalu kawan baik aku muncul di depan pintu rumah. Dedaun pintu dikuak seraya ibu aku berkata "nanti boleh dak bagi lauk sikit dekat dia, makcik tak dan nak beli sardin dengan telur". Nadanya kelam seperti menahan sebak.

Pondok kecil yang aku huni menjadi keperitan hidup yang aku lalui sehingga kini. Bantai itu saksi utama aku menangis di sepanjang malam merintis kesedihan namun aku masih kukuh akidah untuk tidak menyalahkan tuhan dan takdir🥹.

Aku bersyukur pondok kecil ini bukan disewa malah menjadi hak milik rasmi keluarga kecil kami. Ouh, sebelum terlupa aku anak bongsu dari 5 orang adik beradik hihi.

Oleh itu, mudah untuk mereka semua katakan "hang kena bersyukur dengan apa yang hang ada, hang kena terima hakikat semua tu!". Susah, jujur aku kata susah untuk aku terus menerima apa yang aku hadapi. Kadang aku menangis merintih seorang diri "Ya Allah, kenapa nasib aku macam ni? Kenapa aku susah kenapa hidup aku tak macam orang lain?". Aku sedar aku salah, aku tiada hak untuk bertindak sedemikian.

Namun percayalah pondok kecil inilah yang membuat aku sentiasa nyaman dan perlahan-lahan menerima takdir. Sungguh pondok ini kian diiktiraf sebagai "baiti jannahti".

HILANGWhere stories live. Discover now